Pages

Thursday, 25 September 2014

Nasi Dagang Kak Pah Kuala Terengganu

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa pernah makan nasi dagang? Ha, kali ini saya nak bawa anda semua mencuba Nasi Dagang Kak Pah yang amat terkenal di Kuala Terengganu (KT). Nasi Dagang ni kira menu sarapan pagi yang amat istimewa yang mesti kita cuba jika menjejakkan kaki ke Terengganu. Minggu lepas saya dan kengkawan pergi ke KT atas urusan kerja, jadi sempatlah singgah makan nasi dagang.

Nasi Dagang Kak Pah ni terletak di Medan Selera Batu Buruk, KT, kira-kira hanya lima minit dari bandar. Cari jer gerai no 30 yang ramai orang tu. Saya pun kawan yang rekomenkan. Memang terkenal nasi dagang Kak Pah ni, katanya. So apa lagi, memang kena mai cuba la kan ;) Nak cari pun senang jer, guna Waze jer :P

Gerai No 30 Medan Selera Batu Buruk, KT
Gerai Kak Pah ni dibuka awal pagi sehingga pukul 10 atau 11pagi, bergantung kepada kelarisan nasi dagang tu. Kalau habis awal tutup awal la. Tapi selalunya memang habis sekitar jam 10pagi. Sebab tu kalau nak try Nasi Dagang Kak Pah ni kena mai awal, kalau lambat alamat melepaslah nak merasa. Kalau tinggal jauh macam saya ni, kira kempunanlah jawabnya ;)

Saya pun sampai dalam pukul 9.30pagi. Mak aiii... sekali tengok ramainya orang. Dua kali tengok... kena beratur panjang la pulak. So nak tak nak memang kena beraturlah. Nama pun sedap dan terkenal kan, jadi memang sentiasa penuhlah. Sampai sahaja giliran kitaorang, Kak Pah umumkan nasi dah habis. Siap kira lagi cukup untuk berapa orang jer yang beratur di belakang saya. Hah, nasib baik lagi! Jadi nak pesan kat sini, kalau rasa-rasa nak makan Nasi Dagang Kak Pah tolong datang sebelum pukul 10pagi yer... kalau lagi awal lagi selamat tau. Hehe...

Tolong beratur yer :)
Mak aii... ramainya orang..
Masa Kak Pah kata nasi dah habis tu, kesian gak tengok muka orang yang tak sempat tu. Ada yang pesan untuk bungkus pun, siap kena catu lagi. Kalau nak 4 bungkus, Kak Pah kasi dua jer. Huhuhu... kira ok la juga kan...

Oh, lupa nak habaq. Gerai Kak Pah ni cuma jual nasi dagang dan nasi lemak saja. Tak ada menu yang lain. Set nasi dagang tu siap dengan gulai ikan aya (ikan tongkol) dan acar timun. So kitaorang order 2-2 menu. Saja la nak try juga nasi lemak KT. Gulai ikan tongkol tu pula siap order extra. Siap habaq nak kepala ikan yer Kak Pah. Hehe...

Tara... inilah dia set Nasi Dagang kak Pah. Memang marbeles tak tau nak habaq. Gulai ikan tongkol dia memang lain dari yang lain. Tengok kaler pun dah tau... memang sedap tak terkata. Yang paling best, ikan tongkol tu dipotong besar-besar tau. Kira memang puaslah makan. Kata orang, cukup lauknya. Nasi pula jangan kata la... memang enak dan terasa lemak santannya. Acar timun pun sedap. Kira kombinasi yang amat baik, cukup dari segala segi. Cewahh, puji melambung ni ^_^




Kalau nak tahu, Nasi Dagang Kak Pah ni pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tau. Bukan tu saja, pernah keluar artikel kat surat khabar lagi. Tak caya? Ha, click kat link di bawah ni.

http://www.hmetro.com.my/articles/NasidagangKakPah/Article

Nampak tak sign board JJCM tu.. kan..kan..kan...
Masuk paper tau...
Okey, dah habis makan sila bayar yer. Harga nasi dagang 1 set ialah RM4 sahaja. Memang murah kan, berbaloi-baloi. Lepas ni kalau turun KT lagi, memang tak kan lupa pekena Nasi Dagang Kak Pah lagi.

Terbaik!!

Tuesday, 9 September 2014

10 Novel Yang Saya Suka

Teks: Masitah Samsudin
Foto: My FB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba ada fenomena ni. Tapi memang saya perasan sejak kebelakangan ni ramai yang post tentang 10 novel yang dorang suka. Oleh sebab saya pun peminat novel, jadi saya pun nak tumpang sekaki dan tumpang glamer senaraikan 10 novel yang saya suka. Hehe... boleh gitu ;) Tak kisahlah kan... janji saya suka.

Tapi suka nak diingatkan yang senarai ni berdasarkan novel-novel yang saya pernah baca. Kalau ada novel yang best tapi saya belum baca, sudah tentu tak masuk dalam senarai ni kan. Tapi tak apa, sesiapa yang nak rekomenkan novel yang best, dipersilakan dengan segala hormatnya. Kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan :)

Actually, memang banyak yang saya suka. Tapi sebab nak 10 saja kan. Jadi jom kita review.

10 NOVEL YANG SAYA SUKA.
=========================
  1. Projek 238 - BH Amir
  2. Ombak Rindu - Fauziah Ashari
  3. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  4. Cinta 24 Jam - Andrei Aksana
  5. Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
  6. Detik Debar - Eyman Hykal
  7. Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid
  8. Laungan Kebebasan - John Briley
  9. Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-Man Sufi
  10. Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid
I like them 200% ♥♥♥

Monday, 8 September 2014

20 Facts About Me

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


SAJA SUKA-SUKA!

Wow... sana-sini orang asyik tulis tentang 20 Facts About Me sampaikan saya pun rasa nak tulis juga. Haha... poyo sekejap eh. Tapi ok gak kan... release sikit stress ni. Saya bukan apa, bukan kira nak tiru orang tapi saja la... suka-suki... tak ada niat apa-apa pun. Dan pada sesiapa yang baca tu, tolong jangan SENTAP hokeeh ;) Tapi tak ada apa nak sentap pun sebab saya tak tulis la yang very the very personal... yang tu tetap kena private kan untuk diri sendiri:)

20 FACTS ABOUT ME!!
===================

  1. SAYA TAK ADA RAMAI KAWAN. Ya, memang saya kenal ramai orang tapi just say hi hi bye bye saja. Kawan aka sahabat aka BFF memang tak ramai but... saya sayang sangat kawan-kawan yang saya ada, memang close sangat-sangat. We love each other, we care each other. Sebab tu kalau saya nak jadi fren for someone, saya kena suka kat dia dulu. Haha... kalau saya tak suka means tak yah kawan pun tak apa ;) Tapi nak mention kat sini la, kalau saya kata suka tu... means suka as fren saja. Jangan fikir yang bukan-bukan okay!!
  2. SAYA SUKA TRAVEL. Tak kisahlah travel dekat ke jauh ke, yang penting mesti pergi jalan-jalan somewhere. Kalau boleh tiap-tiap bulan nak pegi travel. Ada orang tegur kata saya asyik travel ngan kawan saja. Actually saya ni seorang yang adil, kalau this round saya pergi travel dengan kawan, next round saya akan plan something with my family. Orang mungkin tak perasan sebab saya jarang expose family vacation photo. Mnm..
  3. SAYA SUKA BUKU! Yang ini saya rasa semua orang tahu. Saya suka dikelilingi oleh buku. Tidur Buku, Makan Buku, Jalan-jalan Buku. Hehe... so saya memang setuju sangat dengan caption ni; A room without books is like a body without soul. Yup, absolutely right!!
  4. SAYA NAK JADI NOVELIS. Yea... saya nak jadi penulis novel. And i will go for it. InsyaAllah.
  5. Kalau pergi travel, SAYA SUKA BELI SOMETHING UNTUK KENGKAWAN. Ini dah jadi satu habit. Saya pun tak tahu kenapa, mungkin saya nak berkongsi kegembiraan saya kot. Selalunya saya akan beli fM atau keychain. Dan yang paling penting, barang tu mesti ada tulis nama tempat yang saya pergi. So, memang untung sangat sape yang jadi kawan saya. Ahaks...
  6. Ha, nak crita pasal hadiah dari orang pula. Kawan-kawan saya pun selalu hadiahkan something untuk saya bila dorang pergi vacation or business trip mana-mana tanpa saya. Selalunya dorang akan hadiahkan saya something yang saya suka. BFF kan so memang tahulah apa yang saya suka, ye tak?! Hehe... so nak habaq la ni. Selain fM atau keychain, SAYA SUKA MUG. Dari zaman sekolah lagi saya suka kumpul mug. Macam-macam jenis, kecil besar suma ada. Mnm...love it!!
  7. Saya ni pelik sikit kot. Selain fm, keychain & mug, SAYA SUKA KUMPUL BUKU NOTA DAN T-SHIRT. Maksud saya, kalau saya pergi mana-mana, saya suka beli buku nota dan tshirt yang ada tulis nama tempat yang saya pergi atau nama event yang saya join. Pastu, buku nota tu saya akan simpan, tak guna tau... sampai kertas tu dah jadi kuning. Hehe... buat semak sungguh la... kan... Tapi tshirt tu saya akan pakai la... yang tu tak buat hiasan la... :P
  8. SAYA SEORANG YANG MENGUTAMAKAN KELUARGA dan saya amat mementingkan hubungan kekeluargaan. So to all my family members, please bear in your mind that I love all of u and I care about u. Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit. Ngerti itu ;P
  9. Ada seorang sahabat berpesan; "Cintailah diri kamu sebelum kamu mencintai orang lain." Ya, saya sedang mempraktikkannya. Dulu, saya asyik nak jaga hati orang dan abaikan hati sendiri tapi sekarang SAYA SEDANG BELAJAR MENJADI SEDIKIT KERAS HATI. Wah, kejam gitu. Do I Care!!
  10. Nak cerita pasal buku lagi. BUKU YANG PALING SAYA SUKA IALAH PROJEK 238 KARYA BH AMIR. Sape yang pernah baca buku ni. sila angkat tangan.... hehe.. Buku ni best tau, saya ada 02 buah. Memang sayang sangat-sangat sebab susah nak dapat. 
  11. SAYA TAK SUKA DRIVE! Wah... statement...! Tak suka drive tapi setiap hari kena drive pi kerja. Tak sesuai gitu...
  12. SAYA SUKA SHOPPING. Ini memang best tapi yang tak bestnya duit habis...huhuhu...
  13. HANDPHONE PERTAMA yang saya beli dengan duit saya sendiri ialah Nokia 2300, tahun bila tu saya dah tak ingat la. And now saya aim nak beli i-phone pula. I-phone 6 dah nak release kan...huhuhu... budget belum ada...
  14. DULU SAYA MINAH REMPIT. Itu jer nak habaq...
  15. SAYA PERNAH JADI MINAH KILANG. Pernah kerja kat kilang BCM, Knowles, Dell dan Seagate. Time tu masa budak-budak lah, kerja sekejap-sekejap jer time tunggu result exam dan time semester break. Tapi nak bagitau yang kerja kilang ni best sangat, no stress... rindu kenangan dulu...
  16. DULU SAYA TAK PANDAI MASAK, sebab malas tolong mak masak. Tapi sekarang tetiba jer saya pandai masak, sedap lak tu. Cewahh... puji diri sendiri lak.
  17. SAYA MUDAH KESIAN KAT ORANG. Dari segi apa...? Mnm... macam-macam la. So ada baik, ada buruk. Saya sedar dan saya tengah belajar untuk menapisnya, kesian pada sesuatu yang membawa kebaikan dan menjauhi sesuatu yang tidak membawa kebaikan pada diri sendiri dan orang lain. Faham tak...? Tak faham eh.. mnm tak retilah nak explain...
  18. MY DREAM IS TO BE A PRIVATE INVESTIGATOR. Memang minat sangat-sangat nak jadi PI. Tapi nak wat cane kan, nak jadi polis pun tak lepas sebab tak cukup berat badan. Sebab tulah kalau tengok balik senarai novel yang saya suka, more on thriller and investigation. Contohnya novel Projek 238 by BH Amir, Detik Debar by Eyman Hykal, Satu Janji by RAM dan banyak lagilah karya-karya RAM.
  19. KALAU TIDUR SAYA MESTI BERSELIMUT. Tak kiralah waktu siang ke malam ke, sejuk ke panas ke, mesti nak kena selimut. Kenapa? Entah ler...
  20. SAYA SUKA MAKAN COKLAT. Tapi sekarang ni dah lama tak makan coklat daa...

Adios.