Pages

Monday, 20 April 2015

Jemputan Ke Majlis Pelancaran Novel AIT2

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Yeay...kad jemputan ke Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah dah pun sampai. Excited sangat-sangat nih.... memang suka sangat attend majlis yang dianjurkan oleh SR sebab majlis diorang memang sempoi, memang happening.

Seperti yang tertera di kad, majlis ini akan diadakan pada 25 April. Berapa hari jer lagi tu...pejam celik pejam celik dah pun hari sabtu. So kita jumpa di sana tau...

Pada sesiapa yang order novel AIT2, saya akan cuba untuk mendapatkan tanda tangan SR. Kita akan cuba sehabis baik... sebab dah check jadual SR... memang jenuh la nak kejar sebab clash dengan penulis-penulis di booth lain. Tapi tak apa, tak dapat kejar hari ni saya kejar esok pulak. Hehe...yang penting cuba yang terbaik untuk kawan-kawan yang tersayang. Cewahh!!

Okey, sebelum kita peluk AIT2 apa kata kita belek cover novel ni dulu puas-puas.




Okey, jumpa di sana.

Adios!

Jauh Terbawa Lukisan Hatimu...

Teks: Masitah Samsudin
Foto : Youtube



Potret - Akim and The Majistret

Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi


Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi


*******************

Moral of the story - Sad mood!

Adios!

Friday, 17 April 2015

Info Menarik PBAKL 2015

Teks : Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti yang saya janjikan, inilah dia sebahagian daripada info-info menarik tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang sempat saya kumpul untuk anda semua. Nak tahu lebih lanjut rujuk sahaja pada gambar-gambar di bawah. Semestinya memang terbaik kebaboom.... Siapa tak join memang rugi habis!!

Baru jer cakap bahangnya kurang terasa, tengok-tengok sekarang ni panas berapi membara hingga membuatkan saya tak sabar-sabar tunggu 24 April ni :)

Saya pasti anda kat luar sana pun macam tu juga kan...kan...kan...

Okeylah, biar gambar sahaja yang berbicara.










Ini cuma sebahagian sahaja tau.... Kalau nak tahu apa lagi yang menarik yang ada kat PBAKL kali ini, teruskan cari info kat laman-laman sosial hokeeh. Ada banyak lagi yang pastinya boleh membuatkan mata anda terbeliak, mulut anda ternganga. Hehehe...

Okeylah, selamat berpesta buku di PWTC. Jumpa anda di sana!!

Adios!

10 Novel Dan Buku Pilihan PBAKL 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak berkongsi 10 novel dan buku umum pilihan saya untuk dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 nanti. Semuanya novel-novel terbaru karya novelis-novelis terkenal tanah air. Buku pun buku terbaru. Mungkin ada yang tanya kenapa 10 sahaja, tidak 20 atau 30? Hehe...10 cukuplah kot. Yang penting kita beli. Itu menunjukkan sokongan kita kepada novelis-novelis kesayangan dan juga sokongan kita kepada industri buku.

Semua buku-buku ni panas dari kilang tau :)

1. ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 - SITI ROSMIZAH


Penerbit - SR Publication
Harga - RM36.00
2. CHANDELIER - ACIK LANA

Penerbit - Kaki Novel
Harga - RM32.00
3. KIMCHI UNTUK AWAK - SURI RYANA

Penerbit - Kaki Novel
Harga - RM29.00
4. JANGAN BIAR DIA MASUK - A. DARWISY

Penerbit - Buku Prima
Harga - RM31.00
5. GILA TAK RINDU - MURNI AQILA

Penerbit - Alaf21
Harga - RM30.00
6. ULAM KASIH SAMBAL CINTA - NORZAILINA NORDIN

Penerbit - Alaf21
Harga - RM27.00
7. ANTOLOGI CINTA SAYANG - AISYA SOFEA, ANIS AYUNI, ALEYA ANEESA & ROZITA ABD. WAHAB

Penerbit - Alaf21
Harga - RM29.00
8. UNTUNGLAH AWAK MENTUA SAYANG - NORHAYATI BERAHIM


Penerbit - NB Kara
9. HIKAYAT CALAQISYA - HAZWAN FAIZ

Penerbit - Dubook Press
Harga - RM25.00
10. BICARA INI UNTUK MURABBI - M. AMIRO SAFWAN M. KAMIL

Penerbit - Karya Bestari
Harga - RM28.00
Okey, selamat membeli dan selamat membaca ^_^

Adios.

Wednesday, 15 April 2015

PBAKL 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Buku PWTC kembali lagi!!

Jangan lupa datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang akan bermula pada 24 April 2015 hingga 03 Mei 2015 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Datang beramai-ramai memeriahkannya kerana terdapat beratus-ratus booth dari pelbagai penerbit dalam dan luar negara serta terdapat pelbagai aktiviti yang amat menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk semua pengunjung.

Sekiranya anda tersesat atau tidak dapat mencari booth, bolehlah rujuk kepada pelan yang biasanya dipaparkan pada setiap level. Anda boleh juga bertanya kepada Duta Buku yang telah dilantik oleh pihak penganjur untuk membantu memberi tunjuk arah ke lokasi booth yang ingin ditujui. Yang penting, jangan malu bertanya kerana yang pastinya anda akan dilayan dengan senyuman mesra.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke PBAKL kali ini. Tapi saya nak meluahkan perasaan sikit kat sini. Entah kenapa saya berasa PBAKL kali ini kurang serinya, bahangnya tidak terasa, dinding-dinding facebook dan instagram juga terasa sunyi bagaikan dilanggar garuda. Adakah kerana GST? Tak mungkin! Sebab banyak penerbit buku yang dah umumkan bahawa buku tidak akan dikenakan GST. Lalu sebab apa yer?


Susah benar nak cari info tentang PBAKL kali ini. Tak macam tahun-tahun sebelumnya. Semua orang macam tak excited saja. Benarkah? Atau perasaan saya sahaja. Alamak... harap tidak ada yang marah yer.... kalau rasa tak berseri jom kita ramai-ramai serikan. Nanti saya cuba kumpul info tentang PBAKL 2015 dan postkan di sini.

Okey, nantikan update seterusnya ya :)

Adios!