Pages

Tuesday, 23 June 2015

Alkisah Ramadan 1436H

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Saja nak corat-coret... dah 06 hari kita berpuasa. Kalau nak diikutkan, saya ada sedikit rasa malas untuk berkongsi juadah berbuka puasa dan juga sahur. Bukan malas apa, masa yang ada untuk saya amat terhad. Jadi saya gunakan masa yang terhad itu untuk berehat. Hehe... nanti tak cukup rehat pula saya juga yang susah. Kan... kan... Lagi susah kalau terbabas sahur... ;) Jadi memang tak sempatlah nak mengadap laptop segala.

Tapi semalam masa tengah sahur... sedang asyik tengok the kids makan, tiba-tiba saja saya terfikir. Saya kena tulis resepi kat blog... at least sebagai panduan untuk mereka bila saya dah tak ada nanti. Erk... boleh pula terfikir begitu. Adakah...?

Sebenarnya, selama ini pun saya jarang beli juadah berbuka atau sahur kat luar. Pasar Ramadan memang jarang pergi. Kat office pun saya tak pergi cafe tinjau-tinjau juadah berbuka sebab saya memang tak akan beli. Balik kerja saya akan masak 2-3 hidangan untuk berbuka, masak lebih untuk sahur sekali. Tapi itulah, masak 2-3 hidangan saja. Tak masak banyak, tapi memang cukuplah untuk saya sekeluarga.

Lagipun dekat kejiranan saya, berkongsi juadah masih diamalkan sehingga hari ini. Kalau masak 2-3 jenis juadah pun, nanti time buka puasa mesti penuh atas meja. Jiran sebelah rumah bagi, jiran depan rumah bagi. Memang best XD

The kids pula memang suka kalau saya masak. Tiap-tiap hari minta saya masak makanan kegemaran mereka. Siap buat senarai hari ni masak ini, esok masak itu. Haha... anak chef la katakan... pandai arah saja... pandai masak juga sebenarnya... Hehe...

Oh ya berbalik kepada nak kongsi resepi tu, macam biasa la... resepi saya memang resepi yang mudah dan ringkas. Orang kata resepi mak-mak...resepi orang kampung.... janji makan sedap cukuplah. Nanti next entry saya kongsi hokeeh.

Okeylah, selamat berpuasa.

Jumpa lagi.

Friday, 19 June 2015

02 Ramadan 1436H

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini 02 Ramadan... di hari Jumaat, Penghulu Segala Hari. Terasa damai sekali suasana di sekeliling. Sunyi sepi lain dari kebiasaannya. Manusia dan alam bagaikan sehati dan sejiwa, masing-masing menghargai dan menghormati bulan Ramadan yang mulia.

Bercakap perlahan, berjalan perlahan, dan kadang-kadang hanya senyuman yang melahirkan kata-kata. Sehinggakan masa turut berlalu begitu perlahan sekali. Berbanding dengan waktu-waktu sebelumnya yang terasa begitu cepat berlalu. Tapi ah, apalah salahnya. Sekurang-kurangnya dapatlah kita menikmati Ramadan yang penuh barakah ini.

Alam jua bagaikan turut terhenti. Angin hanya bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon-pohon nyiur tidak galak melambai mesra. Kaku. Bisu. Cuaca mendung bagaikan merahmati insan-insan yang berpuasa. Seawal pagi hujan sudah pun turun membasahi bumi. Menyejukkan mereka yang bakal keluar mencari rezeki.

Alhamdulillah. Kupanjat syukur pada ilahi. Atas rahmat yang tidak berbelah bahagi ini. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Salam Ramadan.

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadan Al Mubarak 1436H

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Marhaban Ya Ramadan :)

Alhamdulillah... Ramadan datang lagi. Esok seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Pastinya Ramadan yang ditunggu-tunggu ini disambut dengan penuh kesyukuran dan dipenuhi dengan segala bentuk amalan yang pastinya akan memberi ganjaran pahala yang besar.

Jadi di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap. Segala kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan ini mendapat barakah dari-Nya.


Di sini saya kongsikan doa niat puasa dan doa berbuka puasa. Boleh niat sebulan juga kalau mahu... Memang mudah sahaja kan :D


Okeylah, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterimaNya.

Selamat Berpuasa.