Pages

Saturday, 31 December 2016

Recap 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[ALHAMDULILLAH]

Esok akan bermulanya hari pertama di tahun baru 2017. Cepat sungguh masa berlalu kan. Entri tahun ni pun masih banyak lagi yang tertangguh. Tapi tak pe, ceq tak kisah... esok-esok ceq update gak. Backdated pun biar la kan... haha...

Bukan apa... tak ada niat nak mengimpreskan orang pun. Jadi kita buat cara kita sajalah. Orang busy katakan. Kan...

Okay, tak mau melalut. Setahun yang telah pun berlalu.... teringin gak nak tengok apa yang saya buat sepanjang setahun ni. Bila difikirkan balik, terasa macam tak ada yang menariknya. Sesuatu yang rutin... ya, itu yang boleh saya katakan.

[WEEKDAY]

Weekday saya bermula Isnin hingga Jumaat. Nak buat apa lagi kan... kerja kerja kerja! Cari duit la beb... tak kerja tak de duit tak leh nak jenjalan. Owh... tu macam perabih duit lak... kan... apa-apa jelah


[WEEKEND]

Weekend sudah pastilah Sabtu dan Ahad kan. Hari yang ditunggu-tunggu. Masa ni lah nak buat macam-macam. Tetap bangun awal macam biasa... tak de nak bermalas-malasan tidur sampai tengahari. Not my habit. Ek.... poyo skit. :D

[JOG, ZUMBA, AEROBIK]

Biasanya, pagi-pagi saya dah keluar pi exercise. Kadang-kadang saya joging, kadang-kadang pi zumba, tapi most of the time saya pi aerobik. Kalau joging dan aerobik tu, satu jam sahaja... kalau zumba tu lebih sikit la.... sweat lebih sikit... Kat mana...? Ikut dan saya saja.... Kulim, Serdang, Seberang Jaya, Penang, Alor Setar... semua boleh...janji view cantik.... 



Geng Aero PSK Jumaat Sabtu & Ahad Dataran Taman Tasik Putra



Geng Zumba MPSP Car Free Morning



Ni lak joging time. Bendang kat Alor Staq... ha nampak tu Gunung Keriang... nice view kan... Saja boh pic awa Nicx.... sebab ensem...kalau tak ensem tak mau boh dah. Hahah~ 

[RUN]

Cerita pasal run ni memang best. Sebab saya akan pi joging, zumba dan aerobik kalau tak ada run saja. Kalau ada run memang alamat tak jumpa lah geng-geng tu semua. Running memang saya utamakan. Kalau dalam sebulan tu tak join run event mana-mana, tu tandanya bulan puasa! Hahahaha....

Tahun 2016 ni jadual run saya memang penuh. Setiap bulan join run event di merata-rata tempat. Sebulan kadang-kadang 2-3 event. Biasa saja kot... orang lain back to back tiap-tiap minggu kot. Saya tak la extreme sampai camtu. Mau pengsan den...


Dan... sebagai penutup yang manis untuk 2016, hari ni 31 Dec saya join Palm Tree Run Bandar Permata Lunas. Rasa happy and proud sangat as a runner.

#selajus

[SHOPPING]

Pagi-pagi kita pi exercise. Petang-petang kita pi shopping la. Tapi sekali sekala saja... jalan-jalan cuci mata. Kira jarang sangat la keluar gi mall. Selalu kalau nak shopping apa-apa beli online jer. Senang, cepat dan mesra. Eh, mesra? Macam-macam daa...


Gi shopping ngan Vania la...

[TRAVEL]

Saya mengaku tahun ni saya kurang travel. Travel sebab join run event tu tak dikira hokeeh. Ni travel cuti-cuti makan angin. Family vacation pun kurang berbanding sebelumnya. Tapi saya okay saja sebab tahun ni saya pi holiday tempat-tempat best. Yang penting enjoy!


Krabi

[WRITING]

Saya masih menulis dan terus menulis. Puisi banyak gak la tulis tahun ni... semua simpan koleksi sendiri. Cerpen satu pun tak siap... semua half way. Novel... masih dok merangkak lagi. Tunggu novel Fyda & Diana siap dulu kot. Berangan nak join projek kompilasi tapi berangan jer lebih. Tak pa, hidup tanpa angan-angan ibarat tak tau apa yang kita nak. So teruskan berangan As! Cheh!

Okay-okay, serius balik.... tahun ni kira banyak habiskan masa kat dunia lain sehinggakan dunia penulisan dan pembacaan tertinggal di belakang. Jadi saya akan tekadkan azam dan mulakan tahun baru dengan menimba ilmu penulisan. Tunggu ya SM Zakir & Zaen Kasturi... saya nak jadi protege ni... fuhhh.... semangat...

Okay, cukup-cukup sudah serba sedikit recap saya untuk tahun 2016. Yang pasti semua memori tu akan terpahat di ingatan sampai bila-bila. Kalau lupa kita baca balik entri kat blog ni, sure ingat balik. Kan...kan... hmmm camtu la ko As!

Okay, Good Bye 2016. Welcome Rejoice 2017.

Adios!

Thursday, 22 December 2016

Kafe Roti Bakar Kulim Landmark

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hampa mai Kulim? Tak tau nak makan kat mana? Jom kita pi try menu kat Kafe Roti Bakar Kulim Landmark. Kafe ni sudah pastilah terletak di Kulim Landmark Mall. Kat bawah tu ja... dekat dengan Nasi Kandar Hussin.

[KAFE ROTI BAKAR KULIM LANDMARK]

Kafe ni mula beroperasi pada pukul 8am - 10pm dan dibuka setiap hari. Nak datang waktu breakfast, lunch, tea time, dinner atau supper semua boleh. Macam-macam menu ada...

Coffee Time!

Jom kita pi lepak-lepak kat sini sambil pekena Roti Bakar. Memandangkan weolls pi sini coffee time kan... so weolls nak try la roti bakar kat sini. Dengar cerita roti bakar dia sempoi gak. So weolls order set Banana Roti Bakar dan Roti Bakar Telur Omega.  Tak lupa juga Hazelnut Coffee yea. Memang terbaik!

Makan pula dengan BFF sambil berborak panjang... haha... sejam jadi dua jam...

Tambah pula bila tengok cawan yang digunakan tu... klasik sangat kan. Macam cawan dolu-dolu... teringat kampung halaman... Ah, tetiba!




 Dah kenyang, jom kita pi shopping groceries kat Giant.


Okay uolls, kalau mai Kulim jangan lupa cuba menu kat Kafe Roti Bakar Kulim Landmark tau.

Adios!

Monday, 19 December 2016

Day 3 Hatyai: Jalan-Jalan Hatyai Town & Kim Yong Market

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Jom kita Jalan-Jalan Hatyai Town dulu. Satgi nak balik dah. Weolls ambil Tut Tut lagi, bagitahu kat driver tu suruh hantar pi kat Kim Yong Market. Kat sini pagi-pagi ada pasar basah yang jual macam-macam la. Buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai jenis makanan. Masa kami sampai tu kira depa dah siap-siap dok kemas dah.

Tapi tak apa, kami bukan nak pi terjah pasar basah tu. Kami nak pi pasar kering. Haha... kat sini ada jual macam-macam la. Pakaian.... baju seluar macam-macam fesyen. Kawasan dia pun besar sangat. Sehari meronda pun tak habis.

Masa pun suntuk jadi kami tengok sat-sat saja la. Terus beli apa yang berkenan. Kalau nak belek satu-satu pakai tidoq kat Hatyai lagi la malam ni. Hahahah~ Tapi memang best shopping kat sini. Macam-macam ada. Kualiti pun okay tapi pandai-pandai la pilih kan.






Paling banyak borong baju kat kedai ni la. Ceq suka sangat!!


Pastu jalan-jalan lagi kat Lee Garden Plaza. Masuk kedai tu masuk kedai ni. Souvenir barang wajib beli, untuk family dan kawan-kawan. Ada la sikit-sikit, yang penting beli yang perlu saja. Jangan membazir.


Jalan-jalan lagi jumpa la makcik jual buah pauh ni. Buah pelam la.... besar-besar buah pelam tu. Tengok saja pun dah telan air liur. Semua tu THB200 ja. Pikir punya pikir mai la dua orang kita... terus suruh bungkus semua. Hahahah.... putih mata.... :D Eh, dak aihhh... tak putih mata pon. Sebab dok fikir kalau beli ingat senang ka nak bawa balik. Berat ya amat tuuu....


Dah penat jalan, tekak terasa haus pula. Weolls pun singgah minum green tea kat Restoren Hamid. Wow, sedapnya green tea kat sini! Lemak berkrim disukai ramai!!


Okaylah, dah tiba masa untuk gerak balik ke Malaysia. Ecewah... macam pi obersea la sangat. Haha... lepas ni mesti tak sabar nak pi Hatyai lagi sebab mesti rindu masakan kat sini. Tapi takpe, kami bukan saja bawa balik macam-macam souvenir tapi juga 1001 kenangan yang terindah.

Okay good bye Hatyai. See you next time.

Adios!

Friday, 16 December 2016

Day 3 Hatyai: Lunch Nasi Komok Di Kai Tod Daycha & Seafood

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Hari ni bangun lewat sikit. Bermalas-malas dulu sebab kejap lagi nak terus check out. Nak pi jalan-jalan cari makan... nak pi jalan-jalan shopping...

Dalam pukul 10am macam tu weolls check out. Ambil Tut Tut terus gerak ke Hatyai Town. Macam biasa Tut Tut THB20 yea. Tapi hari tu dapat uncle driver tu... dia siap bawa pusing pi fetch wife dia kat market pastu baru pi hantar kami. Masalahnya dia macam tak tau kami nak pi mana dok pusing merata. Alih-alih kami lak suruh dia berenti ja kat tepi jalan tu... and kena bayar THB40 sorang... haih... nasib baik uncle.... sedekah jer la....

Weolls terus pi kat kedai yang ambil tiket balik tu. Simpan semua beg kat situ. Sebab weolls nak pi jalan-jalan lagi. Van gerak balik pukul 4pm. Sempat la kami meronda dulu. Destinasi pertama sudah tentulah cari tempat makan. Ramai yang kata kalau pi Hatyai kena try Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood. So, jom la kita pi try!

[NASI KOMOK]

Nasi Komok ni sebenarnya nasi kuning yang dihidang bersama sup kosong, ayam goreng dan sos, acar timun dan ulam-ulaman. Nasi Komok kat sini memang sedap, nasinya lembut... kalau makan macam tu saja pun sedap. Ditambah pula dengan ayam goreng nya yang rangup. Tapi ayam goreng kat Hatyai ni memang dah terkenal dengan kerangupan dan kesedapannya. Kalau pi kat Danok tu pun dah boleh jumpa ayam goreng yang sedap cenggini.



Pertama kali cuba Nasi Komok memang saya suka. Boleh mai makan lagi lain kali. So uolls kalau ke Hatyai bolehlah cuba Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood.

Jom kita pi Jalan-Jalan Hatyai Town pula.

Adios!