Pages

Friday, 29 September 2017

Rindu Nak Menulis

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#rindu

Dua tiga hari kebelakangan ni asyik teringat-ingat sahaja blog ni. Rasa rindu membuak-buak nak menulis balik. Sehari jugak la ambil masa mencuci segala sawang-sawang yang ada. Siap cuci, jalan-jalan Blokwalking kawan-kawan blogger. Fuhhh...sehari memang tak habis baca coretan-coretan kawan-kawan semua.

#dowhatyoulove

Pejam celik pejam celik hampir empat bulan juga tak update blog. Ramai yang bertanya kenapa menyepi? Ya.. kekangan masa. Cuma itu alasan yang ada. Tapi kalau nak salahkan masa pun macam tak kena juga. Semuanya berbalik pada diri kita sendiri. Kalau dah suka, masa akan ada untuk itu. Betul tak?

Tak ada cerita yang nak ditulis? Ni nampak sangat bohong...huhuhu... Cerita banyak sangat... kalau buat 'To Do List" rasanya tiap-tiap hari post pun lebih dari cukup. Rajin dengan tak rajin ja. Wahhh...Ko ni As.... haha :)


#100000pageview

Belek punya belek blog ternampak la total pageview dah mencecah 100 000 lebih pengunjung. Waa... tetiba rasa teruja gitu. Jom lha kita aktif berblog balik... Ah, tetiba kan!! Haha...

Okay lah, jangan cakap kosong saja. Jom kita menulis.

Adios!