Friday 8 March 2019

Happy Women's Day 2019

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Happy Women's Day🌹

To a woman who is strong, clever, compassionate, beautiful and unique. May you continue to inspire those around you.

#BalanceforBetter #thanksintel




Jumpa lagi.


Thursday 7 March 2019

Antologi Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan

Teks: As Samsudin
Foto: #bkhkembar10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Pre-Order buku Antologi Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan masih dibuka. Buku ni limited edition ya. Cepat order kalau tak nak terlepas.
Tema: Peluang Kedua
Harga: RM30 (tidak termasuk postage)
Klik untuk order -- > wasap.my/60184044132/preordernovel
Buku akan dipos selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.
Jom As belanja sedikit sedutan salah satu kisah di dalam buku ni.
===============
“Tak baik kau cakap macam tu Saffiya. Kita tak tahu apa yang Allah SWT dah aturkan untuk kita. Kalau kau rasa Hakimie tu bersalah, kau maafkanlah dia. Mana tahu kau akan rasa lebih tenang lepas ni,” Lina cuba menasihatiku.
“Lelaki tak guna tu, kau ingat aku akan maafkan dia? Sampai mati pun aku tak akan halalkan semua yang dia dah ambil dari akulah! Sampai mati pun dia tetap berhutang dengan aku!”
“Kau tau tak Lina, mak aku selalu cakap, kalau kita tak bayar hutang orang… nanti di akhirat usung lah bara api pi cari orang tu. So what. Kau tunggulah… kalau di dunia dia tak bayar, kau ingat dia boleh lepas di akhirat?”
Jangan mimpilah Hakimie!
Lina hanya menggeleng memandangku.
“Sudahlah tu Saffiya. Daripada kau buang masa fikirkan Hakimie tu lebih baik kau ikut aku join run. Kau pun dah lama tak join kan. Mana tahu lepas ni kau dapat lelaki Kenya pula. Kau kan tak suka lelaki Melayu!”
================
Jeng jeng jeng....
Korang rasa Saffiya join run dapat lelaki Kenya tak? Hehehe... Cepat teka dan cepat order buku ni... baru tahu jawapan korang tu betul atau salah...
Jumpa lagi.


Pelancaran Projek Antologi #BKHKembar10

Teks: As Samsudin
Foto: #bkhkembar10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah... 
Baru berkesempatan untuk berkongsi berita gembira di tahun 2019.

Berita gembira apa tu?
Ya, pelancaran buku Projek Antologi #BKHKembar10 Tulisan Pengkarya Bengkel Tulis Kisah Hidup akan diadakan pada 31 Mac ini di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC. BKHKembar10 bermakna ada 10 buah buku yang akan dilancarkan serentak. Dan yang bestnya, satu karya kecil saya turut dimuatkan dalam buku Projek Antologi BKHJitra "Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan". Buku Antologi BKHJitra ini melibatkan 15 orang penulis. Jadi, 15 penulis dengan 15 cerita. Wow, menarik kan!
Memang hebat sekali cetusan idea Puan Sri Diah Shaharuddin untuk projek ini. Tahniah Puan Sri dan semua penulis yang terlibat. Sesiapa yang berkesempatan ke PBAKL 31 Mac ini dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran BKHKembar10 dan saksikan sendiri fenomena yang bakal tercipta. Jumpa di sana ya!

Nak jadi antara orang yang pertama memiliki buku ni? Pre-order kini dibuka.
Click -- > wasap.my/60184044132/preordernovel
Terima kasih atas sokongan semua. πŸ˜˜πŸ˜˜

MuchπŸ’—,

Tuesday 8 January 2019

Recap Larian 2018

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.





Bila melihat rakan-rakan pelari sudah memulakan langkah pertama untuk tahun 2019, hati terasa bersemangat nak berlari. Tapi sebelum kita mencari event yang berkenan di hati, jom kita mengimbas kembali memori di tahun 2018. Tahun yang bergerak perlahan atas sebab-sebab tertentu, namun tetap meninggalkan 1001 cerita yang akan tetap terpahat di ingatan.

Kisah Turtle Runner yang suam-suam kuku dari awal tahun hingga penghujung 2018.



[JANUARI]
  1. Langkawi Fun Nite Run 2017/2018 10KM – 10th placing
  2. Gelugor Power Run 3 10KM – DNS
  3. Bagan Dalam Power Run 10KM – Finisher
  4. Enliven Junjong Waterfall Run 5KM – 2nd placing
[FEBRUARI]
  1. Kipidap Gen Y 2.0 Run & Ride 6KM – Finisher
[APRIL]
  1. Unity Run 2018 Seberang Jaya 5KM – Finisher
  2. Fit Malaysia Penang 5KM – Finisher
  3. Inov8 Bukit Merah Trail Run Series 1 15KM – 6th placing
  4. Tuba Trail Run Langkawi 15KM – 15th placing
[MEI]
  1. RISM Charity Run Petaling Jaya 5KM – Supporter
  2. Mother’s Day Run 10KM – Finisher
[JUN]
  1. BDB Extreme Challenge Jitra 8KM 10 Obstacle – 3rd placing
[JULAI]
  1. Province Wellesley Run 12KM – 8th placing
[OGOS]
  1. 1963 BIIB Team Challenge 1963KM – Finisher
  2. Bangkok Airways Phuket Half Marathon 10KM – Finisher
  3. Gua Kerbau Trail Run 12KM – 13th Placing
[SEPTEMBER]
  1. MDC Charity Run 10KM – 10th placing
[NOVEMBER]
  1. The Top Komtar Tower Run 2KM + stair to 68th Floor – Supporter
  2. Penang Bridge International Marathon 21KM – Finisher
[DISEMBER]
  1. Great Eastern Viper Challenge Cyberjaya 12KM + 18 Obstacle – Finisher
  2. PAAA 41st Annual Round The Island Relay 2018 72.63KM – DNF/Disqualified
  3. PolyRun @ PTSB Kulim 10KM – Finisher
  4. Hero Run Riverfront City 10KM – Finisher
Finisher - 19 events
DNS - 1 event
DNF/Disqualified - 1 event
Supporter - 2 events
Total - 23 events

Alhamdulillah, untuk segalanya yang berlaku di tahun 2018. Target larian untuk tahun 2019 masih berjalan seperti biasa. Apa yang sampai di hati, kita join. Kalau tak sampai kat hati, kita akan menyokong kawan-kawan yang join.




Apa pun untuk tahun ini, kita memberi laluan kepada beberapa projek penulisan. Ada tiga projek penulisan yang telah dipersetujui. Satunya telah pun dihantar kepada Editor dan seterusnya akan dihantar kepada pihak Grafik untuk design. Sasaran terbit adalah semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bersiaran pada 29 Mac - 7 April di PWTC. Dua lagi projek penulisan ialah kisah tentang pelari yang telah pun masuk proses rangka pembahagian bab. Sasaran terbit adalah pada tahun ini juga. InsyaAllah. Mohon doa restu kawan-kawan semua agar segala perancangan yang telah diatur dipermudahkan. Semoga segala impian akan terlaksana dengan izin-Nya. Amin.

MuchπŸ’—,

Friday 4 January 2019

Selamat Tahun Baharu 2019

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Tahun Baharu 2019.

Sekejap saja kan masa berlalu. Ni dah masuk tahun baharu. Jadi setahun yang telah berlalu pastinya meninggalkan seribu satu pahit manis yang tidak mampu dibeli di mana-mana. Biar apa jua yang telah tercoret di tahun 2018, syukur pada Yang Esa. Semuanya telah tertulis biar suka atau duka.

Image result for happy new year 2019


Azam di tahun baharu?

Setiap kali tibanya tahun baharu mesti teringat pasal azam kan. Sebelum fikir azam baru, cuba fikir balik tentang azam di tahun 2018. Sudah tercapai ke? 

Partly achieved for me! Haha...

Jadi yang 'partly' lagi kita sambung di tahun ini.

Okay guys, Selamat Tahun Baharu. Tekadkan azam dan semangat, jauhkan dari orang-orang yang negatif. Semoga impian kita semua akan tercapai di tahun ini.

MuchπŸ’—,