Pages

Wednesday, 30 September 2020

K e c e w a

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


K e c e w a .

Mengapa harus ada rasa kecewa? 

Kerana kita adalah manusia biasa yang punya segala rasa dalam jiwa. Namun, jika kita percaya pada Qada' dan Qadar, kita akan faham bahawa kecewa itu cuma sebahagiaan daripada ujian dan dugaan dalam kehidupan. Jadi, hadapilah dengan penuh rasa kesabaran, ketabahan dan kekuatan.

Kecewa yang kita rasa sebenarnya adalah cara Allah mahu menguji kita. Dia mahu melihat sejauhmana kita bergantung pada-Nya. Sejauhmana kita bersabar dengan setiap ujian-Nya. Dan yang lebih penting lagi, adakah kita akan terus kekal dengan-Nya atau berpaling dari-Nya. 

Ingatlah, di setiap kesulitan pasti ada kemudahan. 

Surah Al Insyirah Ayat 6.
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Ertinya: Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

InsyaAllah, bila sampai waktunya semuanya akan berlalu pergi. Bersangka baiklah dengan Allah dan yakin pada-Nya. Janji Allah swt itu pasti.

Jumpa lagi.


Monday, 28 September 2020

Isnin Bermulanya Hari

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Permulaan hari bagi setiap orang tidak sama. Ada yang hari Ahad, ada yang hari Isnin. Namun bagi kebanyakan orang adalah hari Isnin. Begitu juga saya. Selalu kita dimomokkan dengan isu Monday Blues yang membawa maksud emosi yang kurang baik di hari pertama. Rasanya, setiap orang ada Monday Blues nya yang tersendiri. Kadang-kadang tu bukan hari Isnin saja, ada juga terjadi mood yang tidak baik di hari Selasa. Tak kurang juga pada hari Rabu, Khamis, Jumaat atau hujung minggu. Tapi Monday juga yang kena.

Kesian Monday!

Walau apa pun, mulakan hari kita dengan kalimah Bismillah. Semoga hari pertama kita dan seterusnya sentiasa di dalam redha Allah swt dan dipermudahkan segala urusan kita.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah. La haw la wa laa quwwata illa billah.
Ertinya: Aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya.

Jumpa lagi.


Sunday, 27 September 2020

Aktiviti Hujung Minggu

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello geng...

Hujung minggu ni korang buat apa ya? Hari ni saya macam biasa, kemas rumah dan mengadap laptop saja la. Semenjak PKP ni rutin hujung minggu pun dah berubah sepenuhnya. Mood berlari dah hilang. Hanya menghabiskan masa di rumah kecil saya saja.

Kemas rumah.

Yang paling saya suka sudah tentulah ubah susun atur barang. Sekejap di sana, sekejap di sini. Tapi tak banyak beza pun, ruang pun terhad kan. Jadi kita susun bagi nampak sedap mata kita memandang cukuplah kan. Walaupun ruang terhad tapi berjam-jam juga la habiskan masa di situ. Sambil kemas sambil belek barang-barang yang ada. Semua koleksi kesayangan memang banyak kenangannya. Jadi, banyaklah yang boleh dikenangkan. Kan....



Tapi ini hanya sementara sahaja. Insyaallah, ada rezeki nanti saya plan nak ubahsuai rumah. Jadi, susun atur barang akan berubah lagi nanti. Cuma yang pasti sudut membaca dan sudut larian wajib ada dalam rumah saya. 

Run And Read.

Ini impian saya. Nak sediakan satu ruangan khusus untuk mini library dan koleksi-koleksi larian saya. Memanglah selama ini saya ada mini library di rumah tapi kali ini saya plan nak buat satu ruang khusus yang tak berkongsi dengan ruang tamu saya. Jadi pengunjung mini library saya tu tak perlu masuk terus melalui ruang tamu, masuk bahagian luar saja. Senang dan selesa nanti.

Okeylah, berangan tu berangan juga. Tapi jangan angan-angan kosong ya.

Jumpa lagi.




Friday, 25 September 2020

Rindu Menyapa Lagi

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rindu menyapa lagi.

Dunia blogger yang telah lama ditinggalkan. Sememangnya masa cukup mengekang namun idea juga kekeringan. Betullah kata orang, bukan mudah untuk mengurus masa, nak buat dua tiga kerja dalam satu masa. Bila fokus dengan benda ni, benda lain terabai. Bukan tak cuba untuk urus masa sebaiknya, buat semua benda sebaiknya, tetapi pada akhirnya diri sendiri yang letih.

Penat tak terkata.

Stress.

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Kemampuan seseorang individu itu tidak sama. Ada benda yang perlu kita genggam erat dan perjuangkan, ada juga benda yang perlu kita lepaskan. Yang penting, kita tahu apa yang kita mahu dan terus perjuangkan segala impian agar kejayaan dapat dikecapi. Jangan biar terkubur begitu sahaja. 

Kuatkan hati, tekadkan azam.

Semoga kita semua terus cekal dan istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

Jumpa lagi.