Pages

Sunday, 31 January 2021

Manuskrip Dah Siap!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas memerah idea, karya untuk buku antologi kedua saya telah siap sepenuhnya. Hanya menunggu link untuk dihantar sahaja.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bagaimana perasaan saya pada ketika ini. Puas, lega, sedih juga gembira bercampur-baur menjadi satu.

Harapan dan doa saya, semoga karya ini dapat menjentik hati pembaca. Dan semoga karya ini menjadi hadiah terindah buat ayah saya dan keluarga.

Mari kita raikan dengan Pizza Dua Benua hasil air tangan Kak Rohana Abdullah. Kak Ana ni kawan sekolah kakak saya. Banyak kenangan Kak Ana bersama keluarga kami di Titi Serong Parit Buntar Perak.

Kenangan daun selom dan Pekan Ahad. Terima kasih Kak Ana atas idea. Nanti As tulis cerita tu ya.

InsyaAllah.

Jumpa lagi.



Deadline Untuk Buku Antologi BKH Legasi Abah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Debaran semakin kencang. Hari ini hari terakhir untuk serahan tugasan buku antologi BKH Legasi Abah yang bakal dilancarkan pada April 2021. Sejujurnya, saya masih belum dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Masih bermimpi kata orang.

Pagi-pagi lagi dah teringat kat ayah. Terus hati terdetik nak balik jumpa ayah sekejap. Gaji dah masuk, kena tunaikan dulu kewajipan kepada ayah. Sampai kat rumah ayah, senyap sunyi sahaja. Ayah ada kat pekan rupanya. Patutlah telefon tak berjawab, ayah tengah bawa motor.

Saya keluar dari kawasan rumah terus ke pekan. Jumpa ayah kat sana. Tak sempat nak berbual lama. Tak sempat juga nak cerita kat ayah tentang Legasi Abah. Tak apalah, nanti bila buku dah siap boleh bagi kejutan kat ayah.

Harap-harap cerita yang ditulis kena dengan kenangan yang ada di dalam hati ayah.

Saya cuba yang terbaik!

InsyaAllah.

Jumpa lagi.

Saturday, 30 January 2021

BKH Legasi Abah - Tim LA 8

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Betapa banyak air mata yang tumpah, demi menulis sebuah kisah."
~ As Samsudin

Bertabahlah duhai hati. Demi Tim LA 8 yang dikasihi, saya harus kuat. Harus pandai menepis emosi, harus kental...

Macam berlari juga...

Jangan Mental!

Nota:
Al Fatihah untuk arwah adik-adik saya, Siti Hajar dan Siti Halijah.

Jumpa lagi.





Friday, 29 January 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 4

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 4

Edit Tugasan 1, 2 dan 3

Hari sudah beransur senja. Ayah masih belum balik. Kata emak, ayah keluar berjumpa Pak Lang Bakar. Kami menunggu ayah di muka pintu. Tepat jam 7.15 malam, kedengaran bunyi motosikal ayah. Kami semua berlari masuk ke bilik.

Aku mengintai di sebalik pintu. Ayah memberitahu emak sesuatu. Raut wajah ayah nampak serius. Aku melihat emak hanya diam sambil mengangguk-anggukkan kepala. Ayah menutup pintu dan menyendalnya dengan kayu.

****
Ayah kelihatan penat. Muka ayah berpeluh-peluh. Aku hanya memerhatikan tingkah ayah yang kalut menuju bilik mandi. Senja-senja begini kami adik-beradik semua tak berani buat bising. Masing-masing sudah bersedia menunggu ayah untuk solat Maghrib berjemaah.

Sejadah sudah kuhamparkan buat ayah. Ruang depan yang sempit itulah satu-satunya tempat yang ada untuk kami. Di situlah kami solat. Di situ jugalah tempat tidur kami. Cukup-cukup sahaja untuk kami lima beradik.

“Qamat cepat!” Aku terkejut dengan kehadiran ayah. Adik lelakiku cepat-cepat bangun dan mengalunkan iqamat. Ayah pantas sahaja mengambil tempat sebagai imam. Kami semua turut bangun membetulkan saf.

Usai solat, ayah akan berwirid dan berzikir. Aku suka mendengar suara ayah. Alunan wirid dan zikir ayah sangat mengasyikkan. Surah-surah pendek yang ayah baca sangat sedap bunyinya. Ayah mengaminkan doa.

“Kita jadi pindah.” Suara ayah memecah keheningan sebaik sahaja kami selesai bersalaman. Aku pandang wajah emak dan kakak-kakakku. Emak hanya diam membatu. Aku tahu emak berat untuk meninggalkan kampung halamannya. Dan ayah juga tahu itu.

“Tempat tu elok. Esok ayah bawa Itah dulu pi tengok rumah baru!” 

****

Hari ini cuti sekolah. Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap memakai baju biru kegemaranku.

“Nak pi mana tu?” Emak menyoalku.

“Syhhh, jangan bagitau ayah.”

“Pi la, ayah pesan dah jangan keluar rumah.”

“Ayah tak marah la. Itah kan anak kesayangan ayah.” Aku sengih sambal berlari menuruni anak tangga.

Matahari sudah tegak di atas kepala. Aku masih leka bermain basikal dengan Imah.

“Eh, itu bukan ayah kau ke?”

“Alamak, ayah aku mai sini la.”

“Ayah nak pi mana tu?” Soalku sebaik sahaja ayah sampai.

“Jom, naik lekaih.” Aku terus membonceng motosikal ayah. Sampai sahaja di rumah ayah terus menanggalkan tali pinggangnya.

Piap! Piap! Piap!

“Sakit ayah, sakit!”

“Esok-esok nak buat lagi tak?”

“Itah minta maaf ayah. Itah janji Itah tak buat lagi.”

#EditBKHLegasi_Abah

Jumpa lagi.


BKH Legasi Abah - Tugasan 3

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 3

Dialog Kaku dan Dialog Melawan

Hari ini cuti sekolah. Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap memakai baju biru kegemaranku.

“Nak pi mana tu?” Emak menyoalku.

“Syhhh, jangan bagitau ayah.”

“Pi la, ayah pesan dah jangan keluar rumah.”

“Ayah tak marah la. Itah kan anak kesayangan ayah.” Aku sengih sambal berlari menuruni anak tangga.

Matahari sudah tegak di atas kepala. Aku masih leka bermain basikal dengan Imah.

“Eh, itu bukan ayah kau ke?”

“Alamak, ayah aku mai sini la.”

“Ayah nak pi mana tu?” Soalku sebaik sahaja ayah sampai.

“Jom, naik lekaih.” Aku terus membonceng motosikal ayah. Sampai sahaja di rumah ayah terus menanggalkan tali pinggangnya.

Piap! Piap! Piap!

“Sakit ayah, sakit!”

“Esok-esok nak buat lagi tak?”

“Itah minta maaf ayah. Itah janji Itah tak buat lagi.”

(120pp)

#BKHLegasi_Abah
#UniKH
#AsSamsudin
#MisiMenulis2021
#kisahDinTerangkat

Jumpa lagi.

Wednesday, 27 January 2021

Perfume Eszz Ibrahim

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ni saya nak bercerita tentang perfume edisi istimewa daripada pereka butik pengantin yang terkenal di Sungai Petani Kedah iaitu Eszz Ibrahim. Siapa tak kenal Eszz Ibrahim kan? Baju-baju rekaannya memang mendapat tempat di hati ramai follower-followernya.

Jadi kali ini beliau telah keluarkan produk terbaru iaitu perfume. Untuk keluaran pertama ni diberi nama Love Story Edition. Ada dua wangian dalam edisi ini iaitu Lana dan Clara.


Perfume Eszz Ibrahim ni memang best!
  • Eau De Parfum (EDP)
  • Tahan sehingga 8 jam
  • Mesra solat
  • Bau yang sangat lembut dan wangi 
  • 2pcs/box
  • 10ml + 10ml
  • Harga SM RM39.90 & SS RM45.90 (tak termasuk postage)

Bagi sesiapa yang sukakan perfume, memang tak lengkap koleksi anda kalau tak cuba perfume Eszz Ibrahim ni.

Mai la pakat-pakat order ya!

Jumpa lagi.


Tuesday, 26 January 2021

Giveaway Sii Nurul

Teks: As Samsudin
Sumber: siinurul.com

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Klik banner kalau nak join ya :)

Jom la semua, kita join Giveaway Siinurul ni. Menarik tau, sape tak join memang rugi!

Jumpa lagi.




Sesi Ramah Mesra BKH Pulau Pinang Bersama Puan Sri Diah Shaharuddin

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tajuk: Sesi Ramah Mesra BKH Pulau Pinang
Tarikh: 23.01.2021
Tempat: Zoom Meeting
Kehadiran: Puan Sri Diah Shaharuddin, Puan Marwani. Dr Sakinah, Puan Salmah, Cikgu Sarimah dan sahabat penulis BKH Pulau Pinang

Alhamdulillah, Sesi Ramah Mesra yang dirancang berjalan dengan lancar. Gembira tak terkata bila dapat tengok wajah Mak Sri dan dapat tengok mak berkata-kata. Walaupun hanya bertemu secara maya tapi terasa bagaikan mak di depan mata.


Mak tetap ayu macam dulu. Suara mak yang gemersik merdu membuat mata terpaku dan tanpa sedar mulut menyimpulkan senyuman tatkala mendengar petah mak berbicara. Fokus, kena fokus dengan segala pesanan mak.


Mengapa Aku Menulis?

Hanya ada dua tujuan!
Kerana kita pernah hidup
Kerana kita akan mati

Jadi, nak menulis kena ada azam yang bersungguh-sungguh. Niat di dalam hati dengan penuh tekad dan azam.

Perkongsian daripada Dr Sakinah, Puan Salmah dan Cikgu Sarimah juga semakin membuka minda. Ya, dalam penulisan ni ada ciri-ciri universal. Tulislah tentang apa saja mesti sedikit sebanyak ada unsur-unsur seperti kasih sayang dan pengorbanan.

Teruslah membaca buku-buku kisah hidup. Ia bukan sahaja memberi tauladan bahkan juga memberi idea untuk menulis kisah hidup sendiri.

Yang penting, jangan terus melakukan kesilapan dengan membazir masa yang panjang. Tulis dan bukukan untuk orang lain baca. Ingat tu!


Nota:

Ada yang bertanya dengan saya, BKH Pulau Pinang ni sama ke dengan BKH Legasi Abah? Jawapannya, tidak ya. Ia adalah dua projek yang berbeza. Maksudnya, saya terlibat dengan dua projek penulisan serentak pada tahun ni. Bunyinya macam dua jer… tapi sakitnya sampai termimpi-mimpi tau.

Saya masih kabur tentang MS Method. Siapa boleh terangkan?

Jumpa lagi.


Sunday, 24 January 2021

Idea Mana Idea?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Semua tim Legasi Abah sedang sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Dateline dah semakin dekat. Hari ni dah 24hb, tinggal lagi beberapa hari saja lagi kena hantar tugasan. Masa ni la nak ketaq jari-jemari. Bukan semakin laju menaip tapi semakin laju dok ketuk jari sendiri.

Idea mana idea?

Ayah... please help..... :)

Jumpa lagi.


Saturday, 23 January 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 2

Teks: As Samsudin
Foto: BKHLegasi_Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


TUGASAN 2

Tentang Abah

Abah kelihatan penat. Muka abah berpeluh-peluh. Aku hanya memerhatikan tingkah abah yang kalut menuju bilik mandi. Senja-senja begini kami adik-beradik semua tak berani buat bising. Masing-masing sudah bersedia menunggu abah untuk solat Maghrib berjemaah.

Sejadah sudah kuhamparkan buat abah. Ruang depan yang sempit itulah satu-satunya tempat yang ada untuk kami. Di situlah kami solat. Di situ jugalah tempat tidur kami. Cukup-cukup sahaja untuk kami lima beradik.

“Qamat cepat!” Aku terkejut dengan kehadiran abah. Adik lelakiku cepat-cepat bangun dan mengalunkan iqamat. Abah pantas sahaja mengambil tempat sebagai imam. Kami semua turut bangun membetulkan saf.

Usai solat, abah akan berwirid dan berzikir. Aku suka mendengar suara abah. Alunan wirid dan zikir abah sangat mengasyikkan. Surah-surah pendek yang abah baca sangat sedap bunyinya. Abah mengaminkan doa.

“Kita jadi pindah.” Suara abah memecah keheningan sebaik sahaja kami selesai bersalaman. Aku pandang wajah emak dan kakak-kakakku. Emak hanya diam membatu. Aku tahu emak berat untuk meninggalkan kampung halamannya. Dan abah juga tahu itu.

“Tempat tu elok. Esok abah bawa Itah dulu pi tengok rumah baru!” 


#BKHLegasi_Abah
#UniKH
#AsSamsudin
#MisiMenulis2021

Jumpa lagi.


Friday, 22 January 2021

Bengkel Kisah Hidup Pulau Pinang

Teks: As Samsudin
Foto: BKH_Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu tiba jua.

Esok. Ya, esok!

Kami dari BKH Pulau Pinang akan bertemu secara maya bersama idola penulisan yang tidak asing lagi iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin. Sesi Ramah Mesra ini juga bakal diselitkan dengan suatu tajuk perbincangan yang amat istimewa.

“Mengapa Aku Menulis?”

Walaupun bengkel penulisan yang dirancang sejak September tahun lepas terpaksa ditunda beberapa kali akibat pandemik Covid 19 namun kami semua tetap bersabar menunggu. Masanya pasti tiba. 

Begitulah lumrah hidup, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Apapun, pertemuan yang bakal berlangsung ini sedikit-sebanyak diharap dapat menyuntik semangat kami untuk berkarya.

Terima kasih kepada Ketua Penyelaras Marwani Ridzuan dan AJK Penyelaras BKH Pulau Pinang yang bertungkus-lumus dalam memastikan program ini terlaksana. Segala usaha dan penat lelah kalian amat saya hargai.

Kita jumpa esok!

#BKH_PulauPinang 
#sedangcabardiri 
#AsSamsudin 
#AsMenulis 
#MisiPenulisan2021 
#bukuantologi

Jumpa lagi.

BKH Legasi Abah - Tugasan 1

Teks: As Samsudin
Foto: BKHLegasi_Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
TUGASAN 1

Persepsi Bila Melihat Abah.

Hari sudah beransur senja namun bayangan abah masih belum kelihatan. Kata emak, abah keluar berjumpa Pak Lang Bakar. Emak hanya membiarkan kami menunggu abah di muka pintu. Dia menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam. Tepat jam 7.15 malam, kedengaran bunyi motosikal abah memasuki perkarangan rumah. Laju sahaja emak muncul dan menyuruh kami semua beredar masuk ke bilik.

Aku mengintai di sebalik pintu. Abah kelihatan memberitahu sesuatu kepada emak. Raut wajah abah nampak serius. Aku cuba untuk menangkap butir bicara abah dan emak, namun hampa. Emak kulihat hanya diam, sambil mengangguk-anggukkan kepala. Emak kembali menuju ke dapur. Abah menutup pintu dan menyendalnya dengan kayu.

#BKHLegasi_Abah
#UniKH
#AsSamsudin
#MisiMenulis2021

Jumpa lagi.

Thursday, 21 January 2021

Menang Giveaway/Segmen by Blogger

Teks: As Samsudin
Foto: Carial Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masa bulan Disember tahun lepas, ada juga la join beberapa segmen/giveaway yang kawan-kawan blogger buat. Nak post cerita, idea tak berapa nak  mai. Jadi saya join segmen saja la. Yang bestnya, dalam sekadar bersuka-suka tu, terpilih pula sebagai pemenang.

Gembira tak terkata la...

Selain menang hadiah planner book 2021 daripada Eza Boom Boom, saya juga terpilih sebagai pemenang pencarian bloglist. Best la kan bila blog kita ada kat `Bloglist' blogger-blogger terkenal ni. Diaorang banyak view, insyaAllah nanti blog kita pun boleh dapat banyak view jugak. Tempias tu terkena jugak kat kita nanti kan. Hehe...rezeki...

Ha ni senarai segmen/giveaway yang saya join dan terpilih sebagai pemenang. Terima kasih banyak-banyak ya. :)
Saya pun dengan happynya dah add blog ni semua kat `My Bloglist' saya.  Okey, jemput uolls semua berkunjung ke blog diaorang juga ya.

Jumpa lagi.



Wednesday, 20 January 2021

Universiti Inspirasi Kisah Hidup

Teks: As Samsudin
Foto: BKHLegasi_Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Universiti Inspirasi Kisah Hidup?

Legasi Abah?

Saya nak!!

Ya Allah, terujanya rasa. Saya sudah banyak ketinggalan, tapi kali ini saya akan pastikan saya tersenarai juga. Pendaftaran sudah dibuat, tapi kenapa saya tidak menerima emel tawaran?

Tidak sudikah Mak Sri menerima saya sebagai anak muridnya lagi?

Marahkah Mak Sri pada saya?

Ya, saya tahu. Saya bukan anak yang baik. Bukan anak yang taat. Saya kecundang di tengah jalan, saya patah semangat, saya lalai, saya leka. Tapi saya tidak pernah melupakan mak dan impian saya. Saya tidak pernah berhenti mengintai mak di Facebook. Malah status mak saya set See First. Saya baca semua status mak, secara senyap...

Setiap hari wall facebook saya penuh dengan cerita tentang Legasi Abah. Gembiranya mereka lalu-lalang tanpa sedar ada hati yang tersiksa. Saya membuka emel lagi. Saya periksa kalau-kalau ada emel dari tim Legasi Abah tapi hampa. Tak cukup di telefon, saya buka pula di laptop saya. Namun tetap tidak berjumpa apa-apa. Adakah pandangan saya sudah terhijab atau pun memang tiada emel untuk saya?

Bila saya terbaca status mak secara umum meminta periksa emel takut ada yang terlepas pandang, hati saya terdetik, mesti ada yang tak kena ni. Mak mesti tahu ada emel yang telah dihantar namun tidak mendapat respon yang sewajarnya. Jika tidak mana mungkin mak memuat naik status sebegitu. Saya kembali memeriksa inbox saya. Tetap sama!

Ah, tak boleh jadi ni!

Saya menghubungi kembali Ketua Penyelaras Projek #BKHLegasi_Abah, Puan Nurul Asyikin Ngadiso.

"Salam Puan. Lepas daftar kena tunggu emel apa-apa daripada Mak Sri dulu ke?"

Dan jawapan yang diterima amatlah menggusarkan hati saya. Saya baru satu langkah, baru daftar, ada banyak langkah lagi yang belum saya ambil sebelum saya diterima masuk ke dalam bilik kuliah. Terasa jauh saya dari BKHLegasi_Abah tapi dalam masa yang sama, saya yakin tim Legasi Abah tidak akan menghampakan saya.

"Mohon taip perkataan `legasi' di search jika tidak menerima sebarang emel." Pesan Puan Nurul Asyikin lagi.

Ya, betul juga kan. Cepat saja saya membuka kembali emel dan melakukan seperti yang disyorkan. Dan, benar bagai dijangka.

Tudia, tiga hari lepas!

Terasa ingin melompat sampai ke bintang. Gembiranya rasa seolah-olah baru pertama  kali dapat masuk universiti. Dulu masa dapat masuk ke USM pun tak terasa nak melompat sampai ke bintang tapi kali ini gembiranya lain macam. Dan dalam masa yang sama perasaan takut tu tetap ada. Takut kerana sedar dengan keupayaan diri dan tak yakin mampu berjalan seiring dengan anak-anak mak yang lain. Dan yang paling saya takuti adalah rotan mak. Ya, mak dan rotannya!

Alhamdulillah, terima kasih mak kerana sudi menerima saya sebagai salah seorang dari tim BKHLegasi_Abah. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya terus menggali ilmu dan memperkukuhkan lagi ilmu penulisan dalam diri. Terima kasih juga kepada Puan Nurul Asyikin kerana banyak membantu memudahkan urusan saya.

Impian saya masih belum tercapai. Namun tanpa kesungguhan, impian saya cuma tinggal sebuah mimpi, mimpi yang takkan bermakna. Doakan saya dapat graduasi dengan cemerlang ya. 

InsyaAllah.

Jumpa lagi.


My First Giveaway by Blog Sal

Teks: As Samsudin
Sumber: http://blognisalpunya.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Giveaway pertama di tahun 2021. Senang sangat join giveaway ni, simple saja syarat dia tapi hadiah dia best. Selain boleh dapat fridge magnet, kita berpeluang dapat hadiah misteri lagi tau.

Jom la join.

Okey, jumpa lagi.





Tuesday, 19 January 2021

Menang Hadiah Segmen By Eza Boom Boom

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Saya nak berkongsi keterujaan saya dengan pembaca semua. Saya menang 'Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom'. Seronok tak terkata sebab tahun baru dah menjelma kan. Jadi bila dapat hadiah sebuah Planner Book 2021 tu, memang bagai pucuk dicita ulam mendatang la kan.

Tambahan lagi, saya memang suka menulis, suka mencoretkan kata-kata di atas kertas. Jadi memang saya memerlukan banyak buku nota dan planner.

Terima kasih Eza di atas hadiah yang comel ini. Senang sangat berurusan dengan Eza. Smooth dan hadiah pun cepat jer sampai. Dan terima kasih juga sebab masukkan link blog saya dalam 'My Bloglist' Eza. Alhamdulillah....

Korang yang kat luar tu, jomlah kita sama-sama join segmen yang dibuat oleh blogger-blogger lain. Mana tahu rezeki kan, dapat hadiah best. Kalau tak dapat hadiah pun tak apa, yang penting sama-sama menyokong antara satu sama lain.

Jumpa lagi.

Monday, 18 January 2021

Good Bye 2020, Welcome Rejoice 2021

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah,
syukur atas segala rahmat-Mu. ❤

2020 sudah sampai ke penghujungnya
Lembaran demi lembaran terisi jua
Bersama indahnya senyum dan juga tawa
Bersama peritnya luka dan air mata.

Dunia ini sememangnya banyak kejamnya
Namun pandanglah warnanya
Pilihlah antara kaca dan permata
Antara syurga dan neraka.

Waktu terus berjalan
Dunia belum lelah
Hidup belum tewas
Tak perlu menoleh ke belakang
Belajarlah berlari terus ke hadapan.

Selamat tinggal 2020
Aku sudah banyak belajar darimu
Selamat datang 2021
Semoga semakin banyak lagi dapat aku belajar dari hari-harimu.

Jumpa lagi.