Tuesday 27 April 2021

Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

Teks: As Samsudin
Sumber: fairusmamat.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik kalau nak join ya :)

As dan buku memang tak dapat dipisahkan. Bila ternampak jer giveaway ni memang terus minat nak join. Pertama kali tengok buku Himpunan Resepi Kuih-Muih Tradisional Etnik Melaka ni. 

Tahniah kerana memenangi sebagai Anugerah Buku Negara bagi kategori buku warisan.

Kalau menang nanti bolehlah cuba resepi yang ada kan.

InsyaAllah.

Jom Fyda join giveaway ni. 

Jumpa lagi.

Friday 16 April 2021

Nabila Razali - Vroom Vroom

Teks: As Samsudin
Video: Youtube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

" When you're happy, you enjoy the music.
But, when you're sad, you understand the lyrics."
~ Frank Ocean


Vroom Vroom - Nabila Razali

Kelmarin
kurasa janggal gila
kenali dirimu pujaan wanita

Kelmarin
kau cuba berpujangga
kenali dirimu sudah putus asa

Hampanya bila kuingat semula
sia-sia bazir masa
kau sekejap saja

Wo-o oh oh
wo-o oh oh oh 
wo-o oh
entah bagaimana harus aku jatuh cinta

Wo-o oh oh
wo-o oh oh oh 
wo-o oh
sebesar mana takkan kuulang semula

Kelmarin
kau cuba berpujangga
tetapi diriku sudah putus asa

Hampanya bila kuingat semula
sia-sia bazir masa
kau sekejap saja

Wo-o oh oh
wo-o oh oh oh 
wo-o oh
entah bagaimana harus aku jatuh cinta

Wo-o oh oh
wo-o oh oh oh 
wo-o oh
sebesar mana takkan kuulang semula

Wo-o oh oh
wo-o oh oh oh 
wo-o oh
entah bagaimana harus aku jatuh cinta
(Nope)

Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Sebesar mana takkan kuulang semula
Sebesar mana takkan kuulang semula

Jumpa lagi.

Monday 12 April 2021

Masa Itu Amat Berharga

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Masa itu amatlah berharga. Masa yang telah lalu tidak dapat diputar kembali. Jika kita menyesali masa-masa lalu, ambillah iktibar dan perbaiki diri menjadi yang lebih baik. Hargai segala apa yang ada di depan mata agar perkataan menyesal tidak lagi menjelma di kemudian hari.

Sesungguhnya, peluang kedua bukan selalu ada. Jika kita diberi peluang kedua, bersyukurlah dan hargailah sebaiknya. Kerana jika kita terlepas peluang kedua, janganlah bermimpi untuk berjumpa peluang ketiga.

Tak kan ada.

Menyesal kemudian tiada guna!

Jumpa lagi.

Thursday 8 April 2021

Jalan-jalan Ke Kellie's Castle

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Semenjak pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia, sudah lama saya tak pergi melancong. Kadang-kadang terasa rindu juga. Yelah, melancong ni kan salah-satu daripada hobi saya. Saya memang suka jalan-jalan makan angin.

Tapi alhamdulillah, walaupun kita berPKP tapi ada juga masanya kita berPKPB dan berPKPP. Jadi masa boleh rentas negeri dan daerah tu, ambil peluang untuk berjalan-jalan. Bukan melancong sangat pun cuma ambil kesempatan berjalan-jalan dekat-dekat sahaja. Yang penting tetap patuh SOP.

Jalan-jalan ke Kellie's Castle.

Istana Kellie Castle yang terletak di Batu Gajah Perak merupakan sebuah tempat yang wajib anda kunjungi jika bercuti ke Ipoh. Ianya merupakan sebuah istana lama yang dibina oleh William Kellie Smith.

Bagi penggemar-penggemar OOTD, Kellie Castle merupakan pilihan yang tepat. Banyak angle-angle yang amat menarik dan mampu membuatkan gambar-gambar kita cantik dan memikat hati seolah-olah bercuti di luar negara.

Ye ke..?

Semestinya la... sebab saya peminat bangunan-bangunan senibina seperti di Eropah. Hahaha.... Siap berangan lagi nanti kalau ada rezeki nak renovate rumah kat bahagian depan nak buat batu-bata merah macam ni. Boleh jadi tempat ootd gitu. Hahaha...

Berangan tu berangan juga. Jom la kita layan gambar dulu.




Jumpa lagi.

Tuesday 6 April 2021

Youtube Channel Kegemaran

Teks: As Samsudin
Foto: Youtube.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apakah youtube channel kegemaran saya?

Hahaha.... Pastinya ramai yang suka tengok youtube kan. Saya jarang buka youtube. Bukan tak suka tapi memang tak ada masa sangat nak layan youtube. Tapi kalau ada masa tu saya suka layan beberapa youtube channel yang menjadi kegemaran saya.

Pertama, sudah tentulah youtube masakan. Paling saya suka youtube Sheila Rusly. Kalau terasa nak masak sesuatu tapi tak pasti resepinya, atau pun tak tahu nak masak apa, mesti saya berkunjung ke youtube beliau. 


Saya juga suka layan youtube tentang sukan terutamanya sukan larian. Namun tak ada spesifik youtube. Saya hanya buat carian sahaja di sana. Seronok tengok atlit-atlit olahraga berlari. Tengok cara diorang memulakan larian dan finish strong kata orang. Fuhhhh, memang best!


Tak teringin ke nak ada youtube sendiri?

Siapa yang tak teringin kan. Tapi ada masa ke nak buat content youtube?

Tanya jer... hehehe...

Okeylah, jumpa lagi.