Friday 28 May 2021

LA (8) LELAKI ANUGERAH TERINDAH

Teks: As Samsudin
Foto: Legasi Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


PENGUMUMAN KAVER BUKU LEGASI ABAH 8.
MasyaAllah, tabarakallah...

Sesungguhnya debaran di dada tidak terhenti di sini. Terus-terusan berdebar tiap kali melihat kaver untuk buku Legasi Abah 8 yang telah pun diperkenalkan oleh Puan Sri Diah dan tim admin.

Alhamdulillah.

Inilah kaver untuk buku antologi LA (8) di mana karya kecil saya turut termuat di dalam buku ini. Warna merah membawa nyala rasa. Hangat membara sehangat kasih seorang 'abah'.

Terima kasih mak. As suka sangat dengan tajuk ni, dan juga warna kaver ni.

LA (8) LELAKI ANUGERAH TERINDAH

Tak usah kau bercakap tentang impian dan semangat yang hilang.
Dia cekal berjuang.




Tahniah buat ketua kami, Norhafhizah Suliman yang sangat sabar melayan karenah kami seramai 32 orang.
Tahniah buat ahli-ahli tim LA (8) yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan.
Dan tahniah untuk diri sendiri!!

As tulis buku ni geng. Jom dapatkan sekarang!

LA (5) LELAKI ARJUNA HATI

Teks: As Samsudin
Foto: Legasi Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


PENGUMUMAN KAVER BUKU LEGASI ABAH 5.
Debaran dan reda ya buat Tim Legasi Abah 5 (LA 5). Kaver setampan Arjuna telah pun keluar. Alhamdulillah.

LA (5) LELAKI ARJUNA HATI

Di bahunya ada bahagia,
hanya dia selayaknya kami tumpahkan hormat tanpa curiga.




Tahniah buat ketua Tim, kak Sarimah Abu Bakar, kembar saya Dian Y dan juga 31 pengkarya LA (5) yang lain. Jangan lupa dapatkan buku ini ya.

Dan jangan lupa dapatkan buku saya, LA (8). Pra tempahan masih dibuka. Klik pautan di bawah.

LA (6) LELAKI LANGIT KEJORA

Teks: As Samsudin
Foto: Legasi Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PENGUMUMAN KAVER BUKU LEGASI ABAH 6.

Tahniah Legasi Abah 6 (LA 6). Cantik kavernya, warna kegemaran saya.
Alhamdulillah.

LA (6) LELAKI LANGIT KEJORA

Seumpama granit yang mengeras,
jiwanya sarat cinta tanpa batas.




Tahniah buat ketua merangkap kembar saya, Norezlin Sulaiman dan 32 pengkarya LA (6) yang lain. Jangan lupa dapatkan buku ini ya.

Dan jangan lupa dapatkan buku saya, LA (8). Pra tempahan masih dibuka. Klik pautan di bawah.

LA (11) LELAKI ADIWIRA PERTAMA

Teks: As Samsudin
Foto: Legasi Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


PENGUMUMAN KAVER BUKU LEGASI ABAH 11.

Alhamdulillah, kaver kedua yang diumumkan milik LA (11). Cantik sungguh warnanya, mengingatkan kita dengan isu di Palestin.  

LA (11) LELAKI ADIWIRA PERTAMA

Semangatnya tak lentur,
pantang mengalah dan mengundur.




Tahniah buat ketua Tim Zakiah Abd Ghafar, kembar saya Adia Airuz dan 31 pengkarya LA (11) yang lain. Jangan lupa dapatkan buku ini ya.

Dan jangan lupa dapatkan buku saya, LA (8). Pra tempahan masih dibuka. Klik pautan di bawah.

LA (7) LELAKI PAWANA CINTA

Teks: As Samsudin
Foto: Legasi Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


PENGUMUMAN KAVER BUKU LEGASI ABAH 7.

Alhamdulillah, setelah lama menanti akhirnya saya perkenalkan kaver buku antologi Legasi Abah 7 (LA 7) yang menjadi buku pertama mendapat kaver.

LA (7) LELAKI PAWANA CINTA

Kehidupan kami penuh azam yang indah,
tak lentur baginya demi amanah.




Tahniah buat ketua Tim Nur Syukrina, kembar saya Noraihan dan 31 pengkarya LA (7) yang lain. Jangan lupa dapatkan buku ini ya.

Dan jangan lupa dapatkan buku saya, LA (8). Pra tempahan masih dibuka. Klik pautan di bawah.

Tuesday 25 May 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 11

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 11.

Legasi Abah 8, sebuah buku yang harus dimiliki oleh semua.

1 rumah, 1 buku.

Borang pra tempahan dan kod QR untuk buku antologi Legasi Abah 8 telah siap. Alhamdulillah. Terima kasih tim koordinator UniKH di atas segala ilmu dan tunjuk ajar.

Dah siap semua rasa lega yang teramat. Senyum meleret sampai pipi.

Jom, kita ramai-ramai pra tempah buku ini sekarang. Sila klik borang tempahan di bawah.


Atau imbas kod QR di bawah.


Jumpa lagi.

BKH Legasi Abah - Tugasan 10

Teks: As Samsudin
Foto: Tim Koordinator LA8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 10.

Penulis Sebagai Saudagar Perkataan @ Writerprenuer.

"Penulis yang menjadi usahawan dengan menjual buku-buku, apa lagi buku yang ditulisnya sendiri."

Bak kata Rektor UniKH Puan Sri Diah, penulis sebagai saudagar perkataan.

Saya tulis, saya jual.

Jadi saya ingin mewar-warkan kepada sahabat semua tentang buku antologi Legasi Abah yang mana karya kecil saya termuat dalam Legasi Abah 8. Buku yang seharusnya dimiliki oleh semua orang.

1 rumah, 1 buku!

Marilah tempah dengan saya.

Nota:
Ilustrasi kaver buku bukan ilustrasi sebenar buku yang akan terbit. Hanya bertujuan promosi.

Jumpa lagi.

Buku Antologi Legasi Abah

Teks: As Samsudin
Video: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masih ingatkah anda dengan buku Antologi Legasi Abah?

Projek yang akan menampilkan sejumlah 12 buah buku Legasi Abah yang setiap satunya penuh dengan nilai pengorbanan dan kasih sayang seorang lelaki yang tiada tolok bandingnya.

InsyaAllah, khabar gembira akan saya ongsikan nanti.

Akan terbit tidak lama lagi. Tempah sekarang!


Kredit foto Tim LA8.

Jumpa lagi.

Salam Eid Mubarak 1442H

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Raya kan sebulan!



Sempena Syawal yang mulia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada sahabat-sahabat blogger dan pembaca-pembaca blog saya. Mohon maaf zahir dan batin.

Walaupun kita beraya dalam suasana norma baru namun diharapkan agar kemeriahan tetap terasa. Kuih dan muih jangan dilupa, ketupat rendang tradisi kita. Walaupun tiada kunjung-mengunjung yang menjadi amalan namun ikatan kasih sayang jauh dan dekat tetap erat berpanjangan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Jumpa lagi.

Bahagia Itu Pilihan

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bahagia Itu Pilihan. 

Nak bahagia, buatlah sesuatu yang menggembirakan, sesuatu yang kita suka.

Saya suka apa?

Oh, banyak yang saya suka. Di antaranya ialah jalan-jalan cuci mata tempat kegemaran terutamanya Ikea. Saya minat sangat dengan idea dekorasi. Setiap hari mesti nak luang masa untuk belek-belek idea hias rumah, dekorasi ruang idaman, lebih-lebih lagi idea untuk perpustakaan mini idaman.

Sehari suntuk luang masa pun masih tetap tak jemu-jemu.

Musim PKP ni, memang tak ada peluang la nak ke Ikea lagi. Kalau ada peluang pun, memang keadaan kat luar tu tak sesuai untuk keluar. Kalau ada barang yang nak dibeli, pesan online saja atau pesan saja pada personal shopper. Itu pun dah cukup membahagiakan. Janji dapat barang idaman.

Betul tak?

Yang penting dapat throwback kenangan kali terakhir ronda Ikea. Hehehe...




Jumpa lagi.