Monday 25 October 2021

Lelaki Anugerah Terindah Pulang Ke Kampung Bertemu Ayah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


17.10.2021

Jom balik kampung.

Alhamdulillah, kali pertama balik ke kampung setelah kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri. Kali ini kepulangan yang amat istimewa. Pulang membawa bersama Antologi Lelaki Anugerah Terindah untuk diperkenalkan kepada ayah tersayang.

"Wah, gambar ayah pun ada. Hang cerita ni betul ka?" komen ayah sambil menyelak helaian demi helaian buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah.

"Kalau nak cerita pasal ayah, 15 tahun pun tak habis," ayah menambah lagi. 

Amboi ayah, bacalah dulu....

Aik, dan-dan tu pula ayah terus baca. 

Tak, tak... Ayah kena posing dulu dengan buku ni. Satlagi baru baca.

Ayah pun ikut sahaja permintaan anak. Tapi dalam kita sibuk nak ambil gambar pun sempat lagi ayah baca halaman pertama karya As tu.

Ayah oh ayah.




Jumpa lagi.

Friday 22 October 2021

Lelaki Yang Ditunggu-tunggu Sudah Sampai!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


15.10.2021
6.30pm

Pulang dari kerja...
Sebaik sahaja kaki kananku melangkah masuk ke rumah, mata terus terpaku ke arah satu bungkusan hitam yang telah sedia menungguku di muka pintu. 


Bibir terus mengorak senyuman.

Memang dari pagi lagi sudah kecoh di grup wassap adik-beradik Legasi Abah ( 8 ) berkongsi khabar gembira bahawa buku yang ditunggu-tunggu dah sampai. Jadi bila tengok saja bungkusan hitam tu memang dah tahu barang apa.

Tak tunggu lama dah, laju saja tangan tu buka bungkusan. Tak sabar dah kan nak peluk buku Lelaki Anugerah Terindah. Tak sabar juga nak menikmati bau buku-buku baru. 

Bila dah dapat pegang buku tu memang rasa sebak sangat la. Apa taknya, hampir 9 bulan juga menanti lahirnya buku antologi kedua As ini.

Alhamdulillah....

Tahniah buat Mak Sri Diah, Ustazah Norhafhizah, penulis tamu kami, Ustazah Muzayyanah dan 32 adik-beradik tim LA 8. Cantik sangat buku kita kan. Masa semak galei pun hati dah terpaut apatah lagi bila dah dapat pegang dan peluk buku ni, memang tak boleh lepas la.



Kebetulan esoknya hujung minggu. Terus rancang nak balik kampung tunjuk buku kat ayah.

Kawan-kawan yang dah tempah dan kembar-kembarku mohon sabar sekejap ya. Bagi masa As bermesra dulu dengan buku-buku ni.

Seminggu jer, cukup seminggu As akan mulakan proses packaging dan pengeposan ya.

InsyaAllah, semoga Allah swt permudahkan segalanya. Amin.

Ohya, masih ada buku yang belum berpunya. Nak pinang mai la wasap cepat. :)

Jumpa lagi.

Thursday 21 October 2021

Antologi Lelaki Anugerah Terindah Sudah Terbit

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



SUDAH TERBIT!

ANTOLOGI LEGASI ABAH (8)

Tajuk: Lelaki Anugerah Terindah
Penerbit: Writers Write Services
Cetakan Pertama: Oktober 2021
Jumlah Mukasurat: 220
Harga: RM30 (tidak termasuk pos)

Saya kongsikan kata-kata daripada Puan Sri Diah, Editor pengurusan Antologi Legasi Abah.

"Tipulah kalau saya tak tersentuh hati dengan kisah lelaki anugerah Allah ini. 
Dialah imam, dialah arjuna hati. 
Abah yang hidupnya memikirkan kerja kerja kerja, berpanas, berhujan demi keluarga. 
Abah yang pertahankan anak-anak, lencun bajunya mengayuh basikal mahu semua zuriatnya berjaya dunia akhirat. 
Ada abah yang pergi dulu ketika anak-anak masih kecil. 
Ada abah yang tak sempat dibalas jasanya. 
Paling terharu ada abah yang dijemput pergi ketika naskhah ini sedang disiapkan, saya membaca tulisan itu dengan rasa sebak. 

Tahniah kepada semua 400++ karyawan #UniKH yang bijak, mengambil langkah segera, mendokumenkan kisah abah ini untuk tatapan legasi akan datang."

~ Sumber: Facebook Sri Diah Shaharuddin

"Setiap titisan keringatnya tidak pernah kenal erti lelah dan putus asa. 
Segala keperitan dan kepayahan ditelan dengan penuh kesabaran dan tawakal.
Doa yang berterusan demi melihat kejayaan seorang anak.
Sebuah buku yang sangat bermanfaat dan mampu membentuk jati diri seorang lelaki."

~ As Samsudin

Boleh dapatkan buku ini melalui pautan di bawah.

Jumpa lagi.

Tuesday 12 October 2021

Buku Antologi Legasi Abah VS Rentas Negeri

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


11.10.2021.

Walaupun pada tarikh ini kita telah mendapat kebenaran untuk merentas negeri namun saya tidak ada plan untuk ke mana-mana.

Kenapa?

Sebab bila-bila masa sahaja 'abang jnt' akan call. Tak hari ini, esok... tak esok, lusa... Jadi tak boleh ke mana-mana.

Semestinya nak merentas negeri itu penting, tetapi yang ini lagi penting.

Yang itu boleh tunggu, tetapi yang ini tak boleh tunggu dah.

Amboi...

Sejak bila pula ternanti-nanti panggilan 'abang jnt' ni?

Sejak tahu buku-buku Lelaki Anugerah Terindah ada dalam tangan mereka.

Cepatlah 'abang jnt'. Tak sabar dah ni nak bertemu muka.

Nota:
Masih ada naskhah buku yang belum bertuan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi saya.

Jumpa lagi.