Monday 11 April 2022

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

Teks: As Samsudin
Foto: syaznirahim.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Eh, bagusnya Syaz ni. Baru sahaja tamat Giveaway Blog SR Masuk Ting 1 dan sekarang ada giveaway baru pula. 

Terbaik lah Syaz, bertambah-tambah rezeki tu nanti.

So geng, jomlah kita support giveaway ni. Masih sempat lagi ni sebab tarikh akhir adalah pada 15 April 2022.

Yang penting kena follow semua syarat-syarat yang dinyatakan ya. 

Hadiah?

Semua yang join giveaway ni berpeluang untuk memenangi buku yang sangat best bertajuk Memoir Kampung Boy oleh Mitch beserta tanda tangan penulisnya sekali.

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

Nak tahu lebih lanjut boleh klik pautan di bawah.

Kenali Mitch! 


Wah, As suka betul la. Menarik sangat buku ni kan. Kebetulan As pun belum ada lagi buku ni.

Good luck ya semua.

Jumpa lagi.

Thursday 7 April 2022

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 11 - 15

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 11 - Kunci Misteri

Laila menapak perlahan-lahan ke dalam bilik usang itu. Matanya tertancap sebuah kotak yang cantik bersulamkan benang emas. Dia membuka kotak tersebut.

"Wah, cantiknya kunci ni. Ada ukiran nama."

Tiba-tiba kedengaran bunyi suara dari pintu utama. Laila cepat-cepat menyembunyikan kunci misteri itu ke dalam poket seluarnya.

Hari 12 - Lautan Dalam

"Kau ni Laila, kuat berangan ye. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Tak kiralah lautan cangkat atau lautan dalam, kau memang tak layak pun." 

Hari 13 - Lelaki Tua

Mata Laila terpaku. Renungan tajam lelaki tua itu menikam terus ke lubuk hatinya.

"Siapa lelaki tua ni? Kenapa perasaan aku berdebar-debar melihatnya?" 

"Ehem!"

Hari 14 - Sebatang Lilin

Laila membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya dari sebatang lilin menyilaukan pandangannya. Dia meraba-raba kakinya yang sakit.

"Darah."

Laila mengengsot perlahan-lahan ke muka pintu. Dengan kudrat yang ada, dia cuba membuka pintu tersebut.

Hari 15 - Sebuah Kerusi

Laila diikat pada sebuah kerusi. Mulutnya pula diikat dengan kain bandana, malah kedua-dua matanya juga diikat. Tindakannya yang cuba melarikan diri telah mengundang padah yang lebih teruk.

Dia menyandarkan badannya yang lesu. Sejak semalam dia belum menjamah walau setitik air.

***

Jumpa lagi.

Tuesday 5 April 2022

Salam Ramadan Al-Mubarak

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Ramadan Kareem.

Alhamdulillah...

Bertemu lagi kita dengan Ramadan kali ini.

Selamat berpuasa semua. Dah hari ketiga kita berpuasa kan. 

Berpuasa bukan sahaja mengajar kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah ia juga mengajar kita menahan diri daripada segala bentuk hawa nafsu.

Jangan lupa tingkatkan amal ibadat kita di bulan yang mulia ini ya.

Berpuasa
Solat terawih
Baca Al-Quran
Berzikir
Bersedekah

MasyaAllah, nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan.

Semoga segala amal ibadat kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Allah swt.

Jumpa lagi.