Pages

Sunday, 8 January 2023

Happy Birthday To My Husband

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


8 Januari
Selamat Hari Lahir suamiku ❤

Semoga dipanjangkan umur agar dapat menemaniku sehingga hembusan nafasku yang terakhir. Semoga dikurniakan rezeki yang luas seperti banyaknya buih di lautan, rezeki yang tidak pernah habis, rezeki yang berpanjangan. 

Semoga hidupmu sentiasa di dalam rahmat Allah dan dijauhi dari segala kejahatan dunia dan segala kejahatan yang ada di dalamnya. 😘

Dunia ini hanya pinjaman. Namun kita ada hak untuk memilih kebahagiaan yang kita inginkan sebelum dijemput pulang.

Semoga kebahagiaanmu adalah bersamaku.

#akudankamu
#asaliff

Jumpa lagi.

Saturday, 7 January 2023

Hidup Ini Keras Beb l 05

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#hidupinikerasbeb

Pepatah ada mengatakan, jangan main-main dengan seorang isteri. Jika dia boleh bawa kau terbang tinggi menggapai bintang, dia juga boleh buatkan kau jatuh tersungkur menyembah bumi.

Doa seorang isteri tiada hijab.

Jika kau rasa diri dikhianati dan dianiayai suami, berdoalah.

Kau boleh pilih hendak berdoa untuk kesejahteraan atau kemusnahan. Insya-Allah, Dia akan makbulkan. 

Namun harus diingat, 

Islam menganjurkan kita untuk berdoa yang baik-baik. Bukan hak kita untuk meminta takdir yang tidak baik untuk orang lain.

Kerana Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.

Hidup ini adalah pilihan.

Jadi pilihlah yang terbaik. Berundur atau bertahan.

Orang lain yang dimadukan, aku yang sakit hati.

Esok, 8 Januari adalah hari ulangtahun suamiku. Jangan pandai-pandai nak minta hadiah kahwin lagi satu.

Memang nak kena penyapu!

Jumpa lagi.

Monday, 2 January 2023

Hidup Ini Keras Beb l 04

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lokasi: Ikea Batu Kawan

#hidupinikerasbeb

Jika mengantuk, tidurlah.

Mengapa mesti menahan mata?

Mengapa perlu dipaksa?

Jangan menganiaya diri sendiri. Jangan pula biarkan diri tersiksa.

Sayangilah dirimu. Jika bukan diri sendiri yang sayang, siapa lagi?

Jumpa lagi.

Kangar Street Art 2.0

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


A Day In Kangar

Seronok juga sesekali kita jalan-jalan makan angin kan.

Nampaknya mood cuti-cuti Malaysia sudah kembali. Teringat kenangan lalu, dalam setahun mesti ada sekurang-kurangnya tiga kali percutian keluarga.

Tambahan pula di awal tahun banyak cuti umum kan. Jadi boleh rancang percutian anda. Tak dapat pergi jauh, dekat pun dikira bercuti juga kan.

Kangar Street Art 2.0

Kangar Street Art 2.0 terletak di tengah-tengah pekan Kangar. Semua mural yang ada di sini sangat cantik dan berwarna-warni.


Perlis memang panas. Jadi kena datang awal pagi, tak panas dan tak ramai orang.

Boleh bergambar dengan aman.

"Kakak, nak ais kacang satu." Irdina acah-acah kakak jual ais kacang tepi jalan.


"Wow, toko buku Kassim," Aku laju je bergambar. "Kangar Book Store pun ada."



Aku dan buku memang tidak dapat dipisahkan bagaikan aku dan kamu. Cewah!




Ada Legend Teh Ais ikat tepi juga. Al-Fatihah (dibaca) buat Almarhum Pak Yus.


"Jom kita masuk Gua Kelam." Pakku menarik tanganku.


"Kejap abang, nak swafoto dengan orang utan ni jap."


Jika penat bergambar boleh lepak minum kopi. Ada banyak tempat lepak buat penggemar kopi.

Kiri kanan pun ada gerai-gerai kecil menjual pelbagai makanan.











Memang puas hati sangat dengan tempat ni. Mural cantik automatik gambar semua cantik.

Jumpa lagi.

Petang Semalam

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ayah saya yang hensem bergaya

CABARAN MULA KISAH HIDUP l MINGGU 1 l Petang semalam

"Ayah pi rumah hang ka petang semalam?" Kak Ida membuka bicara.

"Ayah beritahu dia pi rumah hang, tapi katanya tak ada orang," 

"Ayah lajak pi rumah Atun pula. Dua tiga kali patah balik, tak jumpa jalan."

Allahuakbar.

"Aku dah pesan kat ayah. Kalau nak mai, telefon la dulu." Atun sedikit kesal.

Perbualan aku bersama Kak Ida dan Atun masih segar di ingatan. Aku merenung gambar ayah semasa muda. Ayah nampak begitu hensem bergaya.

Tapi seiring dengan usia, ingatan ayah sudah tidak sekuat dulu. Ayah lupa jalan ke rumah anak bongsunya. Ayah juga selalu silap masuk lorong taman rumahku.

Kata ayah, kalau tersilap sampai lorong belakang ayah sudah tahu kena patah balik satu lorong sahaja. Pasti jumpa!
.

#jurnalpenulisan2023
#hidupinikerasbeb

Jumpa lagi.

Sunday, 1 January 2023

Selamat Tahun Baharu 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


I'm ready for ❷⓿❷❸
Selamat Tahun Baharu 2023.

CABARAN MULA KISAH HIDUP l MINGGU 1 l Hari ini

Hari ini, 1 Januari 2023.
Langkah pertama kita dalam melakar warna-warni kehidupan untuk perjalanan 365 muka surat.

Semestinya syukur dan gembira.

Gembira bukan sekadar terpancar di wajah.
Gembira hingga mahu melakar lebih banyak sejarah.
Gembira hingga tak ingat 2022 yang lelah.
Gembira hingga tak kisah dunia makin parah.

2022 telah kita tinggalkan. 

Tinggal bukan bermakna melupakan.
Tinggal bukan memadam semua kenangan.
Tinggal demi menggapai lebih banyak impian.
Tinggal demi kejayaan pada masa hadapan.

Selagi masih bernafas selagi itu kita harus melangkah. Teruskan usaha, kejar cita-cita.

Kita bukan boneka!

Jumpa lagi.