Pages

Friday, 28 July 2023

Road to Ecotrail Putrajaya

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Road to Ecotrail Putrajaya.
30km trail run.

Good luck Pakku. Kalau jatuh bangun sendiri ye.

As tunggu kat finish line je.

Jumpa lagi.

Asics Magic Speed 3

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ke mana pun pergi harus singgah kedai sukan.

Asics Magic Speed 3
Feel so confident, like your personal best is just ahead.



Self reward hujung tahun lepas, Asics Magic Speed 2. 

Hujung tahun ini? 

Eh, bonus belum dapat tapi dah rancang nak berbelanja. 😅

#asicsmagicspeed
#selfreward

Jumpa lagi.

Jom Naik ETS

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Jauh perjalanan luas pemandangan.

Sudah lama tidak naik ETS. Suatu waktu dahulu, seminggu atau dua minggu sekali mesti naik ETS balik ke Sungai Buloh.




Dunia PJJ yang hampir tiga tahun berlalu pergi.

Jika diberi pilihan, tidak mahu lagi mengulangi pengalaman pahit perhubungan jarak jauh.

Biar tak dapat naik ETS selalu asalkan Pakku dekat di sisi.

Gitu!

#akudankamu
#asaliff

Jumpa lagi.

Thursday, 27 July 2023

Cameron Valley Tea House Kuala Terla

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cameron Valley Tea House, Kuala Terla CH

Sempat singgah ke Cameron Valley Tea House Kuala Terla sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Rata untuk Cameron Ultra.

Jika menyertai larian di luar kawasan, biasanya kami membawa keluarga bersama. Sedaya upaya cuba untuk membahagikan masa antara kehendak sendiri dan momen bersama keluarga tercinta.

Cuma kadang-kadang tak sempat nak upload. Bila terasa nak upload, dah basi pula. Eh.

Mercu tanda Cameron Valley ini adalah cawan gergasi, ada air yang mengalir di kiri kanan cawan. Memang menarik.



Jika nak bergambar kena beraksi pantas. Lambat sedikit pasti basah terkena tempias air.

"Kali ini kita bergambar berlatarbelakangkan cawan tu tau." Kali ketiga singgah ke sini baru terfikir untuk bergambar kenangan di mercu tanda ini.


Ada pelbagai aktiviti di Cameron Adventurous ATV & Safari. 
Ada ATV Riding.
Ada 4WD Safari Combo.
Ada Safari Park.
Ada juga buaian istimewa Air Swing Cameron Adventurous.

Kadar bayaran yang dikenakan boleh tahan juga, sesuai dengan aktiviti dan tempat pelancongan. Dan nampaknya bayaran untuk semua aktiviti ini dah naik hampir 30 peratus. Memang mahallah!



Kami ambil pakej 4WD Safari Combo dengan kadar bayaran RM20 seorang. Naik ke puncak bukit dengan kenderaan pacuan 4 roda melalui lereng-lereng bukit ladang teh di Kuala Terla ini. Pemandangan yang cantik dan penuh kehijauan namun tak rilek ya. Sangat mencabar.

Kagum dengan pemandu 4WD yang rata-ratanya lelaki yang hampir separuh abad. Pengalaman dan skil pemanduan yang mereka miliki mahal harganya.












View di puncak bukit sangat cantik. Ada banyak view untuk bergambar. Tak ada limit masa untuk berada di atas, bergambarlah sampai puas.

Selesai bergambar, naik semula 4WD untuk turun ke bawah. Singgah pula ke tempat Safari Park untuk aktiviti animal feeding. Ronda sekali lalu sahaja. Jika nak beri makan kepada haiwan yang ada, boleh beli makanan di kaunter.







Di sini juga ada dijual produk Bharat Tea. Kafe pun ada untuk menjamu selera. Memang seronok jika dapat menghirup secawan teh panas sambil menikmati keindahan ladang teh yang terbentang luas.

Lebih nikmat lagi jika dapat menikmati aiskrim, kek, puff, sup cendawan dan aneka pencuci mulut yang lain.

Ah, rindu Cameron Highlands!

Jumpa lagi.

Tuesday, 25 July 2023

Bertemu dengan Sahabat-sahabat Larian

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rezeki dapat bertemu dengan sahabat-sahabat larian dan pemenang-pemenang CULTRA 2023. Gembira dapat berkongsi tip dan cerita.

Kagum dengan semangat dan pencapaian mereka. Pastinya ia bukanlah suatu perjalanan yang mudah untuk sampai ke tahap ini.

Bersama Champ Nora

Gembira dapat bertemu idola. Kak Aliah ni runner padu tau. Baik dan soft spoken pula tu. Rindu terubat!
 
Tahun hadapan kita join CULTRA 4km ye Kak Honey :)

Pakku bersama Champion CULTRA 14km, Asdi Weding

Pakku & En Halimi bersama sahabat yang sudah lama tidak bertemu, Ayie Ska

Bersama Lin yang padu

Kak Hana yang ohsem. Orang kuat CULTRA ni. Tahniah. All this while tengok Kak Hana dari jauh je. Kali ini baru berpeluang bergambar berdua.

Bersama Champ Dik Nie, Champion 14km Women

Kesimpulannya:
  1. Kena konsisten berlari. Jangan hari ini berlari, esok cuti dia tiga hari.
  2. Nak kuat kena buat latihan drill juga. Bukan lari semata-mata.
  3. Kalau target trail event kena la training trail. 
  4. Sekali-sekala kena hiking.
Eh, banyak lagi la. Yang penting jangan mudah berputus asa. Hari ini gagal, cuba lagi di lain masa.

Okey, faham.

Jumpa lagi.

Monday, 24 July 2023

CULTRA Prize Giving Ceremony

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


CULTRA 2023
Prize Giving Ceremony
16 Julai 2023

Diadakan pada keesokan harinya kerana menunggu pelari-pelari Toyota 100km menghabiskan larian.

Juga pelari-pelari 4km yang dijadualkan berlari pada pagi itu.



"Cantiknya trofi!" Sekali pandang hati sudah terpaut.

Hanya yang terbaik untuk yang terbaik.


Tahniah buat suamiku, Ku Aliff Aiman dan semua pemenang CULTRA 2023.





Because there is no gravity in the CULTRA galaxy!

Jumpa lagi.