Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
"Kerinduan itu tidak dapat terhapus dengan banyaknya kata-kata rindu. Tapi sedikit sebanyak dapat terubat dengan hangatnya kasih sayang." ~ quotebyas
2 Ogos, 9:50pm.
Tiba-tiba ada kejutan muncul di depan pintu rumah. Runner Mamasab datang hantar kek. Amboi, pandai mama buat kejutan ya.
Patutlah Aiman kata mama sibuk tanya As dan Aiman balik kerja pukul berapa. Macam ada apa-apa saja. Hahaha... naluri seorang anak kan...
Dalam pada tu sempat juga As dan Aiman berteka-teki. Mama ni hantar kek sempena ulang tahun perkahwinan kami ke, tapi macam dah lama berlalu jer...
At last, video call dengan mama... terjawab sudah.
Kek yang penuh dengan kerinduan!
Alahai, sweetnya mama. Rindu yang teramat sangat terhadap anak menantu. Hampir lima bulan tidak bertemu muka, mama cakap rindu sangat-sangat.
Sebaknya!
Sabar ya mama...
As dan Aiman pun rindu juga. Rindukan mama, mak, abah, tok, adik-adik, dan semua keluarga di sana. InsyaAllah sampai masa kita pasti bertemu juga.
Terima kasih mama untuk kek yang sedap ni. Sweet macam mama juga.
Tak sabar nak balik Langkawi.
Jumpa lagi.
Saling merindu. Pandai mama buat surprise..
ReplyDeleteSemoga cepatlah covid ni berakhir.. Semua nak balik kampung jumpa keluarga seperti selalu
Mama dah surprise berpisah tiada!
DeleteItulah kan, semoga cepat lah kita boleh ke mana-mana saja seperti dulu...
semua pun dah rindu kan sanak keluarga...
ReplyDeleteni kalau dapat jumpa, mau berdrama nanti hehehe...
alhamdulilah, sekukrang2 dapat juga mama lepaskan rindu kat as...
Mesti la...nanti kalau jumpa penuh drama air mata... mama lagi senang nangis...
DeleteSemoga cepat Covid tamat, supaya kita semua dapat jumpa mereka-mereka yang dirindui. Hepi Anniversary As
ReplyDeleteSemoga kita juga terus kuat dan tabah. Amin...
DeleteTerima kasih Salbiah..
Alhamdulillah kak as
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSayangnya ibu kepada seorang anaknya..
ReplyDeleteYa, seorang mama sanggup berkorban apa saja... Mama mertua as ni...
DeleteSedihkan.. Anak2 saya pun dah rindukan maktok diorg... π’π’π’
ReplyDeleteKes makin naik, tak tahu la bila boleh rentas ni... huwaaa....
DeleteAduhaiiii sweetnya mama As :) Rindu sangatlah tu, lama tak berjumpa kan
ReplyDeleteMama mertua as ni... rindu kat anak lelakinya la tu....
DeleteSweetnya mama awak. Semoga pandemik ni cpt berakhir dan boleh lah semua jumpa keluarga tersayang.
ReplyDeleteMama memang sweet. Kalau lama tak jumpa suami as tu, memang rindu menjadi-jadi. Anak sulung kan...
DeleteNi bukan kek mamasab dah ni, ni kek rinduππ
ReplyDeleteHihi..kek mamarindu...
DeleteAwww sweetnya buat suprise. Semoga covid cepat habis and as boleh balik langkawi
ReplyDeleteHehe mama yang sweet & sour...
DeleteItulah kan, setiap hari hanya mampu berdoa saja. InsyaAllah, amin...
Sweetnya mama hantar kek sebab rindu π
ReplyDeleteItulah, sedap pula tu kek mamasab...
DeleteAlhamdulillah...
Sweet sangat..
ReplyDeleteRindu seorang mak..
Ya, kerinduan yang dah tak terbendung...
Delete