Pages

Friday, 27 June 2014

JLL/APM Employee Day 2014

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tiba-tiba sahaja teringat kenangan minggu lepas. Pada 21 Jun 2014 yang lalu, saya menghadiri Employee Day yang dianjurkan oleh syarikat tempat saya bekerja. Employee Day ini lebih kepada team building, diadakan di Park Royal Hotel, Batu Feringgi Penang. Seawal 7am, kami bertolak dari Kulim menaiki bas persiaran. Saya ikut naik bas sebab malas nak bawa kereta. Lagi pun kemudahan dah disediakan, jadi tidak baik membazir. Betul kan?

Kami tiba di Park Royal pada pukul 8:30am. Selepas urusan pendaftaran, kami dijamu dengan menu sarapan pagi yang mengenyangkan. Saya makan nasi goreng bersama udang goreng tepung, kuih-muih pun ada. Memang cukup untuk memberi tenaga.

Selepas itu kami diberi penerangan serba ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh fasilitator yang terlibat. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan warna t-shirt. Ada kumpulan kuning, merah, hijau dan oreng. Saya dapat kumpulan kuning. Tapi tak kisahlah kumpulan apa pun, yang penting semuanya ingin bergembira.

Semua aktiviti dijalankan di kawasan taman dan tepi pantai. Ada empat permainan yang telah diatur oleh pihak Park Royal dan kami dikehendaki menyertai keempat-empat permainan tersebut. Setiap permainan memerlukan 7-8 orang bagi satu-satu kumpulan. Permainan pertama ialah Elektrik Fans. Tali diikat ke kira dan kanan menjadi blok-blok kecil. Kami dikehendaki masuk melalui blok tersebut tanpa menyentuh tali. Kalau tersentuh maksudnya terkena kejatan elektriklah. Hehe... boleh gitu...!

Permainan kedua ialah memasukkan air ke dalam gelung yang mempunyai lubang-lubang kecil. Gelung tu dah ditebuk lubang, jadi masing-masing kena tutup lubang-lubang tersebut dengan jari untuk mengelakkan air keluar. Lubang tu banyak tau jadi masing-masing kena tutup dua tiga lubang. Ada yang tak cukup tangan nak tutup sebab jari pendek. Tutup lubang sini, jari tak sampai nak tutup lubang yang kat sana. Jenuh jugalah nak bagi penuh gelung tu. Memang habis basah semua. Kelakar pun ada.

Permainan ketiga ni memang popular. Rasa-rasanya semua team building pun buat permainan ini iaitu lari, pusing dan lari dalam guni. Kalau kita berada di baris yang ke tiga, kita dikehendaki pusing tiga kali, kemudian teruskan larian ke guni, lari dalam guni pula. Memang pening kepala pusing banyak kali. Sapa yang kena dulu memang untung la sebab tak perlu pusing banyak kali. Yang kesian orang yang belakang lah. Dah la pening kepala pusing kat kayu tu, silap-silap cari guni pun tak jumpa. Hehe...

Dan permainan yang keempat ialah memasukkan air ke dalam baldi. Air yang paling banyak akan menang. Kita hanya diberi satu baldi kecil dan 2 utas tali. Ada satu baldi besar diletakkan di tengah-tengah di dalam garisan. Semasa hendak memasukkan air ke dalam baldi besar, kita tidak boleh masuk ke dalam garisan atau melepasi garisan. Memang boleh tahan jauh juga baldi besar tu dari garisan. Jadi kita perlu gunakan kebijaksanaan kita untuk memasukkan air dari baldi kecil ke baldi besar. Kira best jugalah permainan ni.

Setelah selesai semuanya, sesi bergambar pula mengambil alih. Yelah, masing-masing sibuk jadi inilah masanya dapat bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Selepas itu ada sesi cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan memang best. Ada LCD 40", air cond, samsung tab, smartphone, camera canon, mountain bike, dan juga voucher tesco bernilai RM200, RM100 dan RM50. Memang bertuah sungguh siapa yang dapat tu.

Akhirnya, selesai sudah team building pada hari itu. Sebelum pulang kami makan tengah hari secara bufet di Park Royal cafe. Makan puas-puas sebab sedap sangat. Kami bertolak pulang tepat jam 1:30pm.

Apa-apapun, terima kasih untuk mereka yang bertungkus-lumus menjayakan Employee Day ini.
Terima Kasih JLL. Terima Kasih APM.




No comments:

Post a Comment