Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saja nak berkongsi cerita tentang pertemuan santai saya bersama novelis yang amat saya suka iaitu Acik Lana. Kali ini Acik buat `Meet Acik Lana' kat Hailam Kopitiam, Seksyen 7 Shah Alam. Dah kebetulan saya ada kat sana hari tu, jadi memang tak lepaskan peluang lah untuk berjumpa beliau.
Sebenarnya, ini bukanlah pertemuan kami yang pertama. Sebelum ni selalu jumpa Acik masa PBAKL kat PWTC. Acik ni kalau nak crita pasal in person memang seorang yang sempoi. Dia memang menghargai semua peminat2 dan pembaca setia novel-novelnya. Kira tak sombong lah.
Masa jumpa tu juga, saya siap bawa novel terbaru Acik yang bertajuk SAAT HILANG CINTAMU. Nak suh Acik sign dan cop mohor mulut merah tu. Actually masa tu Acik buat pembelian untuk novel SHC. Saya dah beli online, tapi tak dapat tandatangan Acik. Tu yang bawa novel tu. Siap dengan plastik pos laju tu lagi. Hehe...
Apapun, Acik memang terbaik lah. Semoga terus sukses dan hasilkan novel-novel yang meletup-letup gitu.
comelnye..
ReplyDeleteHehe...comel kan Acik Lana :P
Delete