Pages

Thursday, 29 October 2015

Drama Adaptasi Kau, Aku, Kita

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KAU, AKU, KITA

Mulai 28 Oktober 2015
Rabu & Khamis
9pm Slot Lestari TV3

Barisan Pelakon:
Syarul Ridzwan - Aus
Janna Nick - Iman
Isey Fazlisham - Mus
Adeline Tsen - Dr Aireenie

Sape tengok Episod 1 drama adaptasi Kau, Aku, Kita? Okay, saya dah tengok semalam... memang best. Sebenarnya saya memang selalu follow update pasal drama ni melalui akaun FB Puan Sheila Rusly. Jadi memang tunggu sangat lah drama ni disiarkan.

Kalau nak diikutkan sebelum ni saya tak tahu drama ni adaptasi novel karya Orkid Edyliyne. Yang buatkan saya follow cerita pasal drama ni... sudah tentulah Puan Sheila Rusly punya pasal. Saya suka sangat drama yang ada kaitan dengan beliau atau Jinggo atau JS Pictures. Sebab setakat ni drama-drama beliau memang tak pernah mengecewakan.

Jadi, nampak gayanya lepas ni kena pi beli novel ni lah. Hasil karya yang baik harus dijadikan koleksi. Betul tak?!


SINOPSIS NOVEL KAU, AKU, KITA
Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (Lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’.

Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapanya, namun Aus tidak mahu mengahwini perempuan pilihan bapanya itu dan Aus mendapat idea dimana beliau mahu Iman mengahwininya. Kehidupan Iman tidak seperti Firdaus, Iman seorang yatim piatu dan melalui kehidupan yang susah sedangkan pelajarannya pula entah ke mana.

Maka satu perjanjian perkahwinan telah dimeterai oleh mereka. Namun ia hanyalah perjanjian yang sekadar di mulut.

Menarik kan? Bagaimana kesudahan kisah dua Iman ini? Jangan lupa janji temu kita setiap Rabu dan Khamis di Slot Lestari TV3.

Selamat Menonton.

Adios!

No comments:

Post a Comment