Foto: Facebook & Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
[10.10.2015]
Dah lama berlalu kan tapi saya nak juga update kat sini. Sempena HARI SUKAN NEGARA 2015 yang lalu, setiap negeri terlibat dalam sambutan Hari Sukan Negara. Kalau kat Kedah, sambutan diadakan di Padang Kawad UUM Sintok. Jauh la pula. Jadi saya ambil keputusan untuk join sambutan kat Penang sebab dekat sikit. Kalau kat Penang diadakan di Stadium Batu Kawan kira-kira 45 minit dari rumah saya.
[PENANG BRIDGE CHALLENGE]
Saya join Penang Bridge Challenge iaitu 10KM Fun Run. Bermula dari Stadium Batu Kawan menuju ke Jambatan Kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan terus susur keluar kembali ke Stadium Batu Kawan. Oleh sebab Fun Run jadinya saya pun berfun-fun lah berlari. Tak adalah nak lari laju-laju untuk rebut tempat pertama hingga ke -10 walaupun hadiah yang ditawarkan amatlah berbaloi-baloi. Tapi realitinya memang tak layak pun...heheh...
Tapi kan, boleh dikira okey juga la.. saya habiskan 10KM dalam masa 1.5jam. Ambil masa lebih sikit daripada biasa sebab saya dengan baik hati dan bertimbang rasanya teman buddy saya yang sakit kaki. Risau pula nak tinggalkan dia sorang-sorang. Yang penting dapat Finisher Medal dan t-shirt yang super duper best... design dia cantik sangat... Sijil pun ada.
Okey, itu sahaja cerita sempena Hari Sukan Negara 2015. Kita jumpa lagi pada Run seterusnya.
Adios!
Sudi-sudikan join Fun Run di Cyberjaya ada setiap tahun.
ReplyDeleteAmboi...jauhnya nak berlari ke Cyberjaya :P
DeleteInsyaAllah, kalau tetiba ada event dan dalam masa yang sama ada run boleh la join kot...
Teringin gak...