Pages

Thursday, 28 January 2016

Ronda-Ronda Autocity Juru Penang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello...
Jom kita pi ronda-ronda Autocity Juru. Tempat ni kalau malam memang happening sangat. Tambah-tambah lagi kalau malam minggu atau pun kalau ada event apa-apa kat sini. Memang meriah.... Dan parking memang penuh. Jenuh pusing 2-3 round....

Nak kata special sangat tu entah la... tapi kat sini kira tempat Jalan-Jalan Cari Makan la... macam-macam ada cuma kena tengok betul-betul la. Jangan silap masuk sudah lah. Pastu boleh ronda-ronda makan angin, posing sana posing sini. Dan yang paling best boleh window shopping kat sini. Saya suka belek barang-barang yang dijual di sini sebab banyak barang-barang 'rare'... uolls tau la kan...I memang suka something yang rare. Hahah~

Okey, saya kongsi sekeping dua photo jalan-jalan kat sini :)







Adios!

Thursday, 21 January 2016

Review Novel #3: Jangan Percaya - Syaida Ilmuna

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hooray, inilah novel pertama yang saya baca di tahun 2016. Ada # kat situ... sebabnya saya bercadang untuk buat tracking buku-buku yang saya baca dan buat review sekali. Semangat sedikit berkobar-kobar tapi kena maintain semangat tu sebab kalau mai mood malas memang nanti tak ke mana.

Novel Jangan Percaya merupakan karya ketiga novelis muda Syaida Ilmuna. Actually ini adalah novel pertama karya Syaida yang saya beli. Hasil karya bergenre thriller dan aksi memang saya suka. Sebab tu tak perlu baca sinopsis... terus beli jer.

Sebelum ni memang ada baca bab-bab awal di portal Ilham Karangkraf tapi baca sikit saja. Saya punya pattern, kalau novel tu best saya tak suka baca lebih-lebih secara online, biar terus baca novel tu dari mula sampai habis. Baru feel tu lebih ummpphhh!! Hehe...

Okaylah, ini review saya!

[JANGAN PERCAYA - SYAIDA ILMUNA]

Novel ini memang best, dari awal bab lagi saya memang fokus baca. Makin lama baca hati semakin berdebar-debar. Perasaan takut tu dah muncul... apa taknya, saya start baca pun lebih kurang pukul 10pm...kira nak tengah malam dah tu kan. Sorang-sorang pulak tu... memang berdebar-debar sangat la...Tapi tetap teruskan baca juga. Makin lama makin best... walaupun mata tu tengok kiri-kanan. Haha...Tapi dah lewat sangat saya stop jugalah. Esoknya baru sambung sampai habis. Dah habis baca memang rasa puas hati. Saya ingat lagi, baru baca sampai bab 5... kira awal bab lagi tu tapi saya punya perasaan tu tak tau nak kata. Jantung tu kira berdegup laju saja... macam terserempak dengan admire pulak debarannya... haha...

Teknik Pemerian yang digunakan pada saya amatlah baik. Penceritaan tentang sesuatu perkara tu amatlah terperinci. Kira memang sampai ke lubuk hati. Contohnya masa Kay jilat sisa hancuran belalang tu... automatik mulut saya kata "Eeeee....". Ha, sampai macam tu sekalilah!

Padat? Memang teramat padat. Sedar-sedar jer dah sampai Bab 17... tersedar lagi dah sampai Bab 35...hehe.. Kalau dalam bidang lakonan juri selalu cakap, "Punch line kena jaga". Ha ni saya dah habaq mai... dalam novel ni punch line memang tepat. Sebab tu baca terus menonong jer... tak ada masa nak relax-relax sat ka minum ayaq... ni yang orang kata terbaik sebab penulis tak biarkan kita dihimpit keboringan.

Saya terjumpa satu caption yang menarik dalam novel ni. Memang saya suka la...

"Dia datang macam bayu, tetapi pergi macam ribut."

Tabik spring untuk Syaida Ilmuna sebab dapat hasilkan karya thriller yang baik. So admire. Sambil baca tu saya sebenarnya terfikir juga... "dari mana idea itu datang". Kira memang dahsyat juga lah sebab boleh tulis cerita macam ni. Ha, jangan pandang Syaida sebelah mata tau!!

Okay, jom kita baca Sinopsis Novel Jangan Percaya.

[SINOPSIS]

PERTEMUAN pertama Bella Amira dan Kaylina sudah cukup membuatkan hatinya diasak seribu macam rasa. Saat tangan mereka bertaut, imbasan hitam putih mula menerjah ke minda Bella. Senyuman seorang wanita berbibir nipis hadir dan kelihatan sebilah pisau tajam bergerigi di tangannya. Pisau itu berlumuran darah!

“Bella Amira!” Rizqi cuba membawanya ke alam nyata.

Semenjak itu, kehidupan Bella tidak lagi serupa. Isteri baru bekas suaminya itu menyimpan seribu satu macam ulah dan suka bermuka-muka. Bermula dengan kematian anak sulungnya, Bella tahu Kaylina ada perkaitannya.

Namun begitu, siapa yang percayakan kata-katanya? Kaylina yang lebih manja digelar Kay itu seorang wanita yang lemah lembut, pandai memasak dan sayangkan kanak-kanak. Di hadapan Rizqi, pijak semut pun tak mati. Di belakangnya, anak-anak Bella menggelar dia raksasa maha jahat!

Bella pula sering ditimpa mimpi buruk semenjak mengenali wanita itu. Siapa Kaylina sebenarnya? Mampukah Bella membuatkant mereka percaya yang Kay bukanlah seperti yang mereka sangkakan? Jangan sampai nanti mereka semua mati dalam keadaan tidak percaya, sudahlah!

Okay, sebab saya suka saya bagi 4.5/5* untuk novel ini. Buat pembaca tegar novel-novel Malaysia, jangan lupa dapatkan novel Jangan Percaya di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kalau nak order daripada saya pun boleh. PM saya di nombor 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat.

Tajuk: Jangan Percaya
Penulis: Syaida Ilmuna
Penerbit: Alaf21

Adios!

Thursday, 14 January 2016

Tempah Bunga Kat Jin Florist Kulim

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okay, kembali berbunga kat Jin Florist Kulim. Alkisahnya, my colleagues nak tukar bunga kat lobby dia. Maklumlah, bunga pun dah kotor dan berhabuk. Dah tak nampak cantik. So memang kena tukar la. Lagipun dah nama pun lobby kan, so kena nampak cantik selalu. :)

Memandangkan saya pernah berurusan dengan kedai bunga Jin Florist Kulim dan memang berpuas hati dengan service yang diberi. Jadi kali ni kita tempah bunga kat situ lagi lah. Macam tu lah nak berniaga kan, kena sentiasa bagi service yang terbaik, baru pelanggan akan datang balik. Ye tak!?

Sebelum ni pun saya pernah tulis entri tentang Jin Florist ni. Kalau nak baca entri yang dulu, boleh baca kat SINI.

Ha, ni dia bunga yang ditempah pada kali ini. Saya suka sangat bunga yang ada kombinasi warna terang dan putih. Baru naik seri. Rasa macam nak tempah juga lah untuk rumah sendiri ;)


Okay, sekian dahulu cerita untuk hari ini. Pada sesiapa yang nak tempah bunga, bolehlah berkunjung ke Jin Florist yang terletak di Kulim Kedah.

Adios!

Wednesday, 13 January 2016

Birthday Treat 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Happy Birthday]

Okay, saja nak kongsi sambutan hari lahir pada tahun 2015. Sebenarnya bukan sambutan apa pun, just pergi makan kek saja. Tak adalah nak sambut beria sangat.. saja nak happy-happy saja. Itu pun makan sepotong kek jer. Haha... Okay lah tu kan, ada jugakkk... :D

Lagipun birthday bulan November dan Disember... kira dekat-dekat la kan... kalau beli sebiji kek rasa macam banyak sangat sebab nanti nak makan kek lagi... dan lagi... Sebab tulah beli sepotong saja dan kongsi... Wah, ini bukan kedekut hokeeh!


25 November
16 Disember
17 Disember

Tengok, ada tiga kali boleh makan kek. Birthday saya, Dyna dan Twin. Kalau nak buat celebration boleh buat sekali. Hah, memang jimat!

#SajaKongsi
Inilah foto-foto birthday celebration kami!










Adios!

Tuesday, 12 January 2016

Alora Hotel Penang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya nak review tentang Alora Hotel yang terletak di Bukit Jambul Penang. Dulunya hotel ini dikenali sebagai B-Suite Hotel tapi kini dah tukar kepada Alora. Malah sampai sekarang pun, ramai yang lebih kenal B-Suite berbanding Alora. Cuma masa saya check in hari tu, hotel ni masih dalam proses pengubahsuaian. Lobi hotel pun kat tingkat dua, lobi sementara yang kecil dan serba ringkas.


Hotel ini berdekatan dengan Kompleks Bukit Jambul dan hanya 5minit memandu sahaja ke Queensbay Mall. Bukan itu sahaja, ia terletak dalam jarak 15 minit pemanduan dari Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Jarak ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong pun dekat. Kira memang terletak di kawasan yang amat strategik la.

Yang bestnya kat hotel ni, biliknya amatlah besar dan luas. Masa pertama kali check in kat sini, rasa teruja sikit. Lantainya dilengkapi dengan lantai kayu berwarna coklat dan krim neutral. Ada sedikit suasana tradisional dengan warna-warna sebegini.


Kemudahan yang disediakan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas hinggalah kemudahan membuat kopi/teh. Ada peti ais mini, ruang berehat sambil berbual dan balkoni yang cukup besar untuk kita lepak di waktu malam sambil menikmati suasana malam Bayan lepas Penang.





Yang paling tak boleh lupa, pancuran air di hotel ini amatlah kuat. Terasa bagaikan mandi di rumah sendiri. Memang best sangat. Bukan apa, selalu kalau dok hotel time mandi tu memang sedikit stress kalau pancuran air tu macam tak nak bagi kita mandi jer.... Tapi kat sini memang tak ada masalah.


Kalau yang bawa kereta tu, memang tak perlu pening-pening fikir nak park kat mana sebab hotel ini menyediakan tempat letak kereta secara percuma. Cuma kalau parking kat luar hotel tu, kena letak kupon lah. Nanti tak pasal-pasal kena saman pula dengan MPPP.

Nak cari tempat makan pun senang. Kiri kanan depan belakang ada tempat makan yang best. Maklumlah, Penang kan dikenali sebagai 'Syurga Makanan'. Paling dekat ialah Kayu Nasi Kandar, Restoran Nasi 7 Benua, Bangkok Tomyam dan macam-macam lagilah.


Okay, pada sesiapa nak bercuti ke Penang bolehlah check in kat Alora Hotel. Pastinya ia akan memberikan keselesaan dan pengalaman yang berbeza.

Adios!

Monday, 11 January 2016

Karnival Sukan Taman Seri Mahkota Kulim 3.0

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


[29.11.15]


Karnival Sukan bersama Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim anjuran JPP Jawatankuasa dan Perwakilan Penduduk Zon 7 dengan kerjasama KRT & JIRAN WANITA Taman Seri Mahkota yang super-duper ohsem telah berlangsung dengan penuh meriah. Karnival kali ini disertakan dengan aktiviti Sukaneka, Bola Sepak Antara Lorong, Ceramah Kesihatan, Pertandingan Gubahan Sireh Junjung dan juga Ukiran Buah Tembikai.


Setiap aktiviti mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada anak-anak dan penduduk Taman Seri Mahkota. Semuanya berebut-rebut untuk mendaftar terutamanya bagi aktiviti sukaneka yang mana turut menyediakan hadiah-hadiah comel yang menarik. Terhibur juga melihat gelagat mereka.
Program dimulakan dengan Ceramah Kesihatan oleh Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim. Perkongsian info mengenai kanser, pergigian dan amalan pemakanan sihat amat berguna buat kami semua. Bukan itu sahaja, kami juga turut diberi pemeriksaan gigi secara percuma. 






Sambil periksa gigi, sambil bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kesihatan yang terbabit. Ada yang belek-belek pamplet yang disediakan. Sementara itu, pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah antara lorong pun dah mula, Lorong rumah saya pun turut mengambil bahagian. Go go GLC United. Haha...memang best team GLC United, Johan you....
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Juga sedikit cenderahati kepada pihak Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim. Kali ini program sedikit havoc, sebab ada cabutan bertuah untuk penduduk-penduduk Taman Seri Mahkota. Hadiahnya amat 'mesra' sebab ada kopi, teh, gula, serbuk kari, serbuk kunyit dan macam-macam lagi.

Program tamat pada pukul 5pm. Sebelum pulang, AJK semua macam biasa kena kemas, sapu dan kutip sampah ;)

Adios!

Monday, 4 January 2016

Welcome 2016!

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Welcome 2016!

Hari ni dah hari ke-empat di tahun baru 2016. Cepat sungguh masa berlalu. Tiga hari bercuti sempena tahun baru tidak terasa. Blog pun tak sempat nak jenguk... sibuk bersihkan rumah, kemas sana-sini, ubah itu ini. Dah start permulaan baru... sekolah pun dah buka jadi kena ubah suai sikit tatarias rumah. Kononnya nak wujudkan aura keselesaan... harap-harap tu adalah aura tu...heheh...

Tapi yang sebenarnya tak siap kemas pun lagi. Hari ni dah start kerja jadi terbantutlah sikit. Tak tahulah entah bila boleh sambung. Ramai-ramai ni silap-silap haribulan yang belum siap kemas tak sempat nak sambung, yang dah kemas bersepah balik. Kan...


Apa-apa pun untuk tahun 2016 ini semua orang pastinya mengharapkan yang lebih baik... dalam kehidupan, kerjaya, kewangan... dan segala-galanya lah. Saya pun mengharapkan begitu juga... Semoga tahun ini segala yang dirancang dipermudahkan.

Azam?

Tak ada spesifik azam. Tapi saya punya impian untuk merealisasikan mini library saya ke arah yang lebih luas. Sekarang ini saya punya ruang yang terhad, masa yang terhad. Jadi impian ke arah itu tidak dapat saya realisasikan lagi.

Namun, saya masih punya satu lagi impian yang lebih besar. Impian yang telah saya angan-angankan sejak 2-3 tahun yang lalu. Impian ini sedikit besar dari projek mini library saya... dan memerlukan komitmen yang tinggi dan kerjasama ahli keluarga.

Baru semalam berbual dengan ayah saya tentang impian ini. Kalau nak tahu, ayah saya adalah orang kuat yang bakal menjadi penyumbang terbesar dalam merealisasikan impian yang satu ini. Wah, terasa sedikit suspen tak? Hehe.. tak boleh nak cerita kat sini... belum masanya...

Oh ya, masih banyak lagi aktiviti 2015 yang ingin dikongsikan. Nanti saya marathon yea... backdated sikit tak pe kot. Hehe... biasalah kan... banyak benda nak buat sebab tu tak terkejar. :P

Okaylah, tahun baru semangat pun baru... sebab tulah terasa laju saja jemari ini mengetuk papan kekunci. Heheh... apa-apa pun saya mendoakan semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik buat anda semua.

Selamat Tahun Baru 2016.

Adios!