Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Welcome 2016!
Hari ni dah hari ke-empat di tahun baru 2016. Cepat sungguh masa berlalu. Tiga hari bercuti sempena tahun baru tidak terasa. Blog pun tak sempat nak jenguk... sibuk bersihkan rumah, kemas sana-sini, ubah itu ini. Dah start permulaan baru... sekolah pun dah buka jadi kena ubah suai sikit tatarias rumah. Kononnya nak wujudkan aura keselesaan... harap-harap tu adalah aura tu...heheh...
Tapi yang sebenarnya tak siap kemas pun lagi. Hari ni dah start kerja jadi terbantutlah sikit. Tak tahulah entah bila boleh sambung. Ramai-ramai ni silap-silap haribulan yang belum siap kemas tak sempat nak sambung, yang dah kemas bersepah balik. Kan...
Apa-apa pun untuk tahun 2016 ini semua orang pastinya mengharapkan yang lebih baik... dalam kehidupan, kerjaya, kewangan... dan segala-galanya lah. Saya pun mengharapkan begitu juga... Semoga tahun ini segala yang dirancang dipermudahkan.
Azam?
Tak ada spesifik azam. Tapi saya punya impian untuk merealisasikan mini library saya ke arah yang lebih luas. Sekarang ini saya punya ruang yang terhad, masa yang terhad. Jadi impian ke arah itu tidak dapat saya realisasikan lagi.
Namun, saya masih punya satu lagi impian yang lebih besar. Impian yang telah saya angan-angankan sejak 2-3 tahun yang lalu. Impian ini sedikit besar dari projek mini library saya... dan memerlukan komitmen yang tinggi dan kerjasama ahli keluarga.
Baru semalam berbual dengan ayah saya tentang impian ini. Kalau nak tahu, ayah saya adalah orang kuat yang bakal menjadi penyumbang terbesar dalam merealisasikan impian yang satu ini. Wah, terasa sedikit suspen tak? Hehe.. tak boleh nak cerita kat sini... belum masanya...
Oh ya, masih banyak lagi aktiviti 2015 yang ingin dikongsikan. Nanti saya marathon yea... backdated sikit tak pe kot. Hehe... biasalah kan... banyak benda nak buat sebab tu tak terkejar. :P
Okaylah, tahun baru semangat pun baru... sebab tulah terasa laju saja jemari ini mengetuk papan kekunci. Heheh... apa-apa pun saya mendoakan semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik buat anda semua.
Selamat Tahun Baru 2016.
Adios!
No comments:
Post a Comment