Pages

Thursday, 31 December 2015

Terima Kasih 2015!

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google & RAMfc

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Inilah entri terakhir di tahun 2015.

Terima kasih 2015... di atas segala memori suka duka...tangis ketawa...bahagia derita...  Segalanya amat bererti buatku. Akan kusimpan semuanya di lipatan memori... menjadi kenangan terindah untuk tahun ini.

Melewati hujung-hujung waktu... hati kecilku tersentuh sesuatu. Kesedihan dan kesayuan mengocak ketenangan dan kebahagiaan... Tak apalah, hidup yang hanya dihiasi bunga-bunga yang berkembang mekar tanpa dicemari sang kumbang... tiada warna-warninya. Sedikit kesakitan membawa seribu kenikmatan.

Untuk segalanya yang berlaku di tahun ini...
Cuma satu kupinta...
Lebih baik tersalah ampun, daripada tersilap hukum!
[Sunan]


Terima kasih sekali lagi. Hidup perlu diteruskan... 2016 menanti dengan sejuta harapan... Bersama azam baru... semangat baru... namun tidak kutinggal sepi memori ini... akan kubawa bersama melewati hari-hari....

Buat semua yang mengenali diri,
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada seribu memori...
yang terpahat di sanubari...
yang menghiasi diari 2015 ini...

Selamat Tinggal 2015,
Alhamdulillah... aku menanti tahun baru 2016 dengan senyuman :)

Adios!

4 comments:

  1. Kalaulah Sunan tu wujud kan best =) =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kan... lelaki yang hampir sempurna!

      Delete
  2. Hi perkongsian menarik, done follow, follow me back :)

    ReplyDelete