Pages

Sunday, 20 August 2023

Wang Gunung Trail Run 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Wang Gunung Trail Run
Conquer The Agro Trails
12 Ogos 2023
Taman Buah-buahan Eksotik
Sungai Batu Pahat Perlis
Kategori: 15km
Elevation: 375m
🏆: No 6 

Everybody wants happiness, and nobody wants pain, but you can't have a rainbow without a little rain ~ Zion Lee

Alhamdulillah, berjaya habiskan larian di tempat ke-6 kategori senior.



Sehari sebelum event memang perasaan bercampur-baur. Excited, tapi dalam masa yang sama sangat gementar.


Menariknya event ini, kami berlari di atas trail Banjaran Batu Kapur terpanjang di Malaysia.


Juga melalui kawasan dusun dan ladang harumanis, durian, kelapa, limau madu dan buah-buahan tempatan yang lain.

Ada empat permukaan laluan iaitu off road, gravel, tarmac dan simen. Jadi gear yang digunakan juga harus bersesuaian dengan keempat-empat permukaan. 


"Jalan memang licin. Kena hati-hati terutama laluan berbatu yang menuruni bukit." Yut yang sudah pun menghabiskan larian di tempat kedua kategori 45km sempat berpesan.

Nasib baik ada Asics Fuji Speed. Alhamdulillah, sangat membantu dengan grip yang baik.

Berselut itu terapi. Barai punya pasal kita main rodok sahaja. Balik nanti cuci.

Overall, pengalaman yang sangat best. Dapat beraksi dalam cuaca luar biasa dan permukaan muka bumi penuh cabaran di Banjaran Nakawan, Perlis.

Tahniah kepada tim MEP21 dan Ku Hasrin atas penganjuran event yang menarik.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta Wang Gunung Trail Run 2023.





Terima kasih kepada semua. Jumpa lagi pada event seterusnya.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment