Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dah puas lepak kat Menara Alor Setar, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak ribena tu. Jom kita teruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara yang terletak di Jalan Gunung Keriang. Pusat Sains Negara ini terletak berdekatan dengan Muzium Padi saja tapi memandangkan kami melawat Muzium Padi pada hari Jumaat, jadi tak dapatlah ke sini. Kat sini Jumaat tutup.
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, bermula operasi pada pukul 9am hingga 5pm. Jadi sesiapa yang nak berkunjung ke sini kena rancang betul-betul perjalanan anda sebab kaunter tiket hanya akan dibuka sehingga pukul 4:30pm. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM6 dan RM3 untuk kanak-kanak.
Ia merupakan sebuah institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan dua aras galeri dan pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran dan aktiviti yang disediakan adalah direka untuk setiap lapisan umur dan latar belakang sama ada individu atau lawatan berkumpulan.
Bahan pameran yang disediakan adalah berbentuk `self exploration', tiada khidmat jurupandu. Jadi kena explore sendiri dan cubalah setiap permainan interaktif yang disediakan. Ada pelbagai bentuk pengalaman interaktif kat sini termasuklah Alam Kanak-Kanak, Kids Discovery Place, Wonderspark, Science Wonderland, Sudut Elektrik, Sudut Alam dan Sains serta banyak lagi.
Yang paling saya suka adalah Teater 3D. Kat sini kita boleh alami keseronokan menonton dokumentari pendek mengenai sains dan teknologi dalam bentuk 3D yang amat menakjubkan. Bukan kanak-kanak saja suka, ibu bapa pun pasti suka juga.
Jadi, bawalah anak-anak anda ke sini agar mereka dapat menimba ilmu dan terdedah dengan sains dan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Biar mereka explore semua yang ada kat sini. Di samping berseronok dapat belajar benda-benda baru.
Okaylah, jom kita pi Jalan-Jalan Cari Makan lagi. Nak singgah mana pulak yea..? Tunggu...
Adios!
No comments:
Post a Comment