Pages

Thursday, 31 March 2016

Review Novel #6: Tundukkan Playboy Itu - Anjell

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okay, mood tengah baik. Sebab tu sambung baca novel ni pula. Mentang-mentang enjin tengah panas, novel ni saya habiskan dalam masa sehari jer. Dalam beberapa jam sahaja. Hah, amik ko!

[TUNDUKKAN PLAYBOY ITU]

Novel ni beli masa PBAKL 2015 yang lalu tapi sehingga drama adaptasi novel ni ditayangkan dalam Slot Akasia TV3 saya masih belum ada masa nak baca. Tapi entah kenapa tengok drama ni kat TV rasa lembab semacam tu yang saya geram terus baca novel ni sampai habis. Hah, memang penangan Tundukkan Playboy Itu betul la!!


Bila dah baca novel ni memang saya akui ada part-part yang berbeza dengan drama. Ya, mungkin mengikut kesesuaian drama dan pelakon yang menjayakan watak. Biasa la tu, tukar sini sikit sana sikit yang penting tema dan jalan cerita tetap sama.

Novel ini mengisahkan tentang Harraz Naufal yang merupakan seorang `Playboy'. Kawan rapat dia iaitu Farhan merupakan sepupu dan seorang Playboy juga. Ha elok sangat la tu kan. Sebab tu boleh jadi kawan baik. Dan sejak kehadiran Nurin dalam hidup mereka, dua-dua pun jatuh cinta kat Nurin dan dua-dua pun dah jadi baik. Memang Nurin berjaya Tundukkan Playboy Itu!!

"Hanya dari panahan MATA, kisah CINTA pun bermula"

Kalau tengok dari tajuk novel ni rasanya ramai yang boleh meneka jalan ceritanya kan. Saya tertarik untuk beli novel ni sebab nak tahu bagaimana seorang Playboy boleh tertunduk dengan seorang Hijabista. Walaupun dah boleh agak jalan cerita tapi saya beli juga. Hehe... Ini adalah karya Anjell yang ketiga tetapi ini karya pertama beliau yang saya baca. Novel pertama beliau berjudul Eksperimen Cinta dan yang kedua ialah Suamiku Paling Sweet. Yang itu belum baca lagi. Anjell pun saya belum pernah jumpa. Mungkin suatu hari nanti...

Walaupun saya dah habis baca novel ni tapi kalau ada masa saya tetap tengok drama ni kat TV. Apapun, saya lebih suka versi novel. Cumanya jalan ceritanya ada unsur-unsur yang kurang sihat. So saya tak galakkan adik-adik kita baca novel ni. Kakak-kakak, makcik-makcik okay la kalau nak baca. Yang adik-adik tu tunggu besar sikit ya. Tapi kalau adik-adik nak tengok drama boleh kot cuma pastikan ditemani oleh orang dewasa. Part-part yang baik tu kita tak risau cuma part-part yang tak baik tu saja kita perlu berikan pencerahan agar mereka faham dan tak terikut.. Eh, eh tetiba concern pulak saya ni.. XD

Okay, jom kita tengok sinopsis novel ini.

[SINOPSIS]

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

[Sumber: goodreads.com]

Kalau baca sinopsis ni mesti ramai yang suka kan! Saya bagi 3.5/5* untuk novel ni. Kalau nak beli novel ni boleh pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat.

Tajuk: Tundukkan Playboy Itu
Penulis: Anjell
Penerbit: Karya Seni

Adios!

2 comments:

  1. Dah nak habis dah drama ni makan nebes lak bila tgk...kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... part last tu dah lupa sikit cane...yg tau mmg depa dua kawen...

      Delete