Pages

Monday, 9 July 2018

[2018] #4 Junjong Waterfall Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Junjong Waterfall Run]
[27 Jan 2018]
[SK Junjong Kulim Kedah]
[5KM - 2nd Place Fun Run]

Once in a blue moon... susah sebenarnya nak jumpa running event kat Kulim. So bila dah ada, kita cuba untuk support la. Yang specialnya, masa mula-mula tahu pasal event ni terus hati tu rasa berbunga-bunga ja nak join. Sebab apa??

M. E. D. A. L.

Ya, hanya kerana medal. Kalau nak tahu, medal untuk event ni created by Medal Depot. And, saya memang suka design by Medal Depot ni. Special dan unik. So, memang nak join lah kan. Siap ajak kawan-kawan Ha'pening Crewz join sekali bagi ramai.

Ada dua kategori iaitu 10km dan 5km. Mulanya plan nak join 10km sebab nak merasa trek Air Terjun Junjong tapi bila check route, tak ada trail. Hanya guna route Jalan Junjong terus ke Air Terjun Junjong dan patah balik ke SK Junjong. Makanya, saya join 5km dah la. Start dari sekolah dan Finishing line kat Air Terjun Junjong tu. Balik semula ke SK Junjong kita naik bas yang disediakan... lagi best kan! First time naik bas sambil melambai2 kat kawan-kawan 10km yang berlari ke Finishing Line. :D

Kat tempat event juga ada pelbagai pameran dari Agensi Kerajaan. Sempat jugalah saya ronda kat booth-booth yang disediakan. Collect macam-macam souvenir yang ada sebagai kenangan. Apa pun, event yang simple tapi we all semua happy sebab dapat medal cantik.



Jom kita berlari lagi.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.

Much💗,

No comments:

Post a Comment