Pages

Wednesday, 11 July 2018

Syurga Buku Terpakai Bazar Chowrasta Penang.

Teks: As Samsudin
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syurga Buku Terpakai.

Siapa pernah berkunjung ke Kedai Buku Second Hand di Bazar Chowrasta Penang? Syurga buku terpakai kan? Kedai ini terletak di Tingkat 2 Bazar Chowrasta. Naik ja tangga ke tingkat atas, anda akan nampak beribu-ribu buah buku terpakai bersusun-susun bertingkat-tingkat sehingga memenuhi ruang laluan di depan kedai.

Punya la banyak sampai tak tahu nak pilih macamana!



Tapi kalau anda pencinta buku, setakat lepak dua tiga jam di sini untuk membelek buku-buku yang ada  bukan satu masalah kan. Walaupun panas sehingga memercik peluh namun terasa sejuk di dalam. Cewahhh.... nak habaq betapa ralitnya kalau dapat belek buku-buku kat sini.

Yelah, bukan sahaja novel dan buku-buku popular malah buku-buku yang jarang ditemui dan sudah tiada di pasaran pun kadang kala ada kat sini. Sebab tu memang kena ambil masa untuk belek satu-persatu.

So, kepada sesiapa yang nak cari buku-buku terpakai yang 'rare' bolehlah berkunjung ke sini. Bukan sahaja boleh dapatkan dengan harga yang murah malah kalau kena gaya dapat buku free lagi. Kena pandai bodek tuan punya kedai lah kan. Janji borong dulu, baru boleh minta buku free. Hokeeh ^_^

Selamat berkunjung ke sini ya.

Much💗,

2 comments:

  1. Tak sampai lagi sini.. Cuma boleh masuk kan dalam tempat yang ingin dipergi je.. huhuhu.. hopefully one day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat cuti2 Penang ni... banyak tempat2 best kat sini...

      Delete