Pages

Wednesday, 3 March 2021

Hargai Sahabat Selagi Ada

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sahabat...

Biar jauh di mata, biar lama tidak bersua, seorang sahabat tetap setia di hati menemani saat suka dan duka. Bersyukurlah andai kita dikurniakan seorang sahabat yang mampu menerima segala kekurangan dan kelebihan kita.

Tak pernah gaduh ke?

Kalau tak pernah gaduh tu bukan sahabat namanya. Hehe... Gaduh bukan bererti bertumbuk atau tarik rambut segala, gaduh ni lebih kepada berbeza pendapat dan merajuk manja-manja gitu.

Dulu zaman sekolah sahabat saya Zue dan Yati. Zaman belajar kat universiti, Zue masih setia di sisi, Yati pula akan berjumpa setiap kali raya. Dan sekarang, persahabatan kami masih tetap utuh seperti dulu. Pertemuan setahun sekali setiap kali raya.

Dan sejak pandemik, jumpa kat media sosial saja. Jadi lah kan...

Ini nama pena kami bertiga.

AsZueriYati

Hahaha...

Jumpa lagi.

6 comments:

  1. last jumpa sahabat baik, selepas spm tahun 2011 rasanya.. sampai sekarang tak dapat jumpa lagi huhu jumpa di social media jak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau berpeluang jumpa balik seronok gak tu kan... mesti masing-masing banyak cerita yang nak dikongsikan dan nak imbas balik cerita-cerita lama...

      Delete
  2. Betul tu, zaman pandemik sekarang hanya mampu video call or whatsapp je. Nak jumpa tu memang susah sebab masing masing dah duduk jauh jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sahabat zaman sekolah kena tunggu reunion saja la... itu pun kalau ada rezeki boleh berjumpa. Kalau dah merantau jauh memang susah kan...

      Delete
  3. selalunya ,sahabat ni, kalau boleh tiap hari nak gdo hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa single selalu berjumpa memang ada saja nak gaduh, tapi bila dah ada family ni dia kurang sikit... hehehe

      Delete