Pages

Monday, 7 June 2021

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2021

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


6 Jun 2021
Selamat Hari Pustakawan Malaysia

Selamat Hari Pustakawan saya ucapkan kepada semua Pustakawan di seluruh negara terutamanya kepada guru-guru penasihat Perpustakaan dan adik-adik pustakawan SMK Serdang Kedah. Tema pada tahun ini ialah "Memajukan Bangsa."

Peranan Pustakawan bukan setakat menjaga buku-buku malah mereka sebenarnya menghadapi cabaran yang lebih luas dan perlu sentiasa bersedia menghadapi norma baru demi memajukan bangsa dan tanahair tercinta.

Saya dan perpustakaan berpisah tiada. Istilah ini sangat besar ertinya. Perpustakaan adalah jiwa saya. Tiada perpustakaan terasa kosong jiwa. Saya pasti ramai yang tahu tentang perpustakaan mini di rumah saya. Bukan sahaja untuk bacaan sendiri dan keluarga, malah suatu ketika dahulu ianya dibuka untuk masyarakat setempat.

Walaupun konsepnya secara sewa, namun ia mendapat sambutan yang amat baik daripada rakan sekerja, kawan-kawan dan kawasan kejiranan. Tapi kini sudah lama ia tidak beroperasi. Kekangan masa adalah penyebabnya. Namun hasrat untuk membuka kembali perpustakaan mini ini tidak berkubur begitu sahaja. 

Dahulunya, perpustakaan mini saya ini dikenali sebagai D'Rauna Gallery. Kemudian bertukar nama kepada Book Station. Dan kini, saya memasang impian untuk perpustakaan mini yang baru. InsyaAllah ada rezeki saya nak ubahsuai bahagian depan rumah saya. Nak buat satu bilik untuk perpustakaan. Nama baru pun dah ada iaitu Run & Read Studio.

Kenapa Run & Read Studio?

Sebab As dan Run & Read berpisah tiada. Cewah.... Bilik satu saja, sebelah kita buat bahagian untuk buku, sebelah lagi untuk cerita larian saya. Doakan semoga impian saya untuk membuka kembali perpustakaan mini berjalan lancar ya. 

Okeylah, jom saya kongsikan perpustakaan mini saya yang sering bertukar wajah ini. Bila tengok balik rasa kelakar pula. Tapi inilah kenangan kan :)








Jumpa lagi.

12 comments:

  1. respect la kat As, rajin gila simpan buku2 lama ye..
    Kat rumah k ret, dah x larat nak simpan buku2 , kebanyakkan mmg dah sedekah kat org... hehehe lg plak dah lama rasanya x membaca..nak baca novel pun amek masa jgk ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh, sayang giler kat buku-buku ni... Memang jaga elok, kadang-kadang siap balut (kalau mai mood rajin la)...
      Tapi betul la, As pun sama amik masa jugak nak membaca. Tahun ni target bacaan kat goodreads pun masih ke laut... hihi

      Delete
  2. Kawanmu mai sini...hehehe. Doakan kite kembali menulis no.

    ReplyDelete
  3. Rindu nak pergi library. Tapi apakan daya waktu PKP ni. 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. As pun dulu selalu juga pergi library awam kat Kulim dan Seberang Jaya. Nanti habis PKP boleh la kita singgah library balik kan...

      Delete
  4. Banyaknya koleksi buku As. Semoga tercapai impian As, untuk buka kembali mini library. :)

    ReplyDelete
  5. Wah kemas jer semua tersusun! Rajin As :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kalau nak compare dengan dulu nampaknya sekarang ni paling kemas tersusun. Dah pandai sebab selalu belek dekorasi perpustakaan idaman. Hehehe...

      Delete
  6. wah, banyak sekali koleksinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dulu selalu beli buku cuma sekarang ni dah slow sikit :)

      Delete