Pages

Tuesday, 20 July 2021

[2016] #9 Taiping Raintown Half Marathon

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Taiping Raintown Half Marathon
28 Ogos 2016
Padang Esplanade Taiping Perak
10KM
Timing 01:29:57
 

Kali ni As dan Lina join event di Taiping Perak. Apa yang bestnya sebelum lari, kita pergi jalan-jalan cari makan dulu. Sempat la pi try Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Bukan mee udang saja, nasi goreng udang, cucur udang dan cucur sotong Pak Uteh semua kita balun.



Untuk event ni macam biasa, As join 10km saja. Lina pula haruslah 21km. Nak dijadikan cerita, memang nasib As tidak begitu baik. Sepanjang larian perut As punya la meragam. Nak singgah tandas tapi bayang pun tak jumpa.

Kebetulan masa tu kawasan berbukit. Rumah-rumah di sepanjang jalan pula nampaknya macam rumah orang have-have saja. Tak kan nak pi tekan loceng kata nak pinjam tandas kot. Satgi depa pun tak berani nak buka. Haha...

Jadi meranalah saya sepanjang larian. Sekejap lari, sekejap jalan. Terasa seksa sangat nak habiskan 10km. Sampai saja finishing line, terus beratur ambil medal dan terus pecut cari tandas. Hahaha...



Sebab tulah timing saya 01:29:57. Jalan banyak sangat...


Selesai semua, macam biasa saya kena tunggu Lina sampai. Bila Lina dah sampai baru kami ronda semua booth yang ada dan menikmati makanan yang disediakan. Laksa dan nasi lemak memang sedap sangat la. 


Malamnya kami berdua sempat pi pekena Taiping Yong Tau Foo yang popular kat belakang bomba tu. Memang kali ni betul-betul runeating la.


Sebelum balik sempat lagi kami pi ronda Taman Tasik taiping



Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

10 comments:

  1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha Fairus. Maaz Zahir Batin ya.

      Stay safe.

      Delete
  2. Hebat As. sakit perut boleh lari lagi. kalau saya surrender dah. elok pulak lepas tu sambung food hunting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sakit, As jalan. Dah hilang sakit As lari balik... Sampai finishing line tu terus p settle urusan. Tu yang boleh makan macam-macam tu... hehehe

      Delete
  3. tak sempat join larian macam ni... tak tahu bila nak merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dalam setahun dua lagi ni baru nak open macam dulu balik...

      Delete
  4. bestnya masuk marathon... teringin nak join tapi bila dh ada anjuran mesti x join kenapa tah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best su tapi tak tau la bila pulak boleh merasa macam ni...

      Kalau pertama kali nak try, boleh register hot event dulu. Cari mood dulu. Sebab event macam tu mesti best dan happening. Nanti dah try sekali mesti nak lagi...

      Delete
  5. Seronoknya zaman bebas berlari ni. Sempat JJCM sebelum berlari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok. Lain event lain ceritanya...

      Delete