Pages

Friday, 17 February 2023

Selamat Hari Jadi, Ayah!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


14 Februari 
Selamat Hari Jadi, Ayah!

Alhamdulillah, menginjak setahun lagi, usia ayah genap 82 tahun pada tahun ini. Masya-Allah Tabarakallah.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjalanan hidup ayah. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. 

Semoga ayah sentiasa tenang dan gembira menjalani hari-hari mendatang, dunia dan akhirat.

Tahun ini kita belum berpeluang untuk meneruskan tradisi pot luck sempena hari lahir ayah. Insya-Allah, nanti kita berkumpul ya. Biar lambat asalkan tetap meraikan.

Kami sayang ayah!


Teringat buku Legasi Abah yang saya hadiahkan buat ayah. Kisah dan gambar ayah terpampang di dalam karya kecil saya.

Tajuknya, `Dia, Lelaki Luar Biasa'.



Ada yang sudah baca karya saya?

Jumpa lagi.

2 comments:

  1. Happy Belated Birthday Uncle. Semoga panjang umur murah rezeki ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin yarabbal alamin. Terima kasih Nabilah.

      Delete