Pages

Wednesday 19 April 2023

Prawn Butter Salted Egg

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam 28 Ramadan.

Setiap kali Ramadan memang tak risau nak masak apa. Saya memang jenis tak beria. Setiap hari masak satu jenis lauk saja. Makan dengan nasi putih, dah cukup!

Kalau nak tambah pun, telur mata.

Ringkas.

Siapa yang sama macam saya?

Jom saya belanja resipi  Prawn Butter Salted Egg. Kalau tak suka udang, tukar je dengan ayam atau ketam.

Makan dengan nasi panas. Boleh lajak sampai dua pinggan. Tapi jangan sampai terlajak solat maghrib sudah!

Okey ini resipinya:

Udang
Kunyit dan garam
Bawang putih (dipotong dadu)
Cili padi merah (dipotong bulat)
Daun kari
Butter
Susu cair
Telur masin (telur kuning sahaja)
Perasa secukupnya. 


Cara membuatnya:
  1. Gaul udang dengan kunyit dan garam.  Goreng dan toskan.
  2. Cairkan butter. Tumis bawang putih, cili padi merah dan daun kari sehingga kekuningan.
  3. Masukkan telur masin yang sudah dilenyek. Masak seketika. Kemudian masukkan susu cair secukupnya. 
  4. Masukkan udang. Gaul sebati.
  5. Letak perasa secukupnya. Saya letak sedikit sahaja sebab telur masin dah cukup rasa. Masak hingga sedikit kering. Siap.




* Saya guna kunyit hidup. Tumbuk kunyit hidup dan gaul dengan udang. Kalau tak ada kunyit hidup guna serbuk kunyit pun boleh.
* Telur masin tu saya campur dengan sedikit telur masin putih.

Mudah sahaja kan. Bahan pun senang nak dapat. Jangan lupa cuba resipi saya. 

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment