Pages

Thursday, 22 May 2014

Khasiat Vitamin Pedivit

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekadar nak berkongsi cerita, Sudah hampir seminggu saya mengalami pening kepala yang amat teruk. Terasa pening berpusing-pusing sehingga merembeskan air mata. Walaupun dah sakit macam tu saya masih tak berminat untuk berjumpa doktor. Bukan takut tapi biasalah... degil sikit saja;) Alkisahnya nak dijadikan cerita, sakit tak tertahan sangat saya pun keluar juga la pergi klinik. Setelah habis diperiksa oleh seorang Doktor Hensem, saya pun diberi pelbagai jenis ubat. Sesampai sahaja di rumah, ubat tadi cuma menjadi penghuni setia meja makan saya. Saya terus masuk tidur dan terlena sehingga ke pagi.

Keesokannya, pening masih terasa namun saya tetap bersiap seperti biasa untuk ke tempat kerja. Ketika ingin meminum segelas air, mata terpandangkan plastik ubat tersebut. Saya terus mencapainya dan memasukkan ke dalam beg. Sebelum pergi sarapan di kafe pejabat, saya teringatkan ubat tadi. Saya mengambilnya dan membelek seketika. Mujur saya membeleknya kerana sudah ditanda dengan jelas bahawa pengambilannya adalah sebelum makan. Jadi saya pun mengambil 3 biji untuk 3 jenis ubat yang berlainan. Walaupun ada yang perlu diambil 2 biji sekali makan, saya cuma mengambilnya sebiji. Bukan takut yer, tapi saya tak suka makan ubat! Titik. Waa... pengakuan berani mati ni. Hehe...

Ketika sedang elok bekerja, tiba-tiba hati terkenangkan ubat tersebut. Entah ubat apalah yang saya makan. Saya pun tak pasti. Jadi saya pun mengambil dan membeleknya satu-persatu. Ada tiga jenis ubat; pertamanya ubat pening. Ubat ni kecil sahaja jadi, memang senang nak telan. Keduanya ubat angin, kena kunyah yer kawan-kawan. Jangan ditelan begitu sahaja nanti lekat kat kerongkong. Ubat ni besar la, sebesar duit syiling 5sen. Rasanya manis-manis kelat. Eee... tak suka la. Lepas kunyah tu rasa macam ada serpihan sikit. Saya terus minum air dan telan. Senang sikit :D

Dan yang ketiga ialah vitamin. Amboi Doktor Hensem... bagi saya vitamin. Ni mesti dia ingat saya tak cukup vitamin ni. Vitamin ni besar tau, sebesar jari kelingking saya cuma taklah sepanjang jari. Memang seksa nak telan. Haha... Belek punya belek tiba-tiba saya terpandangkan tulisan pada ubat tersebut. Ada perkataan yang dicop cantik pada kapsul ubat tu. P.E.D.I.V.I.T. Hmm... vitamin apa pulak ni. Maklumlah... dulu tak belajar sains farmasi sebab tu tak tahu pasal ubat.

Jadi, saya dengan terujanya dan tak puas hatinya meminta bantuan Encik Google. Google punya google inilah yang saya jumpa. Jadi , nak share buat anda semua pasal vitamin Pedivit ni.

PEDIVIT FORTE Capsules
Sumber: http://unimed.com.my/?p=105
Category
Multi Vitamins / Vital minerals / Health Supplement
Composition
Each brown colour soft gelatin capsules contains:Vitamin A USP (As Palmitate)………………..…2000I.U
Vitamin B-1 BP………………………………………1mg
Vitamin B-2 BP…………………………….……….1mg
Vitamin B-6 BP……………………………………1.34mg
Niacinamide BP…………………………………….
Calsium Pantothenate USP……………………….1mg
Vitamin B-12 BP……………………………………1mcg
Ascorbic Acid BP………………………………….33.3mg
Cholecalciferol USP……………………………….270 I.U
Calsium (from Dicalcium Phosphate BP)………..190mg
Phosphorous (from Dicalcium Phosphate BP)….140mg
Iron (From Ferrous Sulphate BP)…………………5mg
Copper (From Ferrous Sulphate BP)…………0.01mg
Iodine (From Potassium Iodide BP)………….0.0015mg
Magnesium (From Magnesium Sulphate BP)……1.0mg
Manganese (From Manganese Iodide BP)…….0.01mg
Potassium (From Potassium Iodide BP)………….1mg
Zinc (From Zinc sulphate BP)……………………0.15mg
Indications
Restore High energy levels,To improve body metabolism, build
body resistance, Healthy maintanence & functioning of nerve cells,
heart cells,muscles and bones.
Promote normal growth & development of RBCs
Helps cope with stress, reduces fatigue and enhance work efficiency
Packing
500’s
Manufacturer

Unique Pharmaceuticals
Reg No: MAL19913338X
Okey, saya bagi rumusan sikit. Vitamin Pedivit ni adalah multivitamin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (MAL 19913338X). Jadi tak perlu ragu-ragu yer. Ia terdiri daripada pelbagai vitamin dan mineral. Sebenarnya, ia telah lama bertapak di negara kita tetapi mungkin ramai yang tidak tahu. Saya salah seorang daripadanya :) Ia boleh didapati di sesetengah farmasi. Yang penting ianya tiada dadah atau bahan beracun. 


Kekurangan zat dan mineral menyebabkan badan kita cepat merasa letih dan tidak bertenaga. Jadi, untuk memastikan kita sentiasa sihat, cergas dan bertenaga, pengambilan vitamin Pedivit amat membantu. Di bawah ini saya senaraikan peranan vitamin Pedivit.
  1. Mengembalikan tahap tenaga yang tinggi
  2. Meningkatkan kadar metabolisme badan
  3. Membina rintangan badan
  4. Menyelenggara fungsi sel-sel saraf, sel-sel jantung, otot-otot dan tulang
  5. Menggalakkan pertumbuhan normal dan pembangunan RBCs
  6. Membantu menangani tekanan (stress)
  7. Mengurangkan keletihan
  8. Meningkatkan kecekapan kerja
Sekian sahaja untuk kali ini, semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Jom Cantik & Sihat,

101 comments:

  1. Replies
    1. Saudara boleh cuba cari kat farmasi. Sesetengah farmasi ada jual vitamin ni.

      Delete
    2. klw ibu yg berpantang dan masih menyusukan anak.. Blh ke makan ubat ini

      Delete
    3. Wawa... boleh rujuk kat doktor ya...

      Delete
  2. saya pun doktor ada bagi beberapa bulan lepas, tapi ragu-ragu nak makan sebab tak pasti gel kapsul tu macam dari gelatine.
    ada sesapa tahu gelatine kapsul tu dari sumber halal ke tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau was-was memang tak boleh makan...kena check betul-betul ni...
      kan...

      Delete
  3. Saya juga doktor ada bagi pil ni. Doktor Melayu, so takde la was-was nak makan.

    ReplyDelete
  4. multi vitamin ni dapat bantu pening?Saya pun asik pening dan doctor kasi ubat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la kot sebab saya pun jumpa doc sebab pening kepala... then doc kasi ubat ni... memang saya makan sampai habis la..

      Delete
    2. Pening dah improve lepas habis pil ni?

      Delete
    3. Saya makan sampai habis bila saya baca info tentang khasiat vitamin ni. Kira bukan semata-mata sebab pening. Tapi biasalah, pening ni ada banyak sebab so kadang-kadang bila dah stress pening la balik kepala tu. Tapi tak adalah saya nak pi cari vitamin ni lagi.... sebab saya tak pi klinik. Kalau saya pi klinik kemungkinan besar dapat vitamin ni lagi la kot. Kan...

      Delete
    4. Ok thank you..Minum tea dan kopi pun salah satu sebab menyebabkan pening..,kalo boleh control sikit.:P

      Delete
  5. salam..sesuai ke ibu mengandung amik ubat ni? perlu ke amik asid folic lg?

    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      Saya tak pasti la... kena tanya doc tu... lagipun time mengandung tak boleh simply ambik ubat tanpa rujuk doc... kan...
      Tapi asid folic memang penting untuk ibu mengandung... :)

      Delete
    2. wanita mengandung tidak boleh. Gadis remaja pun tidak boleh. Itu yg di beritahu oleh si penjual.

      Delete
    3. sepatutnya macam tu la kan....

      Delete
  6. Assalam..halal ke vitamin ni?? Cuma nk tahu dalam kandungannya ada bahan2 yg haram x??

    ReplyDelete
  7. Asslamualaikum. Sy just nk share kpd pembaca. Ubat ni tak boleh digunakn kpd bdk bawah umur 19 yg masih belum berkahwin dan ibu mengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih atas info...

      Delete
    2. Kenapa tak boleh? Ada side effects ke?

      Delete
  8. Saya belum berkahwin...tpi bole tk teruskan mkn ubat ni..???dh tiap hari mkn ubat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik...npe makan tiap2 hari ek? Kena rujuk kat Doc ni...

      Delete
  9. Alhamdulillah dh sebulan consume pedivit ni dn saya cergas dn focus compare dulu. Ni multivitamin so blh continuous ambik je ...sy dpt info pedivit dr pharmacist..highly recommended utk wanita bekerja.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Sebaiknya sebelum ambil kena dapatkan nasihat Doc. Mcm saya Doc yg bagi ubat ni...

      Delete
  11. kat johor bahru kat mana ada jual ubat pevidit nih

    ReplyDelete
  12. kat johor bahru semua farmasi x jual product nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohyeke... try google lha kot kat mna ada jual...

      Delete
  13. sy baru dpt ubat ni.sy kerap sakit dada n kepala.n doc kata sy stress n dia nk buat cek up utk jantung sy yg pam laju.tp sy xmkn ubat ni sbb terasa selera makan bertambah pulak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oyaka... hihi... nanti bertambah berat badan lak kan... :D

      Delete
  14. This is a good post. This post gives truly quality information. I’m definitely going to look into it. Really very useful tips are provided here. Thank you so much. Keep up the good works. acetyl supplier online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your blog is very nice thank you for this wonderful Collection I like very much for this gift Pakistan

      Delete
  15. Perdifit forte untuk anjing lah. Buat vitamin utk haiwan.

    ReplyDelete
  16. lelaki bujang jangan makan ubat ni...lelaki berumur 40tahun keatas digalakkan ...

    ReplyDelete
  17. Sgt berinformasi. Sy pun ada masalah yg sama & doktor prescribed pedivit. One of d reasons is sy ada iron deficiency ... Sy xperlu beli 2 supplements yg brbeza... Memadai ambil pedivit sbb iron & folic acid dah ada dlm kandungan..

    ReplyDelete
  18. Sgt berinformasi. Sy pun mengalami masalah yg sama. Pening sampai nk pitam, sakit kepala & short breath... Doktor prescribed sy pedivit. Good thing is sy xperlu beli 2 supplements yg brbeza sbb pedivit dah ada iron & folic acid sekali. If beli kt klinik harga dlm rm30 utk 30 biji for 1 month supply...

    ReplyDelete
  19. Hari ni baru try pedivit ni. Kurang selera masa iftar. Dah 2 bulan di serang gastrik teruk & pening. Hari2 telan ubat gastrik & ubat pening. Harap lepas ambik pedivit ni, kedaan kesihatan semakin baik skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow that good to know me too have a gastric doctor give me this medecine too now almost a week using this

      Delete
  20. Betul ke this vit dicipta utk haiwan?? mcm mana nak tahu kesahihan nya..sbb sy pon mkn dh vit ni..doktor yg rekemen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk haiwan? Cuba google tgk... sya pon tak pasti. Saya pon panel doktor yg bagi..

      Delete
  21. Assalamualaikum
    Minta sapo tahu, berapam biji sehari makan pedivit ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      Boleh refer doktor ya...

      Delete
  22. Saya dah google...nampaknya pedivit ni adalah multivitamin intended utk kita manusia. Takkan lah doc nk bagi something utk haiwan pulakkan. Tapi kalau ada yg bag pd haiwan sy tak taulah...afterall apa yg baik utk kita blh jadi baikbutk haiwan jugakkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nama pon multivitamin kan... mmg baik untuk semua la kan...

      Delete
    2. Panadol pun blh bg kat ayam atau kucing. Jdi pedivit ne xdk masalah utk haiwan

      Delete
  23. Terima kasih utk info
    moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  24. Tq infonya. Sy pengguna pedivit. Berbaloi sebiji sehari utk kecergasan mengharungi harian hidup dgn harga yg berpatutan berbanding multivitamin jenama lain. Saya pengidap sakit kepala.

    ReplyDelete
  25. Replies
    1. Sila rujuk Doc ya.. Anyway terima kasih berkunjung ke sini :)

      Delete
  26. Cara makan..berapa biji sehari dan belum makan atau lepas makan

    ReplyDelete
  27. Pil ni kunyah ke telan..sbb sy telan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau larut dalam air boleh kan sebab saya jenis tak boleh telan

      Delete
    2. Means kena pecahkan lah? Saya pun tak pasti kalau pecahkan jadi macam mana....

      Delete
  28. Wahh 2 tahunn ya awak punya blig spit ni masih active.. Hihi actually sy pun igt nk try.. Hmmm tq info 4 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan...masih active sampai hari ni... Alhamdulillah...

      Delete
    2. vitamin ni sesuai tak untuk remaja?

      Delete
    3. Masa nak beli tu boleh tanya pharmacyst tu....

      Delete
  29. Lupa tanya sesuai kn utk laki n perempuan

    ReplyDelete
  30. Saya dah lama amal siap beli yg besar 500 biji dlm botol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...banyaknya beli... Semoga pengambilannya berdasarkan rujukan Doc ya..

      Delete
  31. Hari ini saya pun dpt pedivit. Setiap kali period saya sakit kepala. Mmg tak leh bincang. Mula tu risau gak nak mkn, pas belek2 saya pun telan pil sakit kepala, pil utk angin dan pedivit. Alhamdulillah rasa ringan. Nak tau gak pedivit ni apa... Tu yg terjumpa jodoh blog ni. Terima kasih byk2 atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  32. Adakah efek samping dari ubat/vitamin ni kalau konsumsi setiap hari dalam masa jangka panjang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far saya tak ada masalah apa... Sebaiknya cik refer doktor ya...

      Delete
  33. Saya baru dapat percuma pil pedivit ni dari seorang hamba allah.
    terimakaseh sangat.

    ReplyDelete
  34. vitamin ni boleh naikkan berat bdn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab naik berat badan tu saya memang tak pasti, boleh rujuk pihak farmasi atau doc yer...

      Delete
  35. Majikan bagi free utk Semua pekerja. Tq dgn sharing nya.

    ReplyDelete
  36. Boleh simpan dalam peti sejuk tak pedivit ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish, tak pasti la. Biasanya ubat kita mmg simpan dalam peti sejuk kan.. hehe..

      Delete
  37. Replies
    1. mungkin ada kawan-kawan boleh tolong jawab...

      Delete
  38. Great article Lot's of information to Read...Great Man Keep Posting and update to People..Thanks
    Grace Kinstler Weight Loss

    ReplyDelete
  39. Saya gunakan sebiji sehari /2 hari. Badan cergas dan bertenaga. Tak perlu makan banyak nasi. Dah lebih 10 tahun saya amalkan. Rasanya ok. Biasanya berlari 4km nonstop. Umur 57.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tahniah. Semoga terus kekal bertenaga dan sihat sejahtera. Teruskan berlari ya :)

      Delete
  40. Great blog article! I think you really nailed it. There’s no greater fear than fear of the unknown. wowimprints

    ReplyDelete
  41. I have been looking for this kind of post for the last many days. Thanks for sharing it with us. This is a really great post wowimprints

    ReplyDelete