Pages

Friday, 23 July 2021

Menu Di Hari Raya Haji PKP

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahun 2021 kita semua berhari raya haji di rumah sendiri saja bersama keluarga seisi rumah. Bagi mereka yang tinggal bersama keluarga besar memang beruntung sangatlah kan. Boleh raya ramai-ramai penuh satu rumah. Memang meriah la...

Tapi bagi mereka yang punya keluarga kecil, berdua atau bertiga seisi rumah, sambutlah kami dengan penuh kesayuan. Nasib baiklah tahu juga masak juadah raya. Boleh juga hidang di pagi raya. 

Nasib baik lagi kan. Hehehe...

Inilah juadah di hari raya haji As dan Aliff. Makan berdua saja jadi tak perlu masak banyak-banyak. Cukuplah ada ketupat, rendang dan nasi himpit. Sebab tanpa ketupat dan rendang, tak rasa macam hari raya. Kuih-muih pula cukuplah dua tiga jenis sahaja.

Simple saja kan... :)

Nasi himpit rebus segera Nona. Rebus sendiri saja.

Rendang Cili Padi resipi nenek. Nanti As kongsi resipi ya :)

Ketupat Mak Jang, jiran depan rumah.

Jumpa lagi.

26 comments:

  1. Wowww rendang cili padi.. Dgr oun dh menarik.. Pedas2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sedap dan pedas. Rendang ni memang senang sangat nak buat. Tak banyak bahan.

      Tak macam rendang daging yang As selalu buat macam rendang tok tu... macam-macam kena bubuh...

      Delete
  2. Sedapnya rendang tu. Pedas2 memang terangkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap... makan dengan nasi putih pun boleh...

      Delete
  3. Kecur liur terbayang rendang cili padi. Rajin buat kuih raya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang masak sendiri. Kuih As beli jer....

      Delete
  4. thn ni abe kie buat korban. cuma keghairahan nak makan daging x semeriah dulu sbb perlu jaga kesihatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tak apa abe kie, kesihatan lebih penting...

      Delete
  5. Sedapnyaaa nasi himpit dan ketupat! Lama tak makan. Terbayang bayang kepedasan rendang cili api tuuu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... nasi himpit dan ketupat, dua-dua makan dengan rendang. Settle... hihihi

      Delete
  6. kalau kat kedah wajiblah kena ada ketupat palas time hari raya. selamat hari raya As :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ketupat daun palas kena ada.
      Selamat hari raya juga buat Tiara :)

      Delete
  7. suka tgk rendang mcm tu mkn mesti bertambah😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang macam tu sedap kan, pekat bersalut... hihi

      Delete
  8. Alhamdulillah, sedap nampak hidangan raya As dan suami. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur dapat juga makan juadah raya.

      Delete
  9. Sedapnya ketupat.. Tahun ni takde ketupat, kami buat nasi impit saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi himpit kuah kacang pun sedap dah tu. As rebus nasi himpit, tapi tak buat kuah kacang. Makan jer dengan rendang daging tu...

      Delete
  10. waalaikumussalam. menu raya masak sendiri makan sendiri kita semua sebab PKP kan. harapnya tahun depan boleh la ziarah ahli keluarga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sama-sama kita berdoa semoga kehidupan kita kembali bebas seperti dulu...

      Delete
  11. Macam menarik tengok rendang tu! Mesti sedap, makan boleh bertambah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang yang simple. Nanti as kongsikan resipi ya :)

      Delete