Pages

Monday, 30 June 2014

Kasih Yang Kudamba - Bab 2

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google




[BAB 2]

Zakuan melihat jam di dinding. Sudah pukul 6:30 minit petang. Dia teringatkan janjinya untuk makan malam bersama ibu kesayangannya di rumah. Zakuan pantas mengemas meja kerjanya. Dia harus segera beredar. Tiba-tiba dia rasa rindu dengan masakan ibunya. Sedang dia berjalan melintasi ruang pejabatnya, dia terdengar bunyi ketukan papan kekunci. Dia cuba mengintai, dilihatnya Emylia sedang kusyuk menaip sesuatu. Matanya terpandangkan fail-fail yang setia di sisi. Zakuan tersenyum panjang, tercuit dengan kepatuhan Emylia. Dia meneruskan langkahnya dengan senyap. Tidak mahu Emylia sedar akan kehadirannya.

Kurang dari 30minit, Zakuan sudah pun memasuki pagar biru rumah ibunya. Aroma Ikan Patin Masak Tempoyak kegemarannya menerobos memasuki rongga hidungnya. “Assalamualaikum, Ibu.” Zakuan terus ke dapur mencari ibunya. Matanya tertancap pada periuk yang setia di atas dapur. Zakuan membuka tudung. Dia berkira-kira untuk menyudu sedikit masakan tersebut.

“Zakuan.” Panggilan lembut Puan Zakiah membantutkan hasratnya. Zakuan berpaling. Dia menyalami tangan ibunya sambil tunduk mengucup penuh kasih. “Buat apa tu?“ Soal ibunya penuh curiga. “Mana ada apa-apa ibu. Zakuan cuma nak tengok, dah siap ke belum masakan ibu ni.” Zakuan tersengih memandang ibunya. Puan Zakiah cuma menggeleng-gelengkan kepala. Masak benar dia dengan perangai anak terunanya itu. “Sudahlah tu. Pergi mandi dulu. Lepas solat baru kita makan sama-sama.”

Zakuan beredar ke biliknya. Dia merebahkan badannya sebentar, melonggarkan urat-urat yang seharian bekerja keras. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping potret yang indah menghiasi ruang kamarnya. Zakuan lantas mencapai potret tersebut. Dia merenung indah mata bundar itu. Mata yang menyimpan seribu satu duka lara. Pandangannya bertukar menjadi sayu. Dia membawa potret itu ke dadanya.

“Zakuan.” Panggilan Puan Zakiah mengejutkannya. Cepat-cepat dia menyorok potret tersebut di bawah bantal. “Sekejap ibu. Nanti Zakuan turun.” Zakuan terus berlari ke bilik air. Selesai solat, dia terus turun ke bawah. Kelihatan Puan Zakiah sabar menantinya di meja makan.

“Maaflah ibu. Zakuan berdoa panjang tadi.” Helah Zakuan. “Oh, berdoa panjang rupanya. Ibu ingat anak ibu ni dah kenyang merenung gambar buah hati.” Zakuan terbatuk-batuk kecil. “Ibu dah tahu?” Dia pantas bertanya. Puan Zakiah tidak menjawab soalan Zakuan. Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan mereka berdua. “ Ibu...” Zakuan kaget dengan kedinginan ibunya.

“Doa cepat. Ibu dah lapar ni.” Balas Puan Zakiah. Sengaja membiarkan Zakuan dengan teka-tekinya. Bukan dia tidak tahu akan kehadiran gadis manis yang telah mencuri hati anaknya namun dia tidak mahu terlalu mendesak. Lambat laun Zakuan pasti akan bercerita. Biarlah. Masanya pasti tiba.

Usai makan malam, Zakuan terus naik ke bilik. Dia harus tidur secukupnya memandangkan ada mesyuarat penting esok pagi. Tiba-tiba dia teringatkan Emylia. “Mudah-mudahan siaplah laporan yang aku minta tu.” Zakuan berdoa dalam hati. Minda separa sedarnya mula mengambil alih. Bayangan wajah Emylia semakin lama semakin kabur. Akhirnya Zakuan terlena.

BERSAMBUNG.


Friday, 27 June 2014

Kan Kuada Untukmu Selalu... IBU

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Puisi ini adalah hasil nukilan saya dan ia bakal dimuatkan dalam cerpen Kasih Yang Kudamba. Cerpen ini adalah tugasan penulisan yang diberikan oleh Mentor saya Puan Mazlia Murat.

Selamat menghayatinya.

Ibu...
Biar seribu kepayahan mendatang
Biar sejuta ujian silih bertandang
Tiada apa yang mampu menghalang
Kau tetap menghayun langkahmu seorang

Ibu...
Dalam senyummu kau sembunyikan lelahmu
Dalam keceriaanmu kau sorokkan dukamu
Dalam tidurmu kau mimpikan azammu
Dalam langkahmu kau temukan harapan baru

Ibu...
Bukan intan permata yang kau harapkan
Bukan wang berjuta yang kau idamkan
Bukan juga mengharap namamu dijulang
Tapi kejayaan yang bakal anakmu genggam

Ibu...
Kaulah ratu syurga hatiku
Penawar segala kesedihan di kalbu
Kan kusayang dirimu selalu
Hingga ke akhir detik nafasku

Ibu...
Di hari yang penuh bermakna ini
Kupanjatkan doa setulus hati
Dengan limpahan kasih sejati
Semoga Dia sentiasa merahmati

Selamat Hari Lahir Ibu...
Kan ku ada untukmu selalu...
As Samsudin
27 Jun 2014
Jam1245

JLL/APM Employee Day 2014

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tiba-tiba sahaja teringat kenangan minggu lepas. Pada 21 Jun 2014 yang lalu, saya menghadiri Employee Day yang dianjurkan oleh syarikat tempat saya bekerja. Employee Day ini lebih kepada team building, diadakan di Park Royal Hotel, Batu Feringgi Penang. Seawal 7am, kami bertolak dari Kulim menaiki bas persiaran. Saya ikut naik bas sebab malas nak bawa kereta. Lagi pun kemudahan dah disediakan, jadi tidak baik membazir. Betul kan?

Kami tiba di Park Royal pada pukul 8:30am. Selepas urusan pendaftaran, kami dijamu dengan menu sarapan pagi yang mengenyangkan. Saya makan nasi goreng bersama udang goreng tepung, kuih-muih pun ada. Memang cukup untuk memberi tenaga.

Selepas itu kami diberi penerangan serba ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh fasilitator yang terlibat. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan warna t-shirt. Ada kumpulan kuning, merah, hijau dan oreng. Saya dapat kumpulan kuning. Tapi tak kisahlah kumpulan apa pun, yang penting semuanya ingin bergembira.

Semua aktiviti dijalankan di kawasan taman dan tepi pantai. Ada empat permainan yang telah diatur oleh pihak Park Royal dan kami dikehendaki menyertai keempat-empat permainan tersebut. Setiap permainan memerlukan 7-8 orang bagi satu-satu kumpulan. Permainan pertama ialah Elektrik Fans. Tali diikat ke kira dan kanan menjadi blok-blok kecil. Kami dikehendaki masuk melalui blok tersebut tanpa menyentuh tali. Kalau tersentuh maksudnya terkena kejatan elektriklah. Hehe... boleh gitu...!

Permainan kedua ialah memasukkan air ke dalam gelung yang mempunyai lubang-lubang kecil. Gelung tu dah ditebuk lubang, jadi masing-masing kena tutup lubang-lubang tersebut dengan jari untuk mengelakkan air keluar. Lubang tu banyak tau jadi masing-masing kena tutup dua tiga lubang. Ada yang tak cukup tangan nak tutup sebab jari pendek. Tutup lubang sini, jari tak sampai nak tutup lubang yang kat sana. Jenuh jugalah nak bagi penuh gelung tu. Memang habis basah semua. Kelakar pun ada.

Permainan ketiga ni memang popular. Rasa-rasanya semua team building pun buat permainan ini iaitu lari, pusing dan lari dalam guni. Kalau kita berada di baris yang ke tiga, kita dikehendaki pusing tiga kali, kemudian teruskan larian ke guni, lari dalam guni pula. Memang pening kepala pusing banyak kali. Sapa yang kena dulu memang untung la sebab tak perlu pusing banyak kali. Yang kesian orang yang belakang lah. Dah la pening kepala pusing kat kayu tu, silap-silap cari guni pun tak jumpa. Hehe...

Dan permainan yang keempat ialah memasukkan air ke dalam baldi. Air yang paling banyak akan menang. Kita hanya diberi satu baldi kecil dan 2 utas tali. Ada satu baldi besar diletakkan di tengah-tengah di dalam garisan. Semasa hendak memasukkan air ke dalam baldi besar, kita tidak boleh masuk ke dalam garisan atau melepasi garisan. Memang boleh tahan jauh juga baldi besar tu dari garisan. Jadi kita perlu gunakan kebijaksanaan kita untuk memasukkan air dari baldi kecil ke baldi besar. Kira best jugalah permainan ni.

Setelah selesai semuanya, sesi bergambar pula mengambil alih. Yelah, masing-masing sibuk jadi inilah masanya dapat bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Selepas itu ada sesi cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan memang best. Ada LCD 40", air cond, samsung tab, smartphone, camera canon, mountain bike, dan juga voucher tesco bernilai RM200, RM100 dan RM50. Memang bertuah sungguh siapa yang dapat tu.

Akhirnya, selesai sudah team building pada hari itu. Sebelum pulang kami makan tengah hari secara bufet di Park Royal cafe. Makan puas-puas sebab sedap sangat. Kami bertolak pulang tepat jam 1:30pm.

Apa-apapun, terima kasih untuk mereka yang bertungkus-lumus menjayakan Employee Day ini.
Terima Kasih JLL. Terima Kasih APM.




Thursday, 26 June 2014

Kasih Yang Kudamba - Bab 1

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Latihan Penulisan: Tulis babak berdasarkan potongan ayat
[BAB 1]

“Siapa awak nak arah-arah saya?” Jerit Emylia sambil menghempaskan fail-fail ke meja Zakuan. Habis jatuh berterabur semua fail-fail itu. Malah kertas kerja yang sedang elok dibelek oleh Zakuan terpelanting ke lantai. Zakuan mengurut dada. Terkejut dengan reaksi di luar kawalan Emylia. “Hmm, nampaknya angin puting beliung dah melanda.” Zakuan bermonolog sendiri. Dia melihat Emylia bagaikan singa yang ingin menerkam mangsanya. Matanya bulat memandang Zakuan.

“Hey, you tak dengar ke apa I cakap? Atau you sememangnya dah pekak?” Jerkah Emylia. Dia menjadi bebal melihat tingkah Zakuan yang acuh tak acuh itu. Darah panas menyerbu ke mukanya yang putih melepak bagaikan anak dara tionghua. Emylia semakin bebal apabila Zakuan tidak mengendahkannya. Tangannya pantas mengambil sebatang pen dan melontarkannya tepat ke dahi Zakuan.

“Ouch,” Zakuan memegang dahinya. Fikirannya serta-merta kembali ke alam nyata. Retina matanya bertaut dengan sorotan mata Emylia. Panah menikam terus ke lubuk hatinya. Zakuan mendapat kekuatan, dia bangun menghampiri Emylia. Semakin lama, semakin dekat.

Emylia terkasima. Haruman Dunhill Blue mengingatkannya pada seseorang. Ah, tak mungkin dia! Emylia mengusir andaian yang bertandang. Dia lantas menjauh. Zakuan berdehem beberapa kali, membetulkan urat kerongkongnya.

“Emylia Hanna Tan Sri Ahmad Hamley.” Zakuan menyebut yakin nama penuh Emylia. Sebaris nama yang sering menghiasi mimpi-mimpinya. Emylia gugup. Terasa indah sekali di pendengarannya. Namun dia tidak membiarkan dirinya tewas dengan mainan Zakuan. Dia yakin, Zakuan pasti ingin memanipulasinya.

“Awak sedar tak awak sedang bercakap dengan siapa? Saya ketua awak. Dan sekarang saya arahkan awak untuk siapkan laporan yang saya minta. Saya tak mahu tahu bagaimana, apa yang saya mahu laporan itu siap di atas meja saya esok tepat pukul 9 pagi.” Emylia terkejut. Dia tidak menyangka Zakuan berani memarahinya. Dia melihat Zakuan memulas tombol pintu lantas bayangnya menjauh.

Emylia menahan rasa. Geram apabila lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Zakuan. “Dan lagi satu...” Emylia mengurut dada. Terkejut dengan kemunculan semula Zakuan. “Kutip semua fail-fail itu. Dan kemas balik meja saya!” Zakuan bersuara tegas.

Emylia semakin berang. Hey, dia ingat aku ni makcik cleaner ke apa. Tak boleh jadi ni. Emylia terus menghadang laluan Zakuan. Dia menolak tubuh Zakuan ke tepi. “Encik Zakuan, awak dengar sini baik-baik. Ya, awak ketua saya. Tapi awak jangan ingat awak ketua, awak boleh senang-senang nak arah saya. Ingat sikit, awak cuma makan gaji jer kat sini. Gaji awak pun papa saya yang bayar tau. Dan... rasanya awak tak lupa... nama saya Emylia Hanna Tan Sri Ahmad Hamley!”

Emylia berjalan keluar penuh gaya. Dia merasa puas. Hah, ambik kau Zakuan. Jangan ingat senang-senang kau nak buli aku. Emylia melabuhkan duduk. Cubicle kecil yang menempatkan dirinya dipandang sepi. Apalah malangnya nasib dia, sudahlah hanya diberi jawatan ciput di syarikat papanya, duduk pula di ruang pejabat yang jauh tersorok ke belakang sebaris dengan kerani bawahan, dan sekarang... dilonggokkan pula dengan kertas kerja yang memeningkan kepala. Ada ke patut Zakuan suruh aku menelaah semua fail-fail tu. Dia ingat aku nak ambik periksa ke apa. Emylia menggerutu dalam hati.

Emylia merupakan anak tunggal Tan Sri Hamley, pewaris Hamley Holding. Namun entah di mana silapnya, dia hanya diberikan jawatan sebagai pembantu. Papanya mahu dia belajar dari bawah, kenali semua pekerja dan kuasai selok belok perniagaan dahulu. Satu alasan yang tidak boleh diterima akal warasnya. Apa gunanya belajar sampai luar negara jika hanya nak jadi pembantu. Setakat SPM pun dah cukup. Emylia mendengus keras.

“Maaf Cik Emylia, Encik Zakuan minta saya serahkan semua fail-fail ini kepada Cik Emylia.” Azrin, setiausaha Encik Zakuan melemparkan senyum manis menampakkan lesung pipitnya. Emylia membulatkan mata. “Ini fail-failnya. Encik Zakuan pesan nakkan laporan itu esok pagi.” Belum sempat Emylia berkata, Azrin sudah pun menghilangkan diri. Ah, bos dan setiausaha sama sahaja. Dua-dua pun tak sedar diri. Emylia menahan hiba. Dia mencapai fail yang tertulis perkataan SULIT. Dia menyelak-nyelak halaman, meneroka isi kandungan, lantas menghidupkan komputer ribanya. Tangannya laju menaip. “Jaga kau Zakuan, ada ubi ada batas, esok juga aku balas!”

BERSAMBUNG...


[Kasih Yang Kudamba - Bab 2]
[Kasih Yang Kudamba - Bab 3]
[Kasih Yang Kudamba - Bab 4]
[Kasih Yang Kudamba - Bab 5]

Friday, 13 June 2014

Tempat-tempat Menarik Di Sabah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabah, Negeri Di Bawah Bayu sememangnya terkenal dengan khazanah alam semulajadi dan keindahan flora dan fauna. Ia merupakan destinasi percutian yang terbaik buat seisi keluarga kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.

Hari ini saya ingin berkongsi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Sabah terutamanya di kawasan Kota Kinabalu, Kundasang, Tamparuli dan Ranau. Jom kita tengok.

  1. Signal Hill Observatory Tower
  2. Atkinson Clock Tower
  3. Menara Tun Mustapha
  4. KK Esplanade
  5. Pasar Filipina
  6. Jesselton Point Waterfront
  7. Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Gaya
  8. Tunku Abdul Rahman Park
  9. Pasar Kraftangan
  10. Pasar Malam Kampung Air
  11. Gaya Street (Sunday Market)
  12. Muzium Sabah
  13. Lok Kawi Wildlife Park
  14. Mesilau Park
  15. Kipandi Butterfly Park
  16. Mari-Mari Culture Village
  17. Pantai Tanjung Aru
  18. Rumah Terbalik
  19. Kinabalu National Park
  20. Mount Kinabalu
  21. Pekan Nabalu
  22. Kundasang War Memorial
  23. Desa Dairy Cattle Farm
  24. Jambatan Tamparuli
  25. Poring Hot Spring
  26. Sabah Tea Plantation
  27. Tagal Sungai Moroli



 










Antara artikel berkaitan:
Cuti-cuti Sabah - Itinerary 4H3M
Bercuti Ke Sabah - Kota Kinabalu
Bercuti Ke Sabah - Pulau Sapi, Manukan & Mamutik
Bercuti Ke Sabah - Kundasang & Ranau

Syoknya Bercuti ^_^

Tuesday, 10 June 2014

Cuti-cuti Sabah - Itinerary 4H3M

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan jadual perjalanan saya bercuti ke Sabah untuk 4H3M. Itinerary ni saya buat sendiri, sekadar untuk perkongsian dan memberi sedikit panduan kepada pembaca semua. Lagipun ramai yang minta itinerary ini, jadi saya harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan dan memberi sedikit gambaran awal kepada mereka yang ingin bercuti ke Sabah.

Suka diingatkan bahawa percutian ini lebih kepada backpackers. Saya bertolak dari Penang pada pukul 10:05am dan tiba di Kota Kinabalu (KK) pada pukul 12:55pm. Okey, jom kita tengok jadual perjalanan saya.

Hari Pertama
  • 1pm - Tiba di KK Airport. Makan tengah hari di airport.
  • 2pm - Gerak ke hotel (cab - RM30)
  • Check in Hii-5 Hotel (RM88/day)
  • 3pm - KK City Tour (cab - RM50)
    • Atkinson Clock Tower
    • Signal Hill Observatory Tower (Bukit Bendera KK)
    • Handicraft Centre KK
    • Pasar Filipina
  • 9pm - Dinner makanan laut kat Pasar Filipina
  • 11pm - Balik hotel (cab - RM15)

Hari ke-2
  • 8am - Gerak ke Jesselton Point jetty untuk aktiviti island hopping (cab - RM15)
    • Beli tiket untuk 3 buah pulau (RM50), snorkeling (RM10) dan parasailing (RM70)
    • Sementara tunggu bot, beli makanan di gerai yang terdapat di jetty.
  • 9am - Gerak ke Pulau Sapi > aktiviti snorkeling
  • 10am - Gerak untuk aktiviti parasailing
  • 11am - Gerak ke Pulau Manukan > aktiviti snorkeling
  • 2pm - Gerak ke Pulau Mamutik > aktiviti snorkeling
  • 4pm - Gerak balik menuju ke Jesselton Point jetty
  • Balik ke hotel (cab - RM15)
  • 6.30pm - Ambil kereta sewa (Myvi RM100/hari)
  • 8pm - Gerak ke Hard Rock Cafe KK (souvenir shop)
  • 9pm - Makan malam di Anjung Senja Restaurant
  • 11pm - Balik hotel

Hari ke - 3
  • 7.30am - Gerak ke Kundasang
  • 10am - Melawat Kinabalu National Park (RM3)
  • 10.30 - Singgah Pekan Nabalu untuk aktiviti shopping
  • 12pm - Melawat Kundasang War Memorial
  • 12.30pm - Makan tengah hari
  • 2pm - Melawat Desa Dairy Cattle Farm Mesilau (RM4)
  • 4pm - Gerak ke Poring Hot Spring Ranau
  • 6.30pm - Check in Kinabalu Pine Resort (RM230/day)

Hari ke-4
  • 6.30am - Menikmati keindahan Gunung Kinabalu
  • 7.30am - Sarapan di hotel
  • 8.30am - Gerak ke KK
  • 10am - Melawat Rumah Terbalik(RM10)
  • 11.30 - Makan tengah hari di Mango Garden Restaurant
  • 1pm - Singgah Jambatan Tamparuli
  • 1.30pm - Gerak terus ke KK
  • 2.30pm - Shopping kat Jamilah Jewellery
  • 3.30pm - Shopping kat Pasar Filipina dan makan
  • 6.00pm - Gerak ke airport, hantar kereta
  • 7.50pm - Terbang ke Penang
P/S: Hari pertama tu saya tak sewa kereta, ambil cab saja. Hari kedua sehingga balik, sewa myvi. Ambil di hotel dan pulangkan masa di airport.

Tips:

  1. Anda boleh juga menyewa kereta pada hari pertama, mengambilnya sebaik sahaja tiba di KK Airport, lebih memudahkan pergerakan.
  2. Oleh sebab kami tiba di KK waktu tengah hari, lebih baik tinggal di KK dahulu. Sekiranya terus gerak menuju ke Kundasang, masa perjalanan adalah panjang (2j++) dan bila tiba di Kundasang sudah lewat. Banyak tempat menarik sudah tutup. Masa akan terbuang begitu sahaja.
  3. Gerak ke Kundasang di awal pagi, seeloknya jam 7am.
  4. Desa Dairy Cattle Farm - perah susu pukul 3pm. Jadi rancang masa anda sebaiknya.
  5. Poring Hot Spring - ada banyak aktiviti menarik yang boleh diikuti. Pastikan sampai awal kerana kebanyakan aktiviti tamat pada pukul 4pm.
  6. Perjalanan yang jauh dari satu tempat ke satu tempat dan waktu operasi yang terhad menyebabkan banyak tempat tidak dapat dilawati. Jadi, untuk kepuasan yang maksimum, bercutilah 5D4M dan ke atas kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sabah. Anda pasti gembira.

Antara artikel berkaitan:
Tempat-tempat Menarik Di Sabah
Bercuti Ke Sabah - Kota Kinabalu
Bercuti Ke Sabah - Pulau Sapi, Manukan & Mamutik
Bercuti Ke Sabah - Kundasang & Ranau


Syoknya Bercuti ^_^

Tuesday, 3 June 2014

Produk Jus Walit Ginseng dan Walit Stevia keluaran DNA Global

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook & dnaglobal2u.com
Sumber: http://dnaglobal2u.com


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang keajaiban jus Walit Ginseng dan Walit Stevia keluaran DNA Global. Jus ini dibuat daripada sarang burung Walit yang berkualiti tinggi. Ia boleh diambil oleh pelbagai peringkat umur. Jus ini telah terbukti keberkesanannya dalam merawat pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, asma, buasir dan sebagainya. Di sini saya kongsikan testimoni daripada website DNA Global itu sendiri. Untuk maklumat lanjut bolehlah rujuk link di bawah.



Di bawah ini saya kongsikan khasiat Walit Ginseng dan Walit Stevia.


GINSENG RAJA SEGALA HERBA
  • menghindari masalah jantung
  • menghindari kencing manis dan batu karang
  • mengatasi penyakit anemia, rematik dan hati
  • mengatasi stress, menopouse, keletihan dan strok ringan
  • meningkatkan tenaga dan masalah lemah batin
  • melambatkan proses penuaan
  • meningkatkan pengeluaran sel darah merah


STEVIA PEMANIS SEMULAJADI
  • mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh
  • menurunkan tekanan darah
  • membantu masalah insomnia
  • mengawal berat badan dan obesiti
  • melawaskan pembuangan air kecil & besar
  • meningkatkan tenaga
  • membantu sistem penghadaman
  • mencantikkan kulit dan awet muda
EKSTRAK WALIT
  • menguatkan urat dan tulang
  • memulihkan sistem pernafasan dan paru-paru
  • melancarkan peredaran darah
  • meningkatkan daya metabolisma
  • memperbaiki saluran pencernaan
  • menguatkan daya serap nutrisi
  • agen pemutihan kulit
Tiada guna harta berjuta jika tiada kesihatan yang baik. InsyaAllah, jus ini mampu mengembalikan kesihatan dan kecergasan anda sekeluarga. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah hubungi saya seperti talian di bawah.

SMS / Whatsapp / Viber - 018-4044132

Jom Cantik & Sihat.