Foto: Carian Google
[BAB 3]
Zakuan
menarik nafas lega. Pembentangan laporan prestasi syarikat berjalan lancar. Tan
Sri Hamley dan semua ahli lembaga pengarah memuji-muji kewibawaannya. Zakuan
tersenyum senang. Matanya melilau mencari kelibat Emylia. Dia ingin berterima
kasih kepada Emylia. Laporan yang disediakannya amat kemas dan terperinci.
Padat dan tepat. Benar-benar di luar jangkaannya.
Zakuan
melihat cube Emylia kosong tidak berpenghuni. Mejanya kemas
dan teratur. “Dia cuti ke hari ni?” Zakuan hairan. Dia kembali menapak ke biliknya.
Interkom ditekan. Suara lembut Azrin menerjah gegendang telinganya. “Emylia tak
masuk kerja hari ini?” Zakuan terus menyoal. “Dia ambil cuti kecemasan setengah
hari. Petang baru dia masuk. Encik Zakuan nak pesan apa-apa?” Azrin dedikasi
dengan tugasnya . “Oh, tak apa Azrin. Terima kasih.”
Zakuan
menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia merasa nyaman. Tiba-tiba matanya
terpandangkan cahaya berkelip-kelip di skrin komputernya, isyarat dari Yahoo
Messenger, menandakan ada mesej yang belum dibaca. Tangannya pantas
menekan butang open. “Hanna!” Sebaris nama terpacul dari bibirnya.
“Dihantar 10 minit yang lalu.” Zakuan menepuk dahi. Hanna menghantar mesej
ketika dia sibuk mencari Emylia. Zakuan menaip sesuatu lalu menekan
butang reply. Dia sabar menunggu, mengharap status Hanna akan
bertukar menjadi online. Namun hampir 15 minit berlalu, Hanna tetap
sepi.
Dengan
hampa, dia menutup skrin komputer.Perutnya sudah mula berkeroncong lagu Justin
Bieber. Telefon bimbitnya dicapai. Dia berkira-kira untuk makan tengahari di
Restoran Inai yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabatnya. Pasti hari
ini ada Asam Pedas Ikan Pari. Zakuan tersenyum, memikirkan sahaja sudah cukup
membuatkannya terliur. Langkahnya dipercepat.
“Assalamualaikum
Zakuan. Awal kamu hari ini.” Puan Suraya pemilik Restoran Inai menyapanya.
Wanita pertengahan abad yang ayu berbaju kurung pahang sudah dianggap seperti
ibunya sendiri. Hubungan mereka amat rapat, persis ibu dan anak. Manakan tidak,
boleh dikatakan hampir setiap hari Zakuan menikmati makan tengaharinya di situ.
Masakan Puan Suraya amat menepati seleranya. Sesedap masakan ibunya.
“Waalaikumsalam.
Macamana tak awal Umi. Bau asam pedas Umi sampai kat atas tu.” Balas Zakuan
sambil memuncungkan mulutnya. Puan Suraya tergelak kecil. “Ada-ada ajelah kamu
ni Zakuan. Ha, tu dia asam pedas kesukaan kamu tu. Kamu makanlah dulu. Umi ada
kerja nak buat ni.” Zakuan menghantar Puan Suraya dengan senyuman mesra.
Sedang
asyik menikmati hidangan tengahari, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Azrin
di wall i-phone miliknya. “Yes Azrin. Anything?” Zakuan menghentikan suapannya.
“Maafkan saya mengganggu. Ada barang untuk Encik Zakuan dari Flower Jewellery.
Katanya, barang ini perlu diterima oleh Encik Zakuan sendiri.” Zakuan berfikir
sejenak, cuba mengingati kembali kalau-kalau dia ada memesan sesuatu. “Oh ya
Azrin, biar saya bercakap dengannya.” Pinta Zakuan setelah mindanya mengimbas
sesuatu.
Setelah
memberi kebenaran kepada Azrin untuk menerima bagi pihaknya, Zakuan pantas
menghabiskan hidangan tengaharinya. Dia tersenyum sendiri mengenangkan hadiah
yang telah ditempah khas buat ibunya sempena hari lahir yang ke lima puluh
lima. Esok adalah hari lahir Puan Zakiah. Dia telah berpakat dengan adiknya
untuk mengadakan satu majlis buat ibu mereka. Pastinya hadiah itu akan menjadi
kejutan yang amat bermakna. Zakuan tersenyum bahagia. Tak sabar untuk melihat
reaksi ibunya esok.
Usai
makan tengahari, Zakuan terus menuju ke pejabatnya. Dia tercari-cari bungkusan
hadiah ibunya di atas meja Azrin namun hampa. Dia menapak ke biliknya dan
melihat ada sebuah bungkusan di situ. “Pasti itu hadiahnya,” desis Zakuan.
Zakuan lantas membuka kotak tersebut. Demi terpandangkan sahaja kilauannya yang
memukau mata, dia tersenyum kecil. Sedang dia cuba untuk menyimpan bungkusan
tersebut ke dalam beg, pintu biliknya diketuk. Terjengul kepala Azrin
menghentikan gerak tangannya. “Dah lewat sepuluh minit untuk mesyuarat ni,
semua orang dah tunggu.” Zakuan pantas melihat jamnya. “Alamak, saya langsung
tak sedar.” Zakuan meletakkan kembali bungkusan hadiah tersebut di atas meja.
Dia mencapai diari dan bergegas mengekori Azrin.
Ketika
itu juga, Emylia berjalan lenggang-lenggok memasuki ruang pejabatnya. Ketika
melintasi bilik Zakuan, hatinya bagaikan terpanggil untuk mengintai bilik
ketuanya itu. Sedang dia mengintai-intai, tiba-tiba matanya tertancap pada
bungkusan beg kecil yang indah dihiasi reben yang terletak di hujung meja
Zakuan. Hadiah apa pula tu? Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam dadanya.
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, setelah memastikan tidak ada sesiapa yang
melihatnya, Emylia pantas menyelinap ke dalam bilik sederhana besar itu.
Beg
kecil itu dibuka,. Dilihatnya sebuah kotak comel dihiasi reben merah. Emylia
tersenyum sumbing. Akal jahatnya menguasai minda. “Ya, inilah masanya yang aku
tunggu-tunggu, saat untuk membalas dendam. Padan muka kau Zakuan. Pasti hadiah
ini untuk orang yang begitu istimewa. Nasib kaulah, kan aku dah kata, ada ubi
ada batas hari ini aku pasti balas.” Emylia tersengih gembira.
BERSAMBUNG.
very interesting.. what will happen next? don't let your readers wait too long.. (^_^)
ReplyDeleteThank you :) Still looking for ideas... maybe you can give me some ;)
Delete