Monday 30 November 2015

The Everly Hotel Putrajaya

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ni saya nak review tentang The Everly Hotel Putrajaya. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di Precint 1 Putrajaya. Yang bestnya hotel ni connected dengan Shopping Mall Alamanda. So memang senang sangatlah kalau nak pergi Alamanda. Jalan kaki jer... Bukan itu saja, hotel ini juga berdekatan dengan Masjid Putrajaya, Tasik Putrajaya dan juga Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.

Kebetulan saya memang ada event kat Alamanda, sebab tu saya check in jer kat hotel ni. Tak perlu risau nak cari teksi ke apa.... memang senang sangat :) Kredit untuk Sis Fiza sebab rekomenkan hotel ni.

Kalau nak cerita pasal harga, The Everly Hotel ni boleh dikira murah kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain. Maklumlah, area Putrajaya kan... susah sikit nak cari hotel budget. Masa saya check in hari tu dalam RM225/night untuk Superior Room. Boleh laa....

Ini permandangan di sekitar hotel. Ada pool, ada tempat relax-relax kat luar... kalau bawa family memang boleh enjoy la...



Port yang paling saya suka semestinyalah yang ini. Siap ambil brochure bawa balik lagi :)


Okay, jom kita cuci mata tengok bilik pula. Bilik yang disediakan memang bersih dan kemas, dekorasi yang menarik serta lengkap dengan pelbagai kemudahan asas. Yang paling saya suka, ada sejadah yang disediakan tergantung di dalam almari. Sama macam kat Seri Pacific Hotel :)






Okay, kalau ada sesiapa yang nak ke Putrajaya, saya memang highly recommended The Everly Hotel. Nak book pun senang saja, boleh book melalui booking.com atau agoda.com atau pun book terus hotel ini di talian 603 8892 2929.

Jom Bercuti :)

Adios!

Sunday 29 November 2015

Andai Ada Ruang Di Hati - As Samsudin

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

P/S: Gambar sekadar hiasan

Andai Ada Ruang Di Hati 

Semusim berlalu…

Aku masih tidak mampu mendamaikan resah di hati
Aku masih tidak bisa menghapus jejak nurani
Kerana di dalam setiap detik nafas ini
Hanya namamu yang terpatri.

Andai bisa kau mengerti
Di setiap desiran angin pagi
Ada rindu yang bertandang di hati
Ada sendu yang mengusik di sanubari
Ada wajah yang terlakar di emosi.

Kau bagaikan lukisan
Yang mewarnai mata hati
Kau bagaikan bayang-bayang
Yang mengekori segenap langkah ini.

Takkan kuturut kata hati
Takkan kuragut bahagia menanti
Aku hanya memberi ruang di hati
Buatmu, buatku andai ada suratan ilahi.

Biar semusim berlalu...
Tetap kutunggu...

As Samsudin
29 November 2015
Jam2310

Saturday 28 November 2015

Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


[Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2015]

Siapakah yang bakal mengisi 4 slot ke separuh akhir Piala Malaysia malam ini?

Harimau Selatan atau The Fighters?
Tok Gajah atau Singa Selatan?
Lang Merah atau The Red Ants?
The Red Giants atau Bujang Senang?

Jom kita saksikan!

All the best guys!!!

Majulah bola sepak negara!!!

Adios!

Friday 27 November 2015

Kehilangan - Firman

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google


Kehilangan by Firman

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi...
Takkan ku sia-siakan kamu lagi...



Adios!

Thursday 26 November 2015

Cafe 87 Kulim Avenue

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nak cari tempat makan best kat Kulim? Apa kata kita try menu yang ada kat Cafe 87 yang terletak di No 14 Persiaran 1, Kulim Avenue. Cafe 87 ni dibuka pada setiap hari bermula jam 11am - 11pm. Memang senang sangat nak cari, ianya berdekatan dengan kedai sukan Al-Ikhsan.


Pertama kali melangkah masuk ke Cafe 87, mata saya dah terpesona dengan dekorasi Cafe 87 ni. Konsep yang ala-ala Vintage ni memang saya suka. Memang simple sangat, tak terlalu penuh atau sarat dengan hiasan namun ada sudut-sudut yang menjadi tarikan.


Menu-menu yang ada kat sini pula lebih kepada menu Arabic. Tapi ada juga Western dan Oriental food. Harga tu macam biasa la, kira harga standard untuk cafe.



Saya pun pertama kali cuba, saya order Mandy Chicken (RM9). Ayam memang sedap cuma nasi keras sikit. Kalau lembut sikit kira perfect la... Kawan saya pula order Fish & Chips (RM8.90).





Okay, kalau ada sesiapa yang nak cuba tempat baru silalah berkunjung ke Cafe 87.

Selamat menjamu selera.

Adios!

Tuesday 24 November 2015

Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2015.

Okay, debaran yang cukup kuat. Malam ni saya pilih Kedah & JDT. Tv ini malam ceq yang punya. Remote harus sentiasa di tangan.

Tahniah buat Kedah sebab berjaya ke Suku Akhir PM musim ini. Walaupun saya peminat tegar Harimau Selatan namun saya tetap memberi sokongan yang padu buat skuad Helang Merah!

Semua team punya misi yang tersendiri. JDT sudah pasti memburu piala ke-4 mereka untuk musim ini.

Apa-apa pun debaran malam ini lebih kepada Tok Gajah. Saya mengharapkan skuad Tok Gajah mampu membenam kemaraan Lions XII. Mereka harus mempertahankan Piala Malaysia di bumi Malaysia!!

All the best guys!!!

Majulah bola sepak negara!!!

Adios!

Friday 20 November 2015

Seminggu Yang Berlalu...

Teks: Masitah Samsudin
Video: Youtube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okay, dah seminggu tak update blog. Very the super duper busy this few days. Letih tu tak payah cakaplah memang teramat letih. Sampaikan mood pun tak berapa elok. Stress!

Oppss... mood I tak elok yer. Jangan datang dekat!

Dalam seminggu yang busy dan stress ni, saya banyak shopping. Shopping kasut, baju, seluar, buku dan macam-macamlah. Terapi kononnya... duit mengalir macam air... okay tak mau fikir pasal duit nanti lagi bertambah stress.

Tadi saya ada kata shopping buku kan. Ya, dah lama tak shopping buku sebenarnya. Ada banyak buku baru keluar tapi saya tak berlumba-lumba untuk beli. Alasannya masih banyak lagi buku baru dan novel baru yang belum dibaca. Malah ada yang masih kemas berbalut.

Sebab itu saya buka mini library. Semua buku dan novel saya dibuka untuk penyewaan. Walaupun buku baru saya belum baca mahupun buku baru yang masih kemas berbalut, semua pun boleh disewa. Sewa murah-murah sahaja... masukkan duit dalam tabung untuk beli novel yang lain pula. Yang penting saya tak mahu nanti dikatakan `Menang Membeli, Kalah Memakai'.

Nanti bila dah free sikit saya update buku-buku baru yang saya beli yer... kali ni buku-buku yang saya beli boleh dikatakan buku-buku `rare'.... Sebabnya, buku-buku ni lain daripada buku-buku yang biasa saya beli... nanti tengoklah...

Okay, cukup dulu untuk kali ini. Jom kita layan instrumental favourite saya daripada filem Dil To Pagal Hai, The Dance Of Envy. Lagu ni saya akan pasang bila saya stress dan menari bersama :)

Okay, Lets Dance!


Adios!

Thursday 12 November 2015

Tips Dari KLIA2 ke Kuala Lumpur

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, saya tak nafikan ramai sebenarnya yang tahu bagaimana hendak ke Kuala Lumpur dari KLIA2 kan. Tapi saya percaya ramai juga yang tidak tahu, tidak pasti dan tidak yakin terutamanya bagi mereka yang jarang ke Kuala Lumpur melalui KLIA2. Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca semua tips dari KLIA2 ke Kuala Lumpur yang pastinya cepat dan selamat.

Untuk pengetahuan semua, tips ni bukan sebarang tips tau. Ia lebih kepada catatan pengalaman saya sendiri sewaktu saya buat pertama kalinya ke Kuala Lumpur melalui KLIA2 secara berseorangan. Sebelum ni, sampai sahaja di airport dah ada orang jemput. Sebab tu tak pernah ambil tahu bagaimana nak pergi ke KL sendiri. Tapi bila kena pergi sendiri, nak tak nak kena beranikan diri jugalah.

Mula-mula memang takut juga, macam-macam perkara terlintas di fikiran. Maklumlah, KLIA2 ni kan ke luas... silap haribulan boleh sesat kat dalam tu. Saya pasti ramai orang kat luar yang sependapat dengan saya kan. Padahal faktanya, ok jer... senang jer pun... hehe.. sebab tu lah saya nak share kat sini :)

Lagi satu saya nak tekankan kat sini bahawa ada banyak cara sebenarnya untuk ke KL tapi saya nak berkongsi pengalaman saya. Jadi sudah semestinyalah saya menggunakan satu cara yang mudah, cepat dan yang paling penting anda pasti sampai dengan selamat.

Haha... saya punya intro panjang berjela. Macam nak buat karangan pula. Biasa la kan... kadang-kadang saya ni memang suka terlebih pemerian... ahaks...

Okeylah, dipendekkan cerita... sampai sahaja kat KLIA2 saya terus menuju ke stesyen ERL. Ambil train ke KL Sentral. Train ni ada dua, anda boleh pilih sama ada nak ambil KLIA Transit atau KLIA Ekspress. Kalau KLIA Transit, ia akan berhenti di beberapa tempat seperti Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya dan Salak Tinggi. Lepas tu baru terus menuju ke KL Sentral. Kalau ambil KLIA Ekspress dia terus jer menuju ke KLIA dan KL Sentral. Kira cepat sikit la sampainya.

Tapi tak kisahlah, dua-dua pun selamat. Cuma kalau nak cepat ke KL Sentral saya nasihatkan terus naik yang ekspress punya. Tup-tup dah pun sampai KL Sentral. Ha mudah kan!

Okay, kat bawah ni saya kongsikan info lanjut tentang KLIA Transit dan KLIA Ekspress. Sumber daripada kakipromo.com. Kredit untuk kakipromo.com sebab info ni sangat jelas buat saya. Sebab tu nak share kat sini :)

KLIA Transit:
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang 38 minit.
  • Perjalanan akan berhenti di beberapa tempat seperti Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya dan Salak Tinggi sebelum ke KLIA dan KLIA2.
  • Juga menawarkan return trip eat dari KLIA at KLIA 2 ke KL Sentral.
  • Harga tiket dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2: RM35 (adult), RM15 (children 2-12) dan free untuk bawah 2 tahun.
Cara Pergi Ke KLIA2 dari KL Sentral (Juga Ke KLIA)
KLIA Ekspres:
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit.
  • Perjalanan one-way sahaja iaitu dari KL Sentral terus ke KLIA dan KLIA2.
  • Tidak menawarkan return trip iaitu perjalanan dari KLIA/KLIA2 ke KL Sentral, cuma dari KL Sentral ke airport sahaja.
  • Harga tiket dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2: RM35 (adult), RM15 (children 2-12) dan free untuk bawah 2 tahun.
Cara Pergi Ke KLIA2 dari KL Sentral (Juga Ke KLIA) atau dari KLIA/KLIA2 ke KL Sentral
Bila dah sampai KL Sentral tu, silalah cari kaunter teksi yer. Ambil teksi di kaunter lebih murah dan selamat. Kalau boleh elakkan ambil teksi yang kat bawah tu sebab takut siapa-siapa pulak yang bawa kita nanti. Kalau beli tiket kat kaunter tu kira teksi memang sedia ada menanti kita. Cuma tunjuk tiket tu sahaja. InysaAllah selamat sampai ke destinasi.

Okay uolls semua... semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi panduan buat anda semua.

Jaga Diri ^_^

Adios!

Wednesday 11 November 2015

Movie Day Out: Polis Evo

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hola ^_^
Hee... nak juga share kat sini...
MDO kali ini saya pergi menonton filem box office Malaysia iaitu Polis Evo. Dah hampir 2 bulan ditayangkan baru saya berkesempatan menonton. Itu pun jenuh cari cinema sebab tayangannya pun dah tak ada. Dalam satu hari ada yang satu tayangan saja. Paling banyak pun 3 tayangan. So jenuh check sebab kebanyakannya clash ngan masa free saya.

Nasib baik Jumaat lepas3.... sempat juga gi terjah TGV cinema kat Perda City Mall. Mall yang tak ada orang tu... dah la tengok start 9:20pm... habis dalam 11:30pm camtu... sunyi sepi memang menakutkan. Alahaiiii....



Tapi tak apa yang penting movie ni seperti yang direviewkan oleh jutaan pencinta filem tempatan... memang BEST GILERS... tak tau nak habaq macam mana... memang terbaik la... kira memang setanding dengan filem aksi luar negara... punch line memang terbaik... mata asyik melekat jer kat skrin.. Memang suka sangat dengan lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik (Al-Fatihah)... dan semua la yang terlibat....

Good job lah team Polis Evo. Saya rasa memang nak kena repeat lagi!! Serius!!!

[Polis Evo]

Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy SamZizan RazakNora Danish, Hushairi Husain, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[3] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.30 juta,[4] memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh The Journey (RM 17.28 juta).

SINOPSIS:
Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_EVO_(filem)

Majulah Filem Malaysia!

Adios!

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Teks: Masitah Samsudin
Foto: kisahemasputih.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015

Adios!

Monday 9 November 2015

Misi Memburu Novel Sara Aisha [2] Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[1] Pembuka Hati
[2] Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu



Okay, novel kedua karya Sara Aisha yang menjadi penghuni rak putih mini library saya dah pun selamat dalam genggaman. Inilah dia novel Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu. Novel ni dari hari tu kat PWTC lagi nak beli tapi tak terbeli. So sekarang ni saya serbu kedai buku Hasani Books Kulim Landmark. Nasib baik ada... Memang rezeki babe...

Spot The Novel
Lokasi: Hasani Books Kulim Landmark
Novel ni nampak gayanya macam best jer sebab ada link-link dengan Thailand. Mesti best kan... dah tu pulak genre dia thriller kot... i like!! So tak yah cakap banyak, Kena cepat baca novel ni. Nanti bila saya dah baca baru saya review dan bagi sinopsis. Hokeeh. Uolls pun beli la novel ni tau. Terjah jer kedai buku yang berdekatan. InsyaAllah ada stok. Okay, sebelum apa-apa pun kena ambil mood dulu... jom kita snap pic novel ni dengan mug Thailand. Hehehe...


Okay, kita jumpa lagi dalam Misi Memburu Novel Sara Aisha [3].

Happy Reading :) 

Adios!