Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hola ^_^
Hee... nak juga share kat sini...
MDO kali ini saya pergi menonton filem box office Malaysia iaitu Polis Evo. Dah hampir 2 bulan ditayangkan baru saya berkesempatan menonton. Itu pun jenuh cari cinema sebab tayangannya pun dah tak ada. Dalam satu hari ada yang satu tayangan saja. Paling banyak pun 3 tayangan. So jenuh check sebab kebanyakannya clash ngan masa free saya.
Nasib baik Jumaat lepas3.... sempat juga gi terjah TGV cinema kat Perda City Mall. Mall yang tak ada orang tu... dah la tengok start 9:20pm... habis dalam 11:30pm camtu... sunyi sepi memang menakutkan. Alahaiiii....
Tapi tak apa yang penting movie ni seperti yang direviewkan oleh jutaan pencinta filem tempatan... memang BEST GILERS... tak tau nak habaq macam mana... memang terbaik la... kira memang setanding dengan filem aksi luar negara... punch line memang terbaik... mata asyik melekat jer kat skrin.. Memang suka sangat dengan lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik (Al-Fatihah)... dan semua la yang terlibat....
Good job lah team Polis Evo. Saya rasa memang nak kena repeat lagi!! Serius!!!
[Polis Evo]
Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[3] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.30 juta,[4] memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh The Journey (RM 17.28 juta).
SINOPSIS:
Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_EVO_(filem)
Majulah Filem Malaysia!
Adios!
No comments:
Post a Comment