Monday, 21 July 2014

Air Asam Istimewa Titi Serong, Parit Buntar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi resepi istimewa yang amat terkenal di tempat kelahiran saya iaitu Titi Serong Parit Buntar Perak. Sememangnya Air Asam ini begitu istimewa. Tapi kami tak panggil air asam tapi ayaq asam. Hehe...

Ayaq asam ni memang best tau. Lain daripada yang lain dan hanya boleh didapati di Parit Buntaq saja. Sapa yang dok sana memang tau la. Kalau pi kenduri kat Parit Buntaq mesti ada ayaq asam ni. Kalau tak dak tu memang bukan Parit Buntaq la.

Ayaq asam ni best untuk cicah ayam masak merah, daging masak hitam, daging masak kurma, daging bakar, ikan bakar dan macam-macam lah. Memang sempoilah...

Okey, jom kita pakat-pakat cuba buat ^_^

Bahan:
  1. Bawang besar, cili merah, buah tomato, air asam jawa, belacan, kerisik, sos tomato, garam, kicap cair.
  2. Sesiapa yang suka pedas boleh tambah cili padi dan sos cili.
Cara:
  1. Satukan air asam jawa, belacan, kerisik, sos tomato, garam dan kicap cair. Kacau hingga rata dan sebati.
  2. Masukkan bawang besar, buah tomato dan cili merah yang telah dihiris nipis.
  3. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.


Selamat Mencuba ^_^

4 comments:

  1. Hai org kampung, masa cikna kawin ritu Pak sedara buat ayaq asam ni alhamdulillah semua suka,mklmla xprnh mkn... Kunci dia kerisik kne sedap.... Jauh cikna import tukang masak tau perak-pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul kerisik kena sedap... belacan pun kena sedap juga....
      Wah, glamer betul ayaq asam perak ni, sampai ke Pahang dah :D

      Delete
  2. saya org pbuntar jugak, asben request nk mkn ayaq asam kenduri, sy search google, jumpa resepi ni,skrg baru tau rahsia ayaq asam power pbntar ni hehehe, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...tq singgah sini. So dah buat ke...? Sedap tak? :D

      Delete