Thursday 26 March 2015

Bila Hati Dah Sayang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni nak mengomel sikit. Ewah... ewah... bila hati dah sayang eh... Hati kita tengah berbunga-bunga ni, sebab itulah entri pun lain macam sikit. Ya, hati dah terpaut! Kata orang mandi tak basah makan tak kenyang tidur pun tak lena. Wakaka...

Terpaut kat siapa? Terpaut pada apa? Ha... biar kita saja yang tahu okey :) Just nak cerita la tentang "bila hati dah sayang". Caption ni sebenarnya very subjective one. Mungkin sayang pada seseorang atau mungkin juga sayang pada sesuatu. Tapi walau apa pun perasaan tu tetap sama. Betul tak?

Okeylah, tak nak mengomel panjang-panjang sangat. Kita tengok gambar-gambar ni sajalah...

BIAR GAMBAR BERBICARA ^_^






Adios!

Wednesday 11 March 2015

International Women's Day 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Happy Women's Day kepada semua wanita tak kira di mana sahaja anda berada. Tak kira siapa anda; seorang ibu, seorang isteri, seorang kakak atau seorang adik... anda adalah lambang kebanggaan seorang lelaki. Kerana di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita di belakangnya!

Ya, wanita sememangnya diiktiraf sehingga ke peringkat dunia. Jika tidak, tak adalah sambutan Hari Wanita Sedunia. Kalau nak compare ngan lelaki... hehehe... tak pernah dengar la pulak Men's Day. Oppss... jangan marah yer lelaki-lelaki itu...

Just nak share sambutan Women's Day kat tempat kerja saya. Tak la celebrate apa pun, just distribute bunga jer... untuk women saje hokeeh...

Tara... ini bunganya... purple hokeeh!!


Sebab saya suka kaler purple, so nak share bunga purple ni pulak. I like!!


Happy Women's Day.

Adios!

Wednesday 4 March 2015

Asam Pedas Daging Istimewa

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Dah lama sebenarnya nak kongsi resipi Asam Pedas Daging ni tapi tak sempat nak tulis. Ini pun curi-curi masa sebab kesian bila fikirkan ramai yang minta resipi ni. Dah janji nak masukkan dalam blog, jadi memang kena tulis juga la. Cuma lambat sikit la...

Sebelum tu saya nak ingatkan di sini yang resipi ni mungkin sama sahaja dengan resipi orang lain. Biasa lah, asam pedas kan.... mesti ramai yang suka dan ramai yang tahu buat. Resipi saya ni sebenarnya simple saja. Step dia pun tak banyak. Memang senang sangat-sangatlah. Sesiapa yang nak cuba resipi saya, boleh cuba yer...:)

Oh, lupa nak habaq. Sebenarnya dulu saya tak pernah masak Asam Pedas sebab mak saya selalu masak Asam Pedas yang rebus tu, yang kuah banyak tu. Sedap memang la sedap... masakan mak kan... tapi saya tak berapa gemar yang rebus ni. Jadi saya memang tak pernah buat la.

Entah kenapa sejak tengok drama adaptasi novel Asam Pedas Untuk Dia, setiap hari terliur tengok Ainin dok masak Asam Pedas untuk Ziyad tu. Terus rasa teringin nak makan. Jadi saya pun apa lagi, terus cuba buat Asam Pedas Daging yang tak banyak kuah ni. Hehe...alkisahnya....

Okey... okey... ngomel terlebih pulak. Jom kita tengok resipi Asam Pedas Daging yang tak banyak kuah ni:)

Bahan-bahan.
  1. 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, halia dan kunyit hidup - semua ni tumbuk sederhana halus. Saya tak suka kisar sekali cili kering. Saya suka tumbuk asing, tumbuk sikit saje tau... Saya suka guna kunyit hidup, sebab ia menyedapkan masakan. Kalau sape nak asam pedas dia sedap cam saya masak, tolong guna kunyit hidup yer... jangan tukar pi guna kunyit segera lak. Hehe...
  2. 30 biji cili kering + 1 biji bawang besar - dikisar halus. Sape tak suka pedas boleh kurangkan cili yer. Tapi nak bagitau kat sini yang 30 biji cili kering tu cun-cun untuk 1/2 kilo daging yer. Memang cukup bersalut... rasanya tak perlu kot kurangkan cili sebab 30 biji ni tak la pedas sangat pun.
  3. Serai dan asam keping - serai tu diketuk yer.
  4. 1/2 kilo daging batang pinang - Guna daging batang pinang sebab lembut sikit. Cepat sikit masak. Hehe... Saya rebus dulu daging tu separuh empuk. Pastu asingkan air rebusan daging tu.
  5. Bunga Kantan dan Bendi
  6. Daun Kesum dan garam secukup rasa





Cara-caranya.
  1. Tumis bahan NO 1 yang telah ditumbuk sederhana halus. Tumis sehingga kekuningan yer.
  2. Masukkan bahan NO 2 iaitu cili kering yang telah dikisar halus. Masak sampai pecah minyak tau. Selagi tak pecah minyak, selagi tu masak sebab kalau tak pecah minyak maksudnya cili tu tak masak. Nanti boleh sakit perut tau. Alahai... berbelit-belit ayat ;P
  3. Pastu masukkan bahan NO 3. Masak sekali cili tu.
  4. Cili pun dah masak kan, jadi kita terus masukkan bahan NO 4 iaitu daging. Kacau rata, pastu masukkan air rebusan daging. Tunggu sehingga daging betul-betul empuk.
  5. Masukkan bahan NO 5 iaitu bunga kantan dan bendi. Masak agak-agak sampai bunga kantan dan bendi tu dah lembut elok.
  6. Masukkan bahan terakhir iaitu daun kesum dan garam secukup rasa. 





Tara... dah siap. Senang saje kan. Lepas tu boleh lah dihidang dengan nasi putih panas-panas.

Selamat mencuba ^_^