Showing posts with label #hidupinikerasbeb. Show all posts
Showing posts with label #hidupinikerasbeb. Show all posts

Wednesday, 9 August 2023

Hidup Ini Keras Beb l 11

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tempat seorang isteri adalah di sisi suami.

Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa mengekori ke mana sahaja suaminya pergi. 

Yang sentiasa menyokong suami yang minat berlari.

Yang selalu memastikan keperluan larian mencukupi.

Yang sentiasa memastikan ada gambar dan video suami ketika sampai ke finishing line dan juga ketika podium (kalau podium la).

Dan yang paling penting, sentiasa memastikan ada gambar berdua.





Goodbye Putrajaya, till we meet again.

Jumpa lagi.

Tuesday, 1 August 2023

Hidup Ini Keras Beb l 10

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Jika kita sedih, mengadulah kepada Allah.

Jika kita gembira dan bahagia, jangan lupakan Allah.

Letaklah Allah pada tempat yang paling tinggi dalam hati kita.

Nak hati sentiasa dekat dengan Allah?

Basahkan lidah dengan zikrullah.

Insya-Allah hidup kita akan tenang dan baik-baik saja.

#hidupinikerasbeb

Jumpa lagi.

Thursday, 15 June 2023

Hidup Ini Keras Beb l 08

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

#akudankamu #Asaliff

#hidupinikerasbeb

Hidup ini sederhana. Lebih baik menjaga apa yang ada di tangan kita daripada sibuk mengejar apa yang ada di tangan orang lain.

Rezeki setiap orang tidak sama. 

Ada yang harta berjuta tetapi tidak bahagia. Masalah bertimpa-timpa.

Ada yang punya anak ramai tetapi nasib mereka (ibu bapa) tidak terbela, hidup terbiar bagaikan sebatang kara.

Ada yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang namun punya keluarga bahagia. Penuh dengan gelak tawa. Makan bersama sedikit seorang sedikit. Sebiji buah boleh dibahagi sama rata.

Anak-anak mendengar kata. Saling sayang-menyayangi sesama mereka. Hormat ibu bapa.

Begitulah lumrah hidup. Harta berjuta bukan jaminan hidup bahagia.

Bersyukurlah seadanya.

Jumpa lagi.

Wednesday, 14 June 2023

Hidup Ini Keras Beb l 07

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


“To fall in love with yourself is the first secret to happiness.” ~ Robert Morley




๐Ÿ‘—Hawa Kurung by HIJABISTAHUB 
๐Ÿงข Shawl by Radiusite 
๐Ÿก Kak Salina & Dr Radzi 
๐Ÿ“ท Aliff Aiman Pakku 

#hidupinikerasbeb

Jumpa lagi.

Thursday, 20 April 2023

Kukur Nyok!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Itah, tolong kukur nyok."

"Malas la ayah, beli santan segar kan senang. Masa pun jimat."

"Bukan susah nak kukur pun. Dah, tak payah cakap banyak. Pi kukur lekaih."

Teringat kenangan sehari sebelum raya. Aku selalu menjadi mangsa ayah untuk mengeruk isi kelapa.

Bukan tak pandai, cuma aku bijak menggunakan kemudahan yang ada. Kan ada santan segar, beli sajalah. Senang!

Mengapa mahu memilih kesusahan jika boleh memilih kesenangan. Kan!

Tapi kata ayah, kukur tu dah banyak berjasa. Dah senang jangan lupakan ia.

Lagipun, stok buah kelapa sentiasa ada. Bila-bila masa sahaja boleh guna.

Eh, kopek buah dan belah pun aku pandai tau. Cuma kadang-kadang belahan tu herot sikit la.

Arwah mak kata,  hati herot la tu! 

Jom pi pasar, nak beli santan untuk masak rendang. 

Tak ada santan tak jadi rendang. Tak ada rendang, tak sempurna raya kita.

Jumpa lagi.

Wednesday, 8 March 2023

Happy International Women's Day

Teks: As Samsudin
Foto: koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


8th March
Happy International Women's Day ๐Ÿ’œ

Embrace Equity
It brings you a resources to become success. So start doing something to be wonderful to yourself and your life.

#happywomensday2023 
#EmbraceEquity 
#womenareamazing

Jumpa lagi.

Wednesday, 8 February 2023

Hidup Ini Keras Beb l 06

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#hidupinikerasbeb

"A smile can mean a thousand words but it can also hide a thousand problems."

Kuatnya seorang wanita ketika dia masih mampu tersenyum di saat hati disakiti.

Masih mampu tersenyum di pagi hari seperti dia tidak menangis semalam.

Masih mampu tersenyum meski hatinya remuk-redam.

Meski hatinya sedang berperang.

Meski ada air mata yang menunggu masa untuk tumpah.

Dan untuk kesekian kalinya, masih mampu meminjamkan bahu untuk orang lain dan menjadi sebab untuk mereka turut tersenyum.

Jumpa lagi.

Saturday, 7 January 2023

Hidup Ini Keras Beb l 05

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#hidupinikerasbeb

Pepatah ada mengatakan, jangan main-main dengan seorang isteri. Jika dia boleh bawa kau terbang tinggi menggapai bintang, dia juga boleh buatkan kau jatuh tersungkur menyembah bumi.

Doa seorang isteri tiada hijab.

Jika kau rasa diri dikhianati dan dianiayai suami, berdoalah.

Kau boleh pilih hendak berdoa untuk kesejahteraan atau kemusnahan. Insya-Allah, Dia akan makbulkan. 

Namun harus diingat, 

Islam menganjurkan kita untuk berdoa yang baik-baik. Bukan hak kita untuk meminta takdir yang tidak baik untuk orang lain.

Kerana Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.

Hidup ini adalah pilihan.

Jadi pilihlah yang terbaik. Berundur atau bertahan.

Orang lain yang dimadukan, aku yang sakit hati.

Esok, 8 Januari adalah hari ulangtahun suamiku. Jangan pandai-pandai nak minta hadiah kahwin lagi satu.

Memang nak kena penyapu!

Jumpa lagi.

Monday, 2 January 2023

Hidup Ini Keras Beb l 04

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lokasi: Ikea Batu Kawan

#hidupinikerasbeb

Jika mengantuk, tidurlah.

Mengapa mesti menahan mata?

Mengapa perlu dipaksa?

Jangan menganiaya diri sendiri. Jangan pula biarkan diri tersiksa.

Sayangilah dirimu. Jika bukan diri sendiri yang sayang, siapa lagi?

Jumpa lagi.

Sunday, 1 January 2023

Selamat Tahun Baharu 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


I'm ready for ❷⓿❷❸
Selamat Tahun Baharu 2023.

CABARAN MULA KISAH HIDUP l MINGGU 1 l Hari ini

Hari ini, 1 Januari 2023.
Langkah pertama kita dalam melakar warna-warni kehidupan untuk perjalanan 365 muka surat.

Semestinya syukur dan gembira.

Gembira bukan sekadar terpancar di wajah.
Gembira hingga mahu melakar lebih banyak sejarah.
Gembira hingga tak ingat 2022 yang lelah.
Gembira hingga tak kisah dunia makin parah.

2022 telah kita tinggalkan. 

Tinggal bukan bermakna melupakan.
Tinggal bukan memadam semua kenangan.
Tinggal demi menggapai lebih banyak impian.
Tinggal demi kejayaan pada masa hadapan.

Selagi masih bernafas selagi itu kita harus melangkah. Teruskan usaha, kejar cita-cita.

Kita bukan boneka!

Jumpa lagi.

Wednesday, 28 December 2022

Hidup Ini Keras Beb l 03

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#hidupinikerasbeb

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang daripada Allah.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di tangan Allah.

Apa yang perlu kau risaukan hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana kau membuat Allah reda kerana sekiranya engkau membuat Allah reda, Dia akan reda padamu. Apabila Dia reda padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan segala keperluanmu.
~ Imam Ibn Qayyim

Syukur, aku ada kamu Ku Aliff Aiman๐Ÿ’“

Jumpa lagi.

Friday, 9 December 2022

Hidup Ini Keras Beb l 02

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



#hidupinikerasbeb

Perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah memulakan langkah pertama.

Berhenti memberi alasan. Mulakan langkah anda.

Jika itu yang anda inginkan, 
jika itu boleh membuat anda gembira, 
anda bebas melakukannya.

Jom esok, Nakawan ULTRA 

Good luck runners. Semoga kita semua sampai dengan selamat.

#thisisnakawan 
#turtlerunner 
#hidupinikerasbeb

Jumpa lagi.

Wednesday, 7 December 2022

Hidup Ini Keras Beb l 01

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#hidupinikerasbeb

Sebaik-baik orang ada buruknya. Seburuk-buruk orang ada baiknya.

Carilah baik orang. Dan carilah buruk sendiri.

Setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangan. Fokuslah pada kelebihan sehingga dapat menutupi kekurangan.

Saya masih ingat pesan kakak angkat saya sewaktu belajar di Universiti Sains Malaysia. Katanya, jika berkecil hati dengan seseorang, ingatlah atau carilah 10 kebaikan yang pernah dia berikan kepada kita.

Jangan fokus kepada satu keburukan sehingga lupa pada 10 kebaikan.

Bagaimana jika tak jumpa 10 kebaikan?

Carilah 10 keburukan kita. Ingat, satu jari menuding kepada seseorang, empat jari lagi menuding kepada diri kita sendiri.

Peace no war :)

Jumpa lagi.

Friday, 2 December 2022

I'm Blessed!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Bahagia dengan cara yang sederhana.
Bersyukur dengan apa yang ada."

#hidupinikerasbeb

Jumpa lagi.

Sunday, 2 October 2022

#kisahasaliff

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#akudankamu

"Pasanganmu adalah rezekimu, pilihanmu dan takdirmu. Maka, jangan memandang mereka yang bukan milikmu dan jangan bandingkannya dengan yang bukan milikmu."
~ Ustadz Dr Syafiq Reza Basalamah

Jumpa lagi.

Monday, 26 September 2022

Ayuh Bangkit!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Wow, pagi-pagi lagi dah dapat hadiah daripada mak Sri Diah Shaharuddin tersayang.
Macam tahu-tahu je anak dia tengah bersedih.

Betullah kata mak, orang yang positif tidak akan terus bersedih. Kuatkan semangat, jalan terus!

Kalau ada seorang yang tak suka kita, ramai lagi yang suka dan sayang pada kita. Tak perlu buang masa merayu. Banyak lagi peluang menanti dan ramai lagi yang lebih menghargai.

Dan ingatlah, jika satu pintu tertutup buat kita, banyak lagi pintu yang masih terbuka. Pilih saja.

Okey, mak dah menceriakan saya. Saya pun nak bagi hadiah juga la. Sedekah pagi kan magnet rezeki. Eh, dah tengah hari la...

Okey je kan. 

Nah, untuk kamu yang masih bersedih. Ketik sini untuk melihat hadiah kamu.


Jumpa lagi.

Friday, 27 August 2021

Sudahkah Anda Mengungkapkan Rasa Sayang Dan Cinta?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali. Jika ada sedikit penyesalan, ia adalah suatu rasa yang mencantikkan perjalanan hidup kita. 

Menangisi penyesalan tidak salah, namun tidak dapat mengubah apa-apa.

Hidup harus diteruskan.

Namun, mahu kehidupan yang bagaimana? Sama seperti sebelum ini? Mahu mengundang penyesalan yang sama kembali?

Kita ada pilihan. Pilihlah mahu kegembiraan atau kedukaan. Dunia sudah semakin tenat, takut-takut masa kita hanya sehingga esok saja.

Buka mata. Lihatlah di sekeliling kita. Siapa yang ada di hadapan mata?

Sudahkah anda mengungkapkan rasa sayang dan cinta? 




#quotebyAs

Jumpa lagi.

Monday, 12 April 2021

Masa Itu Amat Berharga

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Masa itu amatlah berharga. Masa yang telah lalu tidak dapat diputar kembali. Jika kita menyesali masa-masa lalu, ambillah iktibar dan perbaiki diri menjadi yang lebih baik. Hargai segala apa yang ada di depan mata agar perkataan menyesal tidak lagi menjelma di kemudian hari.

Sesungguhnya, peluang kedua bukan selalu ada. Jika kita diberi peluang kedua, bersyukurlah dan hargailah sebaiknya. Kerana jika kita terlepas peluang kedua, janganlah bermimpi untuk berjumpa peluang ketiga.

Tak kan ada.

Menyesal kemudian tiada guna!

Jumpa lagi.

Wednesday, 30 September 2020

K e c e w a

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


K e c e w a .

Mengapa harus ada rasa kecewa? 

Kerana kita adalah manusia biasa yang punya segala rasa dalam jiwa. Namun, jika kita percaya pada Qada' dan Qadar, kita akan faham bahawa kecewa itu cuma sebahagiaan daripada ujian dan dugaan dalam kehidupan. Jadi, hadapilah dengan penuh rasa kesabaran, ketabahan dan kekuatan.

Kecewa yang kita rasa sebenarnya adalah cara Allah mahu menguji kita. Dia mahu melihat sejauhmana kita bergantung pada-Nya. Sejauhmana kita bersabar dengan setiap ujian-Nya. Dan yang lebih penting lagi, adakah kita akan terus kekal dengan-Nya atau berpaling dari-Nya. 

Ingatlah, di setiap kesulitan pasti ada kemudahan. 

Surah Al Insyirah Ayat 6.
ุฅِู†َّ ู…َุนَ ูฑู„ْุนُุณْุฑِ ูŠُุณْุฑًุง

Ertinya: Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

InsyaAllah, bila sampai waktunya semuanya akan berlalu pergi. Bersangka baiklah dengan Allah dan yakin pada-Nya. Janji Allah swt itu pasti.

Jumpa lagi.


Friday, 25 September 2020

Rindu Menyapa Lagi

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rindu menyapa lagi.

Dunia blogger yang telah lama ditinggalkan. Sememangnya masa cukup mengekang namun idea juga kekeringan. Betullah kata orang, bukan mudah untuk mengurus masa, nak buat dua tiga kerja dalam satu masa. Bila fokus dengan benda ni, benda lain terabai. Bukan tak cuba untuk urus masa sebaiknya, buat semua benda sebaiknya, tetapi pada akhirnya diri sendiri yang letih.

Penat tak terkata.

Stress.

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Kemampuan seseorang individu itu tidak sama. Ada benda yang perlu kita genggam erat dan perjuangkan, ada juga benda yang perlu kita lepaskan. Yang penting, kita tahu apa yang kita mahu dan terus perjuangkan segala impian agar kejayaan dapat dikecapi. Jangan biar terkubur begitu sahaja. 

Kuatkan hati, tekadkan azam.

Semoga kita semua terus cekal dan istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

Jumpa lagi.