Monday 29 February 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Alor Setar Di Waktu Malam

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perut pun dah kenyang makan Nasi Lemak Royal Hijau Kuning. Malam masih muda... jadi jom kita pi Ronda-Ronda Malam Di Bandar Alor Setar. Dengar cerita Alor Setar di waktu malam amatlah meriah. Suasana Masjid Zahir dan Bandar Alor Setar di waktu malam amatlah indah dengan lampu yang bergemerlapan. Serinya Subhanallah....

Credit Photo: Jalan-Jalan Cari Makan Kedah
We all park dekat Dataran Alor Setar. Susah betul nak cari parking. Sana sini penuh dan semua orang dah parking berlapis-lapis. Terfikir juga macam mana la nanti nak keluar. Mungkin juga orang Alor Setar baik-baik dan sabar menanti atau pun dia orang tak tarik handbrake kot. Senang nanti tolak jer kereta tu ke tepi. Hahah... entahlah.

Kebetulan masa tu ada event kat Lebuhraya Darul Aman. MUSC Drag Racing Alor Setar Cityrace sebab tu ramai orang lepak kat situ sambil tengok peserta-peserta Drag Racing dok berlatih. Motor yang depa guna memang sempoi baq hang. Kami pun tumpang sekaki pi tengok. Macam tengok orang race motor pulak tapi yang ni halal punya la. Race kereta pun ada...


Saya sempat juga snap beberapa keping gambar Masjid Zahir, Menara Alor Setar, Jam Besar dan beberapa keping gambar lagi. Guna kamera telefon saja sebab tu gambar pun biasa-biasa saja.





Sebelum balik hotel, kami singgah Uptown kat Stadium Darul Aman. Ronda-ronda sampai lenguh kaki tapi sempat juga la grab t-shirt Warrix Biar Jasa Jadi Kenangan selai dua.

Dah, jom balik tidur. Esok kita sambung ke destinasi Ke-8 pula.

Adios!

Saturday 27 February 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih bercuti di Alor Setar. Dah penat melawat Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad dan dah lepaskan lelah kat Hotel Grand Crystal, mula terfikir malam ni nak makan apa yer? Dengar cerita sapa mai Aloq Staq tak sah kalau tak pi pekena Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Apa yang specialnya nasi ni eh? Jom kita pekena noo... sendiri rasa baru tau...


Oh, rupa-rupanya nama ja Nasi Lemak tapi yang sebenarnya ia adalah Nasi Kandar. Tak tau la pasaipa depa panggey lagu tu. Ada banyak cawangan Nasi Lemak Royale kat Alor Setar ni. Kami pi try yang dekat Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Nak habaq pun tak tau sebab kami waze saja. Tapi memang tepi jalan ja. Sesampai saja, mak aii ramainya umat. Beratur punya la panjang. Patut la ramai yang rekomen pi try nasi ni. Jadi kita pun pi beratur sekali la.


Ada banyak lauk-pauk yang semuanya saya rasa sama macam nasi kandar kat Penang tu. Pilih ja nak makan apa. Yang lain dari yang lainnya adalah Nasi Lemak Royale Hijau Kuning ni nasinya berwarna kuning. Nasi memang lembut sangat dan sedap. Makan macam tu saja pun sedap.


Ini menu saya malam tu. Nasi bersama ayam dan bendi. Kuah mau lebih sebab semua orang pun saya tengok dia boh kuah lebih. Bila dah makan rasa silap pulak tak habaq suruh kurangkan kuah sebab kuahnya tu pekat dan rasa sos sangat. Pedas tok sah habaq la. Memang berapi.


Bagi peminat-peminat Nasi Kandar kalau mai Alor Setar jangan lupa pi pekena Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Lepas makan jom kita pi ronda bandar Alor Setar di waktu malam.

Adios!

Friday 26 February 2016

Hotel Grand Crystal Alor Setar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Booking.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hotel Grand Crystal Alor Setar terletak di Jalan Kampung Perak Alor Setar. Hotel bertaraf tiga bintang ini mempunyai 130 buah bilik pelbagai jenis. Harga yang ditawarkan dikira berpatutan juga lah. Tapi rasa macam mahal sikit la... eh eh...


We all book bilik Deluxe Double dan Deluxe Triple. Untuk Deluxe Double harga satu malam RM118 dan untuk Deluxe Triple RM194. Harga ni tak termasuk tax tau. Untuk dua-dua bilik ni tak ada beza pun, saiz sama sahaja cuma bilik air untuk Deluxe Triple menghala ke arah lain. Dan ada bath tab. Itu jer pun. Sebab tu rasa macam mahal...


Kebetulan book dua bilik yang berbeza sebab tu senang nak buat perbandingan. Rasa macam tak berbaloi sikit la. Biliknya sederhana besar dan kebersihan tu biasa-biasa saja. Perabot pun rasanya perabot yang dah berusia. Ada `smell' sikit dalam mini fridge. Macam dah lama tak buka dan cuci. Tapi saya dah inform kat pihak hotel la....


Hari tu masa pilih hotel ni sebab ada pool. Pool dia tak lah besar sangat tapi boleh la untuk budak-budak ni berenang tak ingat dunia. Hehe... Yang paling penting adalah wifi. Wifi kat sini boleh dikira baik dan tak banyak karenah. Boleh la nak layan Youtube 4-5 jam.


Apa-apa pun penilaian masing-masing. Sekadar nak tinggal semalam dua just untuk balik berehat dan tidur boleh juga la. Sebab hotel ni kira strategik dan dekat dengan Menara Alor Setar. Okay, boleh cuci mata tengok bilik hotel ni. Gambar ambil dari booking.com saja. Terima kasih booking.com :)





Adios!

Karnival Karangkraf 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook Kumpulan Media Karangkraf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Karnival Karangkraf 2016 telah pun bermula hari ini, 26 Februari 2016 bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Karnival ini akan berlangsung selama tiga hari sehingga 28 Februari 2016. Pastinya pelbagai acara menarik akan menanti anda, pengunjung-pengunjung setia dan pencinta-pencinta karya terbitan Karangkraf.


Macam biasa diskaun menarik menanti anda. Diskaun sehingga 90 peratus buku-buku dan novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Kat sini buku dan novel serendah RM1 pun ada. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbelanja kat sini. Belanja sedikit tetapi hasilnya banyak. Cewahh, promote sikit. Bukan apa, saya tak berpeluang berkunjung ke sini kali ini. Tapi tetap nak bercerita pasal karnival ni :)

Bukan sahaja boleh beli buku dan novel dengan harga yang murah tetapi juga dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis kesayangan anda. Syoknya dapat jumpa Novelis Murni Aqila, Syaida Ilmuna, A. Darwisy, Batiah Mahadi dan ramai lagi lah. Jangan lupa dapatkan novel terbaru mereka dan bergambar kenangan. Wah, jeles pula ceq!!

Dan semestinya banyak program yang telah diatur oleh pihak Karangkraf untuk anda semua. Nampaknya semua program best-best ni. Boleh tengok info kat bawah ni. Rancang perjalanan anda agar tak terlepas peluang untuk menyertai program-program yang bakal berlangsung.




Pada hari Ahad pula akan berlangsung Majlis Pelancaran Buku Fesyen Hijab Jalanan yang akan dilancarkan oleh Mizz Nina di Pentas Utama Karnival Karangkraf pada jam 12pm - 1pm. Jadi bukan sahaja dapat beli buku, tapi dapat juga jumpa Mizz Nina yang semakin cantik ni. Saya pun teringin nak jumpa Mizz Nina... huhu...


Dan khabarnya ada tarikan terbaru di Karnival Karangkrad 2016 iaitu Galeri 3D Trik Mata Impiana. Di sini pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman di dunia fantasi. Galeri yang bertemakan `fairy tale' ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada pengunjung-pengunjung karnival karangkraf 2016.

Okay, jangan lupa tau untuk berkunjung ke sini. Enjoy yea...

Adios!

Cuti-Cuti Alor Setar: Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okay, perut dah kenyang kan. Sedap sungguh makan kat D C Nee 7 Gulai Kawah. Jom kita teruskan perjalanan. Memandangkan hari Jumaat, jadi kita singgah solat Jumaat dulu. Masjid tak jauh dari situ jer. Kalau terlajak terus drive lagi sebab kat depan tu pun ada masjid lagi. Memang selesa.

Selesai semuanya perjalanan diteruskan menuju ke bandar Alor Setar. Destinasi kali ini memang best sangat sebab saya dah lama mengidam nak pi melawat tempat ni. Setiap kali balik Alor Setar tak pernah nak meronda, sebab tu la kali ni kita buat Cuti-Cuti Alor Setar terus. Ha, amik ko!!

[RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD]


Ini antara tempat yang wajib dilawati kat Alor Setar. Senang jer nak cari, waze sahaja. Mungkin akan terlajak simpang tu dua tiga kali tapi tak apa, Cari balik jalan tadi... Haha... macam cerita pengalaman sendiri jer. Apa sajalah :) Masuk adalah percuma yer...

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad merupakan rumah pusaka ibu bapa Tun Mahathir. Rumah kampung yang amat cantik. Masuk jer kat dalam rumah ni terasa macam masuk rumah saya dulu-dulu kat Titi Serong Parit Buntar. Rumah papan yang perlu naik tangga ke atas. Bukan rumah dua tingkat tapi memang jenis tinggi. Sebijik macam rumah saya dulu-dulu.

Saya suka sangat tak tau nak habaq. Suasana kat dalam rumah tu memang menggamit memori dulu. Susun atur perabot dan barang-barang yang ada kat dalam rumah tu memang banyak yang sama dengan kehidupan saya dulu masa kat Titi Serong. Dengan dapur kayunya... dengan para pinggan mangkuknya.... dengan barang-barang lama yang ada kat dalam rumah tu...

Rasa sayu sekejap....




Masuk jer kat bawah rumah ternampak la pula Basikal Tua yang sebijik macam basikal ayah saya dulu. Dulu masa kecil pi sekolah naik basikal ni la. Boleh duduk dua orang kat belakang tu. Duduk sisi ya... sopan tu.... Balik tu tanya ayah saya mana basikal tua tu, katanya dah jual. Ah, sayang sekali!


Kat sini juga ada pusat pameran yang menempatkan pelbagai arkib berkaitan Tun Mahathir. Ada barang-barang kesukaan beliau, salasilah keluarga dan juga gambar-gambar kejayaan beliau. Pusat pameran ini dibina seperti rumah moden yang amat cantik sekali. Ukirannya unik bertemakan rumah kayu zaman moden.



Sebelum pulang, sempat bergambar kenangan sebab lepas ni tak tahulah bila lagi boleh datang sini.





Okay, jumpa lagi di destinasi Ke-5.

Adios!

Thursday 25 February 2016

Lagu Mungkin Saja - Janna Nick

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tiap-tiap hari dengar lagu ni. Sehari berpuluh-puluh kali tapi sampai sekarang tak pandai nyanyi pun. Jom kita tengok lirik lagu Mungkin Saja nyanyian Janna Nick. Lama-lama dengar macam best pulak. Hahah~


Mungkin Saja - Janna Nick

Berlegar-legar
bermain di mataku
berdebar-debar
degup jantungku
makin lama
makin kurasa rindu
makin lama
makin tertarik padamu.

Mungkin saja
dia mencintaiku
dan mungkin saja
sekadar temanku
oh keliru
bila dilamun cinta
aku tak tahu
ku tak tahu.

Sekadar hello
bisa membuat ku gamam
dengan senyuman
aku bagai di kayangan
bagaimana harus kuluahkan kata
bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja
dia mencintaku
dan mungkin saja
sekadar temanku
oh keliru
bila dilamun cinta
aku tak tahu
ku tak tahu

Satu, dua, tiga kali
jatuh cinta jatuh hati
aduhai apa dah jadi.
Mungkin tidak mungkin iya
mungkin juga sama-sama
mungkin masih malu kata cinta.

Sekadar hello
bisa membuat ku gamam
dengan senyuman aku bagai di kayangan
bagaimana harus kuluahkan kata
bagaimana aku sudah jatuh cinta.

Mungkin saja
dia mencintaku
dan mungkin saja
sekadar temanku
oh keliru
bila dilamun cinta.

Mungkin saja
dia mencintaku
dan mungkin saja
sekadar temanku
oh keliru
bila dilamun cinta
aku tak tahu
ku tak tahu.

Okay, jangan asyik nyanyi saja. Nanti hujan XD

Adios!

Cuti-Cuti Alor Setar: D C Nee 7 Gulai Kawah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Punya la syok berjalan nak cari Gua Gunung Keriang sampai perut berkeroncong pun tak sedar. Tengok-tengok jam dah pun pukul 12pm. Masa untuk makan! Bab makan mau sedap... walaupun tak ada idea nak makan kat mana memandangkan hari Jumaat... rasanya banyak kedai tutup. Jadi kita terus drive saja melalui Jalan Gunung Keriang tu... tup tup,

"Eh, apa tu?"

[GULAI 7 KAWAH]

Restoren ni tepi jalan jer, besar juga dan dari luar memang nampak gempak la. Cepat-cepat bagi signal dan terus masuk parking. Wohoo.... jom kita terjah apa yang ada. Macam best jer ni.... D C Nee 7 Gulai Kawah bukan sebarang tempat makan tau... nama jer pun dah tau ada yang special kat situ. Masing-masing dah tersenyum lebar sebab semua orang memang tengah lapar.


Masuk sahaja dah nampak kawah-kawah yang terhidang gulai. Tau tak gulai tu apa? Kari la...ada macam-macam kari dan semestinya 7 jenis sebab nama pun 7 Kawah kan. Masih di atas api, panas-panas sudah semestinya!


Kat sini memang tersedia pelbagai jenis masakan kampung yang menyelerakan. Banyak sangat menu sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Ada Kari Rusa, Kari Ayam Piru, Kari Ayam Kampung dan macam-macam lagilah. Saya cuba kari rusa, Memang kuahnya pedas dan pekat. Bukan itu sahaja, kambing bakar, ayam bakar dan rusa bakar pun ada. Ulam-ulaman dan sambal belacan tok sah habaq la. Memang wajib ada dah nama pun menu kampung kan!



Ada banyak lagi menu-menu lain yang pasti membuat anda terliur. Yang paling best ada Pulut Durian. memang lemak berkrim. Minuman pula macam-macam ada termasuk Manggo Lassi. Kena cuba tu :)

Suasana kat sini memang santai jer. Di sekeliling kita dihiasi dengan banner-banner yang memaparkan perkataan-perkataan dalam loghat Kedah. Memang nak tergelak pun ada. Sebab apa, masing-masing pakat tunjuk terror baca loghat Kedah. Lawak tak tau nak habaq!!




Selesai makan boleh la cuba pencuci mulut yang disediakan. Free ja baq hang. Haha... nak tau apa tu? Ni ha... sireh pinang. Ada bran?


Okay, sebelum balik Mai Bayaq Tang Ni. Jangan dok buat lupa pulak. Harga boleh tahan la... kira berpatutan juga. Lain kali kita mai lagi.


Jom gerak dulu ke destinasi Ke-4.

Adios!