Friday 30 July 2021

Calling! Calling! Peluang Terakhir!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Peluang Terakhir...

Kurang dari dua hari saja lagi yang tinggal untuk kawan-kawan semua join Giveaway Aku Dan Kamu. Sesiapa yang belum join tu, cepat-cepatlah ya. Masih ada ada masa lagi ni. Hihi...

Jangan sampai menangis bucu katil tau...

Tarikh akhir - 31 Julai 2021

Jumpa lagi.

Thursday 29 July 2021

Resipi Rendang Daging Cili Padi

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini, As nak berkongsi resipi Rendang Daging Cili Padi yang menjadi kesukaan As dan Aliff. Resipi ini daripada nenek Aliff. Cara nak buat memang mudah sangat dan bahan-bahan pun simple saja. Yang penting memang sedap dimakan bersama ketupat atau pun nasi putih.



Bahan-bahan:

(Bahan A)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • segenggam cili padi (kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
  • 1 inci kunyit hidup


  • 1/2 kilo daging
  • santan
  • sedikit gula & garam
  • kerisik
  • daun kunyit



Cara membuatnya:
  1. Kisar semua bahan A. Tumis sehingga pecah minyak. 
  2. Masukkan santan.
  3. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk. Tambah air dari semasa ke semasa sehingga daging empuk.
  4. Masukkan sedikit gula, garam atau perasa yang kita suka dan sedikit kerisik.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
Dah siap. Boleh dihidang bersama ketupat atau nasi putih.

Selamat mencuba ya.

Nota:
Tak perlu letak bawang putih dan empat sekawan.
Kalau guna ayam, letak sedikit asam keping.

Jumpa lagi.

Wednesday 28 July 2021

Kaver Akhir Antologi Legasi Abah

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gembiranya rasa hati!

Berturut-turut kejutan yang kami terima daripada tim UniKH dan Admin tim Legasi Abah 8. Kali ini kami mendapat kejutan tentang kaver akhir buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah.

Ada sedikit perubahan daripada kaver yang telah diberi sebelum ini.


Bila tengok sekali imbas pun dah nampak apa yang berubah. Ya, perkataan Editor Penyelaras diubah kepada Editor Pengurusan.

Nama Puan Sri Diah juga diletakkan penuh dan ditambah dengan nama ketua tim kami, Ustazah Norhafhizah.

Dan alangkah gembiranya kami apabila pautan untuk menghantar jumlah tempahan buku Lelaki Anugerah Terindah telah dibuka dengan rasminya.

Buku ini adalah buku swaterbit di mana cetakannya bergantung kepada jumlah tempahan. Jadi jangan ketinggalan untuk membuat tempahan awal buku ini ya. 

Buku ini bukan sahaja boleh dijadikan koleksi sendiri malah juga boleh dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan. 

Jika berminat untuk mewakafkan satu set Legasi Abah (12 buah buku) kepada perpustakaan, sekolah atau mana-mana institusi, insyaAllah saya boleh usahakan. 

Cepat hubungi As ya atau tempah terus di pautan di bawah,




Monday 26 July 2021

Merdeka Giveaway by TarotTheFool

Teks: As Samsudin
Foto: tarotthefool.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Nak join klik jer banner ni :)

Wah, ada giveaway baru la. Merdeka Giveaway by TarotTheFool....

Hai Tarot, bertemu lagi kita.

Giveaway ni berlangsung sehingga 31 Ogos 2021 dan of cos la kan, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64.

Syarat-syaratnya pun senang saja. Dan Tarot juga meminta kita berkongsi tentang perancangan kita selepas habis PKP.

Perancangan As, pertama sekali sudah tentulah nak balik ke kampung bertemu dengan keluarga tercinta yang dah lama tidak bertemu muka kan. Memang nak spend time dengan mereka, masak ramai-ramai dan makan ramai-ramai. Itu perancangan yang paling utama. 

Setelah puas bersama keluarga barulah fikir nak travel. Itupun bersama keluarga kecil kami.

InsyaAllah, semoga perancangan kita dipermudahkan oleh-Nya.

Amin.

Jumpa lagi.

[2016] #11 Glow Walk BMW

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Glow Walk BMW 
24 September 2016
Lee Motors Alor Setar Kedah
5KM Fun Run


Glow Walk BMW
ni merupakan event larian saya yang kedua untuk night run. Sebuah event yang sangat santai.  Ia diadakan pada waktu malam, night run kaedahnya. Ia bermula pada pukul 8pm. Nama pun Glow Walk kan jadi rasanya kami tak perlu berlari lah kot. Boleh jalan saja.

As macam biasalah, berlari-lari anak saja. Lagipun ramai ibu bapa yang join dengan anak-anak jadi suasana memang crowded sikit. Tak sesuai nak berlari, just follow saja enjoy-enjoy.

Sebenarnya tujuan utama As join larian ni sebab medal. Medal yang sangat memikat hati. Medal cantik sangat dan ada logo BMW kat belakang medal.

Mahal tu...! Hehe...


Lagipun kalau tak silap As ini kali pertama Lee Motors anjurkan event larian. Lepas ni tak tahulah bila pula ada kan. Jadi memang tak nak lepas peluang buat koleksi. Baju pun very nice, warna putih.

Habis lari kita tunggu untuk cabutan bertuah. Walaupun tak bertuah kita tetap enjoy.

Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Sunday 25 July 2021

10 Tips Penjagaan Buku

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Okey, hari ini saya ingin berkongsi tentang tips penjagaan buku. Tips ini memang menjadi amalan saya sejak dulu lagi. Lagipun saya kan buat pinjaman buku, jadi memang kena jaga betul-betul la. Baru boleh tahan lama buku-buku saya tu. Betul tak? ;)

Mungkin tips yang saya nak kongsikan ini memang dah pun menjadi amalan pencinta-pencinta buku. Tapi tak apa, saya tetap nak kongsi juga. Kalau ada yang lain nanti bolehlah kita berkongsi pandangan ya ;)

Okey, jom kita tengok cara saya jaga buku saya.


1. BALUT BUKU

Balut buku dengan kemas menggunakan plastik buku. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak terutamanya di bahagian tepi buku. Ia juga dapat mengelakkan buku kita terutamanya bahagian muka buku daripada terkena debu atau apa sahaja kekotoran. Pemilihan plastik juga amat penting. Pilihlah plastik yang berkualiti dan tahan lama. Plastik yang nipis dan berkualiti rendah mudah koyak dan cepat bertindak balas terhadap haba. Jadi, pilihlah plastik yang tahan lama untuk menjimatkan kos dan masa. Tak perlulah nanti asyik kena tukar plastik saja.

2. ELAKKAN BUKU TERDEDAH KEPADA HABA PANAS

Elakkan daripada meletak buku di tepi tingkap atau tempat panas. Ini kerana ia boleh menyebabkan buku melengkung dan permukaannya tidak rata. Kadang-kala permukaan buku juga boleh kelihatan mengelembung dan plastiknya terkeluar. Bukan itu sahaja, buku yang terdedah lama kepada kepanasan juga boleh menyebabkan kertas menjadi kekuningan. Macam buku lama pula.

3. SIMPAN BUKU DI RAK BUKU

Sediakan rak buku untuk menyimpan semua buku-buku anda. Jangan biasakan dengan meletak buku di merata-rata kerana ia boleh menyebabkan buku terlipat dan rosak sekiranya anda lambat menyusunnya. Dengan adanya rak, kita boleh terus menyimpan buku yang baru dibeli. Rak buku bercermin lebih elok kerana ia boleh mengelakkan buku daripada cepat berhabuk dan berdebu. Tapi kalau nak guna rak terbuka pun boleh saja, yang penting kena rajin lap. Seminggu sekali pun dah cukup. 

4. ATUR BUKU SECARA MENEGAK

Buku seelok-eloknya disusun secara menegak atau dalam erti kata lain secara berdiri. Ini akan memudahkan kita mengambilnya. Kalau ada buku yang terlebih tinggi dan tak muat nak susun secara berdiri, barulah disusun secara baring. 

5. LETAK PENGHADANG BUKU

Jangan lupa letak penghadang buku tau sekiranya buku yang disusun belum penuh di rak. Ini sebenarnya untuk mengelakkan buku kita rosak sebab tanpa penghadang ia tidak dapat berdiri dengan baik. Lama-kelamaan buku kita boleh menjadi senget. Kan dah tak elok. Penghadang buku ni ada dijual di kedai buku, ada yang kecil dan ada yang besar. Pilihlah mengikut kesesuaian.

6. SUSUN BUKU MENGIKUT KATEGORI

Sebaik-baiknya, susun buku mengikut kategori masing-masing supaya mudah untuk mencarinya pada masa hadapan. Kalau bilangan buku kita sedikit mungkin ia tak menjadi masalah tapi bayangkan kalau buku kita banyak, pasti susah nak cari satu-satu kan. Jadi, susunlah sebelum kita kena susun dua tiga kali ;) Kalau nak susun pun boleh ikut kreativiti kita. Macam saya, saya susun buku mengikut kategori. Ada novel kreatif, novel remaja, novel kanak-kanak, bacaan umum, resipi, majalah dan lain-lain lagi. Jadi bila nak cari buku resipi ke, terus pergi ke rak buku resipi saja. Memang mudah kan!

7. LETAK LABEL PADA BUKU

Label ni maksud saya letak nombor siri pada buku. Ini juga bertujuan untuk memudahkan kita mencari sesuatu buku itu. Bila dah letak nombor siri tu, buatlah satu senarai buku-buku tersebut menggunakan Ms. Excel dengan memuatkan segala maklumat berkaitan buku tersebut. Contohnya, nombor siri, judul buku, pengarang, penerbit dan sebagainya. Bila nak cari buku, cuma check no siri dan terus pergi ambil di rak yang sepatutnya. Namun harus diingat, bila dah letak label tu... susun pun kena ikut label lah. Baru tips ini menjadi. :)

8. JANGAN LIPAT BUKU KETIKA MEMBACA

Sesetengah orang suka melipat buku ketika membaca. Ini adalah amalan yang tidak baik untuk buku. Kalau nak baca buku, bukalah betul-betul permukaannya tu. Lagi satu bila berhenti membaca, gunalah penanda buku. Jangan suka lipat mukasurat buku untuk menandanya ataupun meletak sebentar buku dengan membiarkannya terbuka menghadap lantai. Ini juga boleh menyebabkan binding buku menjadi rosak. Silap-silap boleh lekang pula.

9. AWASI SERANGGA PEROSAK

Pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak seperti tikus, lipas, cicak dan anai-anai. Sekiranya rumah kita ada serangga tersebut, pastikan kita sentiasa menjaga rak buku kita dengan mengelapnya setiap hari. Saya kalau ada masa, siap lap buku saya satu-persatu.

10. SAYANGI BUKU KITA

Ini adalah tips yang amat penting. Sayangi buku anda... bila dah sayang pasti kita akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. 

Itu saja tips untuk kali ini. Pesanan untuk diri sendiri dan pembaca semua, bacalah buku walaupun seminggu sekali. Jangan beli buku banyak-banyak dan buat hiasan sahaja. Kan dah membazir ilmu yang ada. Biar alah membeli, menang memakai ya.

Nota: 
Entri 10 tips penjagaan buku ini adalah entri ulangan dari blog lama saya iaitu D'Rauna Gallery. Boleh rujuk pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Friday 23 July 2021

Menu Di Hari Raya Haji PKP

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahun 2021 kita semua berhari raya haji di rumah sendiri saja bersama keluarga seisi rumah. Bagi mereka yang tinggal bersama keluarga besar memang beruntung sangatlah kan. Boleh raya ramai-ramai penuh satu rumah. Memang meriah la...

Tapi bagi mereka yang punya keluarga kecil, berdua atau bertiga seisi rumah, sambutlah kami dengan penuh kesayuan. Nasib baiklah tahu juga masak juadah raya. Boleh juga hidang di pagi raya. 

Nasib baik lagi kan. Hehehe...

Inilah juadah di hari raya haji As dan Aliff. Makan berdua saja jadi tak perlu masak banyak-banyak. Cukuplah ada ketupat, rendang dan nasi himpit. Sebab tanpa ketupat dan rendang, tak rasa macam hari raya. Kuih-muih pula cukuplah dua tiga jenis sahaja.

Simple saja kan... :)

Nasi himpit rebus segera Nona. Rebus sendiri saja.

Rendang Cili Padi resipi nenek. Nanti As kongsi resipi ya :)

Ketupat Mak Jang, jiran depan rumah.

Jumpa lagi.

Segmen Wanna Be My GFF by AO

Teks: As Samsudin
Foto: alienoren.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Segmen ini dianjurkan oleh adik manis kita, AO. Seorang blogger yang sangat kreatif dan inovatif. Menarik sangat segmen ni.

Syarat-syaratnya pun mudah saja. Jom lah kita ramai-ramai support AO ya.

Segmen ini berlangsung sehingga 11 Ogos 2021.

Jumpa lagi.

Thursday 22 July 2021

[2016] #10 SP Half Marathon

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

SP Half Marathon
10 September 2016
Dataran Zero Sungai Petani kedah
5KM Fun Run


Event SP Half Marathon, As mesti join fun run 5km saja. Tak tahulah kenapa. Lina macam biasa la, dia kan ratu Half Marathon. Hehe...


Ini betul-betul larian untuk bergembira. Berlari bersama adik-adik. Masalahnya diaorang lagi laju daripada As. Macamana tu...? Hehe..

Apa pun, larian harus dinikmati. Lepas lari kita recovery dengan Banana Chocolate cakes dan hot chocholate dari Secret Recipe. Sambung pula tengok movie Train To Busan.... scary... haha 



Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.

Penulis Tamu Legasi Abah 8 Bukan Lagi Rahsia

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pagi kelmarin kami dari tim Legasi Abah 8 menerima kejutan yang amat manis daripada ketua kami iaitu Ustazah Norhafhizah Suliman. Alhamdulillah, galei kedua buku antologi Lelaki Anugerah Terindah sudah pun diterima untuk semakan. 

Bila sudah terima semakan galei kedua bermaksud semakin dekatlah dengan penerbitan buku antologi  ini. Seronoknya!

Ada lagi berita yang amat menyeronokkan. Nak tahu apa?

Ya, rahsia siapakah penulis tamu untuk tim LA 8 kini bukan lagi rahsia. Semuanya sudah terjawab.

Ustazah Muzayyanah Abdullah.

Siapakah dia?

Beliau adalah seorang pendakwah wanita yang tidak asing lagi di bumi Malaysia hatta telah sampai ke peringkat antarabangsa. 

Beliau juga merupakan pengasas Darul Fawwaz iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai pusat pengajian Islam untuk semua.

Beruntungnya kami kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis hebat dan membaca kisah hidupnya.

Di dalam antologi ini, beliau menulis kisah yang bertajuk Kerana Keringat Bapak.


Nak baca kisah beliau dan penulis-penulis yang lain? Jom tempah buku ini sekarang. Klik saja pautan di bawah.



Tuesday 20 July 2021

Salam Aidiladha 1442H

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan. Kerana dalam setiap kesusahan, Allah swt akan hadirkan kemanisan."

Salam Aidiladha 1442H
Maaf Zahir Batin

Stay Safe and Stay At Home ya.

Jumpa lagi.

[2016] #9 Taiping Raintown Half Marathon

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Taiping Raintown Half Marathon
28 Ogos 2016
Padang Esplanade Taiping Perak
10KM
Timing 01:29:57
 

Kali ni As dan Lina join event di Taiping Perak. Apa yang bestnya sebelum lari, kita pergi jalan-jalan cari makan dulu. Sempat la pi try Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Bukan mee udang saja, nasi goreng udang, cucur udang dan cucur sotong Pak Uteh semua kita balun.



Untuk event ni macam biasa, As join 10km saja. Lina pula haruslah 21km. Nak dijadikan cerita, memang nasib As tidak begitu baik. Sepanjang larian perut As punya la meragam. Nak singgah tandas tapi bayang pun tak jumpa.

Kebetulan masa tu kawasan berbukit. Rumah-rumah di sepanjang jalan pula nampaknya macam rumah orang have-have saja. Tak kan nak pi tekan loceng kata nak pinjam tandas kot. Satgi depa pun tak berani nak buka. Haha...

Jadi meranalah saya sepanjang larian. Sekejap lari, sekejap jalan. Terasa seksa sangat nak habiskan 10km. Sampai saja finishing line, terus beratur ambil medal dan terus pecut cari tandas. Hahaha...



Sebab tulah timing saya 01:29:57. Jalan banyak sangat...


Selesai semua, macam biasa saya kena tunggu Lina sampai. Bila Lina dah sampai baru kami ronda semua booth yang ada dan menikmati makanan yang disediakan. Laksa dan nasi lemak memang sedap sangat la. 


Malamnya kami berdua sempat pi pekena Taiping Yong Tau Foo yang popular kat belakang bomba tu. Memang kali ni betul-betul runeating la.


Sebelum balik sempat lagi kami pi ronda Taman Tasik taiping



Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Drama Adaptasi Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni

Teks: As Samsudin
Foto: Drama Suara Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Drama Suara Hati merupakan drama adaptasi novel yang berjudul Suara Hati karya Anis Ayuni. Anis Ayuni ni salah seorang novelis terkenal yang amat As minati. Dah banyak kali berjumpa dan berbual mesra bersama kak Anis. Banyak gambar-gambar kami berdua.

Tahniah buat kak Anis Ayuni di atas kejayaan ini. Drama ini terbitan Global Station Sdn Bhd dan di bawah arahan Emy Suffian. Ia akan mula bersiaran pada 19 Julai 2021 di slot Tiara Astro Prima pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6pm.


Drama: Suara Hati
Arahan: Emy Suffian
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Jumlah episod: 13
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat 6pm
Slot Tiara Astro Prima

PARA PELAKON

Hanna Aqeela - Hani
Syafiq Kyle - Haris
Aidil Aziz - Naim
Zera Hariz - Suraya
Afzan A Rahman - Amir
Qistina Khaled - Sarah
Syaier Syafien - Ramzi
Liza Rafar - Sha
Fazlina Ahmad Daud - Khaty
Shah Rezza - Jo

SINOPSIS SUARA HATI

Drama ini mengisahkan tentang Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Haris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Tetapi kemudiannya Haris senyapkan diri tanpa khabar berita.

Ibu bapanya kemudian memperkenalkan Hani dengan Naim, seorang pensyarah di universitinya. Haris muncul semula namun sudah terlewat apabila Hani disatukan dengan Naim.

Perkahwinan Hani dan Naim bahagia namun kebahagiaan mereka tidak panjang apabila Naim meninggal dunia semasa Hani mengandungkan anak kedua mereka. 

Hani bertemu semula dengan Haris yang ingin kembali dalam hidupnya semula.

Semoga drama ini akan memberikan kejayaan yang besar buat kak Anis dan semakin berjaya di masa hadapan.

Sama-sama kita tonton ya.

Jumpa lagi.



Sunday 18 July 2021

Drama Ayahanda Inspirasi Novel

Teks: As Samsudin
Foto: Drama Ayahanda dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yeay, akhirnya novel yang ditunggu-tunggu tiba jua. Novel Ayahanda karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah telah pun selamat sampai. Pesan dari Shopee saja. Memang cepat dan terbaik.


Semenjak tahu tentang novel ini yang akan diadaptasi ke drama, awal-awal lagi As dah cari bukunya. Alhamdulillah, masih banyak stok. Buat masa sekarang memang tak sempat lagi nak baca, tapi tak apa,  kita tonton drama dulu la.


Drama: Ayahanda
Arahan: Dato Ahmad Tamimi Siregar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Jumlah episod: 13
Waktu Siaran: Rabu - Sabtu 9pm
Slot Lestary TV3

PARA PELAKON

Jalil Hamid - Haji Abdullah
Fauziah Ahmad Daud - Hajah Noriah
Fikry Ibrahim - Aziz
Noorkhiriah - Halimah
Shahz Jazle - Ramli
Hairi Safwan - Ahmad
Sherry Ibrahim - Aishah
Mimi Ernida - Rahayu
Rita Nadira - Mazni
Dato Ahmad Tamimi Siregar - Lebai Kassim
Sobri Anuar - Mat Diah

SINOPSIS AYAHANDA

Drama Ayahanda adalah sebuah siri drama sebanyak 13 episod arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar. Ia telah pun disiarkan di Slot Lestary TV3 bermula pada 10 Julai yang lalu.  

Ia mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anaknya, serta kesetiaannya kepada agama.

Mengisahkan tentang Haji Abdullah, seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah ketika itu.

Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam yang degil dan mahu mempertahankan jawatan imam. Walaupun beliau sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan memberikan sokongan padu kepada suaminya.

Kemunculan seorang imam muda bernama Ustaz Hamidi yang berkelulusan dari Al Azhar, Mesir telah membuatkan Haji Abdullah merasa tercabar. Apatah lagi jumlah jemaah di masjid semakin meningkat selepas kehadirannya.

Perkongsian hidup Haji Abdullah dan Hajah Noriah dikurniakan empat orang anak iaitu Halimah, Ramli, Ahmad dan Aziz.

Halimah adalah anak sulong yang rumahnya terletak di belakang rumah Haji. Justeru menjadi harapan adik-beradiknya yang lain untuk menjenguk kedua orang tua itu. Hidup Halimah diuji dengan sikap suaminya, Mat Diah yang taksubkan pertandingan suara burung.

Anak kedua iaitu Ramli pula kerap berulang-alik menghantar isterinya, Piah ke kampung asalnya kerana emaknya sakit.

Anak ketiga Haji, Ahmad telah kematian isterinya yang pergi bersama anak ketiga mereka semasa bersalin. Walaupun Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mendapatkan isteri baharu buat Ahmad, namun Ahmad menolak dengan alasan tidak bersedia. Ahmad menyibukkan diri dengan kerja kebun sayur yang diusahakannya di kaki bukit dalam usaha mencari rezeki sampingan.

Anak bongsu Haji, Aziz pula merupakan seorang juruteknik kilang yang gemarkan dunia penulisan. Isterinya Mazni lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan di atas kesibukan suaminya menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.

Haji terasa hati dengan anak-anaknya yang tidak menyokong usahanya untuk kekal sebagai imam. Malah Aziz yang menjadi harapan Haji juga tidak bersetuju. Sikap degil dan ego Haji Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang ambil peduli.

Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkah anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kesalahan mereka yang mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikah mereka tentang pengorbanan seorang ayah?

Sama-sama kita tonton drama ini ya. Ohya, nanti bila dah habis baca novel ni As kongsikan reviewnya di sini.

Jumpa lagi.