Wednesday 28 July 2021

Kaver Akhir Antologi Legasi Abah

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gembiranya rasa hati!

Berturut-turut kejutan yang kami terima daripada tim UniKH dan Admin tim Legasi Abah 8. Kali ini kami mendapat kejutan tentang kaver akhir buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah.

Ada sedikit perubahan daripada kaver yang telah diberi sebelum ini.


Bila tengok sekali imbas pun dah nampak apa yang berubah. Ya, perkataan Editor Penyelaras diubah kepada Editor Pengurusan.

Nama Puan Sri Diah juga diletakkan penuh dan ditambah dengan nama ketua tim kami, Ustazah Norhafhizah.

Dan alangkah gembiranya kami apabila pautan untuk menghantar jumlah tempahan buku Lelaki Anugerah Terindah telah dibuka dengan rasminya.

Buku ini adalah buku swaterbit di mana cetakannya bergantung kepada jumlah tempahan. Jadi jangan ketinggalan untuk membuat tempahan awal buku ini ya. 

Buku ini bukan sahaja boleh dijadikan koleksi sendiri malah juga boleh dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan. 

Jika berminat untuk mewakafkan satu set Legasi Abah (12 buah buku) kepada perpustakaan, sekolah atau mana-mana institusi, insyaAllah saya boleh usahakan. 

Cepat hubungi As ya atau tempah terus di pautan di bawah,




4 comments:

  1. Tahniah untuk penulis. Semoga bermaanfaat untuk pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InsyaAllah, kesemua 35 kisah membawa pengajaran di samping dapat membentuk jatidiri pembaca.

      Delete
  2. So far, menarik kavernya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kredit foto kepada Tuan Stefano Romano.

      Delete