Thursday 29 July 2021

Resipi Rendang Daging Cili Padi

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini, As nak berkongsi resipi Rendang Daging Cili Padi yang menjadi kesukaan As dan Aliff. Resipi ini daripada nenek Aliff. Cara nak buat memang mudah sangat dan bahan-bahan pun simple saja. Yang penting memang sedap dimakan bersama ketupat atau pun nasi putih.



Bahan-bahan:

(Bahan A)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • segenggam cili padi (kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
  • 1 inci kunyit hidup


  • 1/2 kilo daging
  • santan
  • sedikit gula & garam
  • kerisik
  • daun kunyit



Cara membuatnya:
  1. Kisar semua bahan A. Tumis sehingga pecah minyak. 
  2. Masukkan santan.
  3. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk. Tambah air dari semasa ke semasa sehingga daging empuk.
  4. Masukkan sedikit gula, garam atau perasa yang kita suka dan sedikit kerisik.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
Dah siap. Boleh dihidang bersama ketupat atau nasi putih.

Selamat mencuba ya.

Nota:
Tak perlu letak bawang putih dan empat sekawan.
Kalau guna ayam, letak sedikit asam keping.

Jumpa lagi.

12 comments:

  1. Sedap rendang daging bila ditambah kerisik tu. Mudah nak masak pun cuma ambil masa tunggu daging empuk. Saya suka makan dengan lemang atau pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bila letak sedikit kerisik baru rasa rendang. Nak tunggu daging betul-betul empuk memang lama. As set masa jer, bila dah cukup masa baru test dah empuk ke belum. Tak perlu sekejap nak test sekejap nak test...hehe..

      As suka makan dengan ketupat. Lemang kurang sikit tapi kalau kat rumah orang As balun serupa tu jer... kihkihkih..

      Delete
  2. Sedap tu. Kena cuba la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena cuba ni Abam kie sebab simple sangat resipinya...

      Delete
  3. nampak lembut daging tu..sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lembut elok. As kalau masak rendang memang biar lama mereneh.

      Delete
  4. Menggiurkan betul rendang tu. Dapat makan dengan lemang sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dapat makan dengan lemang atau ketupat memang terangkat!

      Delete
  5. sedap rendang daging, biasa saya guna instant paste je 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke, guna instant paste pun okey jer kan, janji sedap...

      Delete