Friday, 29 July 2016

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi

[Sumber: www.myideakini.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join:)

Adios!

Wednesday, 27 July 2016

Medan Makan Ah Lai Keladi, Kulim

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Medan Makan Ah Lai Keladi ni boleh dikira tempat makan popular di Kulim Kedah. Ia terletak berhadapan dengan Stadium Keladi dan dibuka pada pukul 6pm sehingga lewat malam. Tempat makan ni berkonsepkan food court dengan kiosk-kiosk kecil yang menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan western food.

Ada macam-macam menu yang boleh kita pilih. Ada pelbagai jenis aneka nasi goreng, mee, bihun dan kuayteow sup, set nasi ikan keli dan ikan pari, pelbagai pilihan western food termasuklah kebab dan roti john, mee udang Claypot pun ada, Yong Tau Fu memang sedap giler kat sini dan tak lupa juga pelbagai pilihan minuman yang enak dan menyegarkan.

Tapi rata-rata pengunjung yang datang memang kenal Medan Makan Ah Lai Keladi ni dengan menu popular mereka iaitu Maggi Goreng Special dan Nasi Goreng Ayam. Nak tahu sedap tera mana dua menu ni.... kena datang cuba sendiri okay....

Untuk kesekian kalinya, saya pi makan kat sini lagi sebab Vani cam biasa la... dah terindu-rindu dengan Maggi Goreng Special Telur Mata. Saya pula makan Beef Kebab With Salad & Fries... saja order beef sebab nanti boleh makan sesorang. Vani tak leh minta skit.... hahahahah~ Okay, saje nak pekena Vani. Jangan marah ek!



Okay, kalau rasa terliur tengok pic ni silalah ke Medan Makan Ah Lai Keladi yea.

Adios!

PENCARIAN BLOGLIST OGOS BY AISYHAH NYAIS

[Sumber: apple-crunchh.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

As tag:


Adios!

Tuesday, 26 July 2016

Seminggu Kau Mencintaiku - As Samsudin

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Seminggu Kau Mencintaiku - As Samsudin

Rintihan Hati Buatmu...

7 hari nan indah
Bahagia bersama
Bergelak ketawa
Hati bertaut erat
Mata bertaut mesra.

7 hari cuma...
Selebihnya
Hanya deraian air mata
Rajuk
Derita
Datang dan pergi silih berganti.

Detik ini
Hatiku merintih lagi
Entah kenapa
Aku menjadi penunggu yang setia
Sambil menahan rajuk di dada
Sambil menyapu derai di jiwa.

Masa terus beredar
Sedetik demi sedetik
Sejam... dua jam... tiga jam berlalu
Namun tidak ada walau tiga minit untukku
Hatiku benar-benar terluka
Perasaanku benar-benar terdera.

Sabar?
Sabar untuk apa?
Sabarku untuk siapa?

Aku benar-benar hilang arah
Aku tidak mampu berdiri lagi
Aku tidak bisa bernafas sendiri.

Untuk kesekian kalinya,
Hatiku menangis lagi...

As Samsudin
26 Julai 2016
Jam1537




Arie Bakso Stesyen Bas Kulim

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bakso Lover?

Susah nak cari kedai Bakso kat area Kulim?

Ha, ni nak habaq... kalau teringin makan Bakso boleh lah terjah gerai Arie Bakso Stesyan Bas Kulim. Gerai pertama betul-betul tepi jalan besar ke market kulim tu. Kalau lalu kat situ, dari jauh dah bau kuah sup Bakso tu.

Saya dah 2-3 kali juga pi makan kat situ. Bakso biasa pun ada Bakso special pun ada. Kalau yang special tu dia letak daging... kadang-kadang daging rebus jer... tapi kadang-kadang sambal daging. Saya suka sambal daging... tapi nanti bakso tu rasanya dah hilang original la sebab dah jadi merah sambal tu.Tak pe, ikut selera masing-masing. Yang best Bakso kat sini... bebola dia tu... besar-besar. Puas makan...


Selain Bakso, kat sini ada dijual set Nasi Ayam Penyet dan Nasi Pecal/Ikan Keli Goreng. Yang ni saya tak pernah cuba lagi. Tapi ramai juga yang makan nasi ni.

Okay, nanti kalau pi area Stesyen Bas Kulim boleh la cuba menu-menu ni tau.

Adios!

Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz

[Sumber: bicaragadisbiasa.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Adios!

Simple Giveaways by Snek Lazat... Popia free dek nooooonn...

[Sumber: sneklazat.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Adios!

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa

[Sumber: www.eecashyaa.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

P/S: Jom gang kita join...

Adios!

Monday, 25 July 2016

Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

[Sumber: www.akuseorangtraveler.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

P/S: Bonde... jom join GA ni!

Adios!

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

[Sumber: spendalusuh.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Adios!

15.05.2016 Milo Breakfast Day Penang Run 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[15.05.2016]
MILO BREAKFAST DAY PENANG RUN 2016
PADANG USM PENANG

#MayRun
#justkeeprunning


Okay, Milo Breakfast Day Penang Run 2016 diadakan di Padang USM Penang. Larian 5km saja. Run For Fun....okay, fun jugalah. Tapi penat tetap penat hokeeh :) Kali ni join run ni dengan Lina and Cikna. Ni first time join run kat USM, so route dia pun first time juga lah lari kat situ. Okay saja.... tak ada bukit-bukit....



Apa-apa pun inilah event yang best dan meriah. Ada banyak booth... ada banyak game boleh join. Join game pastu collect stamp... redeem free gift kat situ. Enjoy la...








Dan yang paling best lagi.... dapat banyak gift you... Dah la Milo bagi breakfast free, bagi gift lagi... banyak sangat! Memang berbaloi-baloi join event ni!!



Okay, lihatlah muka-muka happy ni...















Adios!

Thursday, 21 July 2016

Indahnya Syawal 1437H

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

RAYA KAN SEBULAN:)
#syukurselalu
#teamrayakedah

Masih di bulan Syawal, jadi masih berkesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada sahabat-sahabat blogger dan juga pengunjung-pengunjung blog iammasitahsamsudin.

Bagaimana dengan sambutan raya uolls semua? Mesti meriah kan!

Tahun ini seperti biasa saya beraya di kampung halaman. Kalau tak balik kampung tak beraya lah namanya. Kunjung-mengunjung sanak-saudara dan sahabat handai sudah menjadi satu kemestian. Time inilah yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Yang penting kita dapat bermaaf-maafan di hari lebaran sambil makan juadah kegemaran.

Apa juadah kegemaran saya?

Sudah semestinyalah ketupat dan rendang daging. Kalau tak ada ketupat macam bukan hari raya you... kalau pi rumah orang tu memang cari ketupat dulu. Kali ni saya makan ketupat banyak tau. Setiap hari makan.... no pantang-pantang. Kalau kuih pula saya suka Tart Nenas dan Putu Kacang. Hehe... tradisional sikit...

Ni saya kongsikan foto raya saya ;)



Selamat Hari Raya...

Adios!

Thursday, 14 July 2016

Cukup Sampai Di Sini - As Samsudin

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Cukup Sampai Di Sini - As Samsudin

Cukuplah
Biar sampai di sini saja
Usah kita terus hanyut dengan rasa
Kelak deritanya mencengkam sukma.

Pergilah
Kulepaskan dikau bersama dia
Dia yang berhak dari awalnya
Kecapilah nikmat bahagia berdua selamanya.

Usah kau peduli
Ke mana aku pergi membawa diri
Usah dicari lagi
Sakit pedih biar kutanggung sendiri.

Hari ini
Saat ini
Tika ini
Aku berjanji
Tiada lagi mimpi
Tiada lagi ilusi
Yang menanti kini 
Hanyalah sebuah realiti!

As Samsudin
July 14th 2016
Jam 1500

Wednesday, 13 July 2016

Izinkan Aku Mengutuskan Kata - As Samsudin

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Image result for aku yang bakal terluka

Izinkan Aku Mengutuskan Kata - As Samsudin

Biar siapa pun aku
Biar siapa pun dia
Aku sudah terlanjur menyinta
Aku sudah terlanjur merindu.

Andai dapat kuputarkan waktu
Aku tak mahu menyemai kasih
Aku tak mahu menyemai sayang
Kerna aku tahu
Ada hati yang pasti terluka.

Izinkan aku berjalan sendiri
Mengikut isyarat hati
Kan kucuba melupakanmu
Namun kau tahu
Ku tak mampu.

Lantas
Apa yang harus aku lakukan lagi
Kiri kanan penuh onak berduri
Ditinggal sayang dibelai resah menanti
Melangkah salah berundur jauh sekali

Aku tersepit
Antara sayang dan realiti yang menanti
Atau aku harus kuatkan hati
Semua ini hanya ilusi mainan hati
Sampai masa semuanya akan berlalu pergi.

Tika itu
Tinggallah aku sendiri
Bersama hati yang terluka
Pedih
Perit
Sakit.
Derita.

As Samsudin
July 13th 2016
Jam 0925

Tuesday, 12 July 2016

GIVEAWAY SAKAN BY EYQIN AND ECAH

[Sumber: mrsteddybearlover.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
  • Blogger Malaysia
  • Follow blog Eyqin dan Ecah *semua akan di follow back , in shaa ALLAH
  • Copy entry dibawah dan postkan di blog anda .
  • Copy link entry dan paste diruangan komen GA ini .
  • GA akan terbatal sekiranya kurang daripada 20 penyertaan .


Simplekan ? Haaa , mehlahh join ! #supportmember katakan . hahahaha . so join tau ! jangan tak join . Hadiah diaaaa ?  okayy okayy . eyqin bagitahu ehhh ~


  • 4 shawl ( 2x pemenang )
  • 2 novel ( 2x pemenang )
  • RM30 ( 1x pemenang )
  • Sepasang sarung lengan ( 1x pemenang )

Saguhati :

  • Review blog dan bloglist ( 3x pemenang )
So , mari ajak kawan-kawan join sekali yaaaa ! Terima kasih !


Adios!