Wednesday 30 March 2022

Hadiah Giveaway Blog SR Masuk Ting 1 Dah Sampai

Teks: As Samsudin
Foto: koleksi peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah...

Hadiah menang Giveaway Blog SR masuk Ting 1 dah sampai.

Ada macam-macam hadiah, ada blouse, shawl, sapu tangan, perfume mini, snek dan minuman 3 in 1. Teruja sungguh saya. Terima kasih adik Syazni yang manis. Gembira bila dapat hadiah sampaikan rasa nak buat giveaway juga la.

Tunggu buku antologi ke-4 As keluar bulan Jun nanti boleh la buat giveaway. InsyaAllah.

Jumpa lagi.

Wednesday 23 March 2022

As Menang Giveaway Lagi - Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

Teks: As Samsudin
Foto: fairusmamat.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah...

As menang lagi. Kali ini nama As tersenarai sebagai pemenang giveaway buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com.

Bestnya.

Tak sabar betul nak baca buku tu.

Terima kasih Fairus. As doakan semoga Fairus dimurahkan rezeki dan sentiasa diberi idea-idea yang berterusan untuk menulis ya.

Entri pemenang boleh baca di pautan ini ya.


Jumpa lagi.

Giveaway 2022 : Happy 1st Anniversary CCL & Husband

Teks: As Samsudin
Foto: cikcapuccinolatte.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner di atas untuk join ya.

Wah, tahniah buat pasangan sama cantik sama padan. Happy 1st Anniversary, semoga kasih sayang kalian berpanjangan hingga ke Jannah.


Jom kawan-kawan semua kita support giveaway ni sempena anniversary CCL & Suami.

Giveaway ini berlangsung sehingga 04 April 2022.

Jumpa lagi.

Bloglist Giveaway by Nurin Irsalina

Teks: As Samsudin
Foto: salinasafea.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner di atas untuk join ya.

Salam perkenalan buat Nurin.

Bagus bila join giveaway ni, dapat menambah kenalan dan bertukar-tukar cerita kan. So As nak ajak kawan-kawan semua support giveaway Nurin ni.

Syaratnya senang sahaja.

Giveaway ini berlangsung sehingga 15 April 2022.

Jumpa lagi.

Menang Giveaway Blog SR Masuk Tingkatan 1

Teks: As Samsudin
Foto: syanirahim.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah...

Nama As tersenarai sebagai pemenang Giveaway Blog SR masuk Ting 1.

Terima kasih SR. As doakan semoga SR terus berjaya dan dimurahkan rezeki selalu. Nanti boleh buat giveaway lagi ye :)

Thanks again.

Entri pemenang boleh baca di pautan ini ya.


Jumpa lagi.

Saturday 12 March 2022

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 10

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 10 - Kebaya Merah 

"Ada barang yang hilang?" Inspektor Izzat menyoal anak buahnya.

"Ada, tuan. Lukisan."

"Lukisan?"

"Ya, tuan. Lukisan gadis berkebaya merah."

***

Agak-agak siapa yang curi ya?

Jumpa lagi.

Thursday 10 March 2022

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 9

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 9 - Jam Lama

Aku pandang jam lama yang tergantung di dinding, mencari-cari sekiranya ada petunjuk baru yang boleh dikaitkan dengan kes ini.

Aku merenung lama. Jarum jam sudah tidak bergerak lagi. Namun suara detiknya masih kedengaran.

Tik! Tik!

***

Jumpa lagi.

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 8

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 8 - Rumah Usang

Aku masih ingat lagi salah satu buku kegemaranku sewaktu sekolah dulu. Misteri Rumah Usang karya Ghazali Ngah Azia.

Buku ini aku pinjam dari perpustakaan sekolah.

Dan sehingga ke hari ini, aku masih suka membaca buku genre penyiasatan terutamanya siri penyiasatan Enid Blyton dan Alfred Hithock.

Buku-buku Siri Anak-anak Hadi, Siri Salma, Siri 3 Penyiasat, Siri 5 Sekawan, Siri Pelajar dan banyak lagi sudah lama menjadi koleksi kutubkhanahku.

Ada yang sama minat dengan As ke?

Jumpa lagi.

Wednesday 9 March 2022

Dekorasi Idaman Part 3 - By Ikea

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kita ke Ikea lagi. Kali ini bersama Pakku dan nenek.

Nenek pun dah jatuh hati dengan dekorasi Ikea.

Amat-amat hebat kan!



Tapi, rak bukunya mana? Masih tak jumpa ke?

Ada, tengok ni, elok ke elok sangat?





Jangan lupa follow Instagram runandreadstudio ya.

Jumpa lagi.

Tuesday 8 March 2022

Selamat Hari Wanita Sedunia 2022

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


08 Mac 2022
Selamat Hari Wanita Sedunia.

Buat semua wanita yang cantik dan cerdik terutamanya wanita yang istimewa di hati saya, Mama mentua, Mak (nenek), kakak-kakak saya, adik-adik perempuan saya, puteri-puteri kesayangan saya, Irdina, Nafeesa dan Insyirah, Batrisyia, Nazatul Aisyah dan Aisyah Humaira.

Tak lupa juga buat Mak Sri Diah dan sahabat-sahabat UniKH.


Hargai diri, anggun dan tetap santun dalam setiap perjuangan kehidupan dan aksara.

Semoga cerdikmu secerdik AISHAH
Cantikmu secantik AINUL MARDIAH
Pengorbananmu setinggi SUMAIYAH
Ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH
Tempatmu di syurga Al-JANNAH.

Jom bersama-sama raikan ungu hari ini.

Kredit video tim kru tv UniKH.

Jumpa lagi.

Galei Pdf Antologi Jodoh Cinta

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kaver muka satu Antologi Jodoh Cinta

Sabtu lepas, saya dan suami dalam perjalanan ke majlis perkahwinan sahabat alumni SMK Mutiara Impian. 

"Eh, galei pdf buku Jodoh Cinta dah siap," Aku baru tersedar ada mesej di Telegram. "Wah, cantiknya kaver! Tema oren hijau!" 

Yeay, nampaknya tak lama lagi terbitlah buah tangan terbaru saya. Kena cepat-cepat semak, lagi cepat semak lagi cepatlah boleh masuk proses cetakan.

"Dah banyak kali abang minta nak baca, sampai sekarang tak dapat-dapat," suamiku tiba-tiba bersuara.  "Bacalah, abang nak dengar." 

"Eh, mana boleh. Nantilah tunggu buku dah siap cetak, abang bacalah sendiri." Aku masih mahu berahsia.

Dalam hati tiba-tiba terdetik nak bergambar berdua dengan suami di pelamin bersama kaver page buku Jodoh Cinta. Tapi sayang, tak kesampaian nak tumpang pelamin orang.

Tak apalah, nanti kita cari pelamin lain.

Terima kasih Mak Sri Diah, Admin Jodoh Cinta, Norezlin dan barisan admin Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UniKH).

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah atas nikmat yang sangat membahagiakan ini.

Pra-tempahan dibuka sekarang ya. Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Monday 7 March 2022

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 7

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 7 - Ribut

"Allahuakbar!" Ayah yang sedang solat Asar tiba-tiba bertempik. Dalam sekelip mata sahaja kami semua terpelanting ke bawah. Ada yang jatuh ke dapur dan ada yang tersepit di celah tiang.

Aku melihat ayah terbaring di atas lantai sambil memeluk kaki Hawa, kakakku yang sulung.

"Rumah kita dipukul ribut." Emak menjengolkan kepala dari arah dapur. Aku melihat ada darah pekat mengalir di dahi emak.

***

Jumpa lagi.

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 6

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 6 - Resipi

"Hawa, tolong ambilkan mak daun cenohom?"

"Daun apa tu mak?" Hawa mengerutkan dahi.

"Daun kesum la. Mak nak masak Asam Pedas Daging ni. Kalau tak ada daun tu, rosaklah resipi asam pedas."

***

Nota: Nak cuba resipi asm pedas daging kegemaran saya sekeluarga? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Friday 4 March 2022

Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan

Teks: As Samsudin
Foto: mamapipie.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Wah, menarik sangat giveaway ni. Mamapipie kalau buat giveaway wajib join kan :) 

Okey syarat ke 5 kena pilih post yang As suka.

As pilih:


As suka travel. Jadi sudah tentulah As akan survey tempat-tempat menarik yang ada. Kali ini As plan  nak bercuti ke Perak. Jadi sebelum pergi bercuti kena cari info dulu. Blog Jomjalan macam-macam info ada.

Okey, As juga nak ajak kawan-kawan join sekali la. FydaAko Retnafairusmamat, jomlah join sekali. Hadiah menarik tau.

Tarikh akhir - 03 April 2022.

Semoga berjaya!

Jumpa lagi.

Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1

Teks: As Samsudin
Foto: Syazni Rahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Wah, tahniah diucapkan kepada blogger Syaz Rahim sempena usia blognya yang telah pun mencecah 13 tahun. Dah masuk Tingkatan 1 dah kan.

Jadi Syaz dah lancarkan giveaway pertamanya di tahun 2022, jom ramai-ramai kita support giveaway ni ya.

Ada hadiah misteri tau.

Tarikh akhir - 20 Mac 2022.

Semoga berjaya!

Jumpa lagi.

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 5

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 5 - Jaket Kulit

Aku menghempas jaket kulit kesayangan Hakimie ke lantai. Jaket itu kupijak semahuku. Marahku terhadap Hakimie tidak dapat dibendung lagi.

"Kau lepaskan kemarahan kau pada jaket, bukannya Hakimie yang sakit, tapi kau. Sudahlah Saffiya, rosak jaket tu nanti." Najwa membebel  lagi.

Ah, aku tidak peduli. Jaket ini aku yang beli!

***
Nota: Gambar sekadar hiasan.

Jumpa lagi.

Thursday 3 March 2022

Surat Untuk Diri Sendiri

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sebelum memulakan cabaran penulisan 2022, saya dikehendaki menulis sepucuk surat kepada diri sendiri pada masa hadapan. Nak kena tulis apa tu?

Ada beberapa perkara yang perlu ditulis termasuk pencapaian yang ingin dicapai pada masa hadapan dan beberapa perkara lagi.

Semasa menulis surat tu, saya terasa seperti berleter kepada diri sendiri. Hehe.

Okey, surat dah siap tulis. Saya lekatkan dahulu di sini. Surat ini akan dibuka pada hujung tahun 2022.

Jangan kecoh ya!

Jumpa lagi.

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 4

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 4 - Ros Biru

"Ros biru?"

"Betul tuan. Semua mangsa mempunyai lakaran sekuntum ros biru di lengannya." Inspektor Izzat menghulurkan sekeping gambar kepada TPP Kadir.

***

Jumpa lagi.

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 3

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 3 - Jalan

"Abang, belok kiri!" Aku sedikit terjerit apabila tersedar bahawa Ameer memandu laju terus ke hadapan.

Ameer membesarkan matanya. Dia kelihatan marah. Pantang baginya kalau aku memberi arahan di saat-saat akhir. Bahaya katanya.

Aku hanya memandang ke hadapan, pura-pura tidak memahami isyarat matanya itu. Memang salah aku pun, selalu silap tengok jalan. Walaupun guna aplikasi Waze, aku masih gagal membacanya dengan betul.

Nota: Ada ke yang sama macam saya tak pandai tengok Waze? 

Jumpa lagi.

Wednesday 2 March 2022

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 2

Teks: As Samsudin
Foto: SP Lighting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 2 - Mimpi Indah

"Selamat malam sayang. Mimpi indah ya." Aku membalas ucapan suami. 

Telefon bimbit kuletak di atas meja sisi. Aku mematikan suis lampu tidur yang dibeli dari Shopee.

***

Jumpa lagi.

Cabaran Menulis 30 Hari - Hari 1

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)

Hari 1 - Tetamu Tidak Diundang

Aku masih ingat pesan ayah, jika ada tetamu yang datang, layanlah. Tidak kira siapa pun. Walaupun yang datang itu tetamu tidak diundang.

Tetapi berhati-hatilah dengan tetamu yang boleh mengancam nyawa. 

Jangan pandang enteng ya.

Jumpa lagi.