Wednesday, 27 July 2016

Medan Makan Ah Lai Keladi, Kulim

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Medan Makan Ah Lai Keladi ni boleh dikira tempat makan popular di Kulim Kedah. Ia terletak berhadapan dengan Stadium Keladi dan dibuka pada pukul 6pm sehingga lewat malam. Tempat makan ni berkonsepkan food court dengan kiosk-kiosk kecil yang menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan western food.

Ada macam-macam menu yang boleh kita pilih. Ada pelbagai jenis aneka nasi goreng, mee, bihun dan kuayteow sup, set nasi ikan keli dan ikan pari, pelbagai pilihan western food termasuklah kebab dan roti john, mee udang Claypot pun ada, Yong Tau Fu memang sedap giler kat sini dan tak lupa juga pelbagai pilihan minuman yang enak dan menyegarkan.

Tapi rata-rata pengunjung yang datang memang kenal Medan Makan Ah Lai Keladi ni dengan menu popular mereka iaitu Maggi Goreng Special dan Nasi Goreng Ayam. Nak tahu sedap tera mana dua menu ni.... kena datang cuba sendiri okay....

Untuk kesekian kalinya, saya pi makan kat sini lagi sebab Vani cam biasa la... dah terindu-rindu dengan Maggi Goreng Special Telur Mata. Saya pula makan Beef Kebab With Salad & Fries... saja order beef sebab nanti boleh makan sesorang. Vani tak leh minta skit.... hahahahah~ Okay, saje nak pekena Vani. Jangan marah ek!



Okay, kalau rasa terliur tengok pic ni silalah ke Medan Makan Ah Lai Keladi yea.

Adios!

2 comments:

  1. Kebab tu nampak cam sedap.. nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang sedap. Lepas ni nak try Roti John pula :)

      Delete