Friday, 5 February 2016

12.12.15 Gegar Aerobaton Kulim 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gegar Aerobaton Kulim ini adalah program anjuran Persatuan Senamrobik Kulim di bawah naungan Persatuan Senamrobik Negeri Kedah (PESINAR) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim. Program ini diadakan di Dewan Besar Kolej Vokasional Kulim, Jalan Junjong.


Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 18 tahun - 35 tahun, 36 tahun - 45 tahun dan 45 tahun ke atas. Kalau nak tahu, inilah kali pertama saya join aktiviti Gegar Aerobaton yang dijalankan selama 2 jam tanpa henti. Walaupun ianya satu pertandingan tapi saya join untuk suka-suka sahaja.

Yang bestnya saya dapat beraerobik bersama-sama dengan Presenter dari negeri dan daerah lain iaitu Liza (Kedah), Azri (Penang), Muzry (Perlis) & Aishah Che Wang (Selangor). Ada step yang dah biasa kita buat tak kurang juga ada yang tak tau buat. Hahah~ Tapi walau apapun, memang enjoy la.

Okay, sampai sini dahulu cerita Aerobaton kita. Letih memang tok sah ceritalah. Basah habih baju. Tapi tak pa, yang penting kita bersenam untuk kesihatan.

Adios!

No comments:

Post a Comment