Thursday 12 November 2015

Tips Dari KLIA2 ke Kuala Lumpur

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, saya tak nafikan ramai sebenarnya yang tahu bagaimana hendak ke Kuala Lumpur dari KLIA2 kan. Tapi saya percaya ramai juga yang tidak tahu, tidak pasti dan tidak yakin terutamanya bagi mereka yang jarang ke Kuala Lumpur melalui KLIA2. Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca semua tips dari KLIA2 ke Kuala Lumpur yang pastinya cepat dan selamat.

Untuk pengetahuan semua, tips ni bukan sebarang tips tau. Ia lebih kepada catatan pengalaman saya sendiri sewaktu saya buat pertama kalinya ke Kuala Lumpur melalui KLIA2 secara berseorangan. Sebelum ni, sampai sahaja di airport dah ada orang jemput. Sebab tu tak pernah ambil tahu bagaimana nak pergi ke KL sendiri. Tapi bila kena pergi sendiri, nak tak nak kena beranikan diri jugalah.

Mula-mula memang takut juga, macam-macam perkara terlintas di fikiran. Maklumlah, KLIA2 ni kan ke luas... silap haribulan boleh sesat kat dalam tu. Saya pasti ramai orang kat luar yang sependapat dengan saya kan. Padahal faktanya, ok jer... senang jer pun... hehe.. sebab tu lah saya nak share kat sini :)

Lagi satu saya nak tekankan kat sini bahawa ada banyak cara sebenarnya untuk ke KL tapi saya nak berkongsi pengalaman saya. Jadi sudah semestinyalah saya menggunakan satu cara yang mudah, cepat dan yang paling penting anda pasti sampai dengan selamat.

Haha... saya punya intro panjang berjela. Macam nak buat karangan pula. Biasa la kan... kadang-kadang saya ni memang suka terlebih pemerian... ahaks...

Okeylah, dipendekkan cerita... sampai sahaja kat KLIA2 saya terus menuju ke stesyen ERL. Ambil train ke KL Sentral. Train ni ada dua, anda boleh pilih sama ada nak ambil KLIA Transit atau KLIA Ekspress. Kalau KLIA Transit, ia akan berhenti di beberapa tempat seperti Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya dan Salak Tinggi. Lepas tu baru terus menuju ke KL Sentral. Kalau ambil KLIA Ekspress dia terus jer menuju ke KLIA dan KL Sentral. Kira cepat sikit la sampainya.

Tapi tak kisahlah, dua-dua pun selamat. Cuma kalau nak cepat ke KL Sentral saya nasihatkan terus naik yang ekspress punya. Tup-tup dah pun sampai KL Sentral. Ha mudah kan!

Okay, kat bawah ni saya kongsikan info lanjut tentang KLIA Transit dan KLIA Ekspress. Sumber daripada kakipromo.com. Kredit untuk kakipromo.com sebab info ni sangat jelas buat saya. Sebab tu nak share kat sini :)

KLIA Transit:
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang 38 minit.
  • Perjalanan akan berhenti di beberapa tempat seperti Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya dan Salak Tinggi sebelum ke KLIA dan KLIA2.
  • Juga menawarkan return trip eat dari KLIA at KLIA 2 ke KL Sentral.
  • Harga tiket dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2: RM35 (adult), RM15 (children 2-12) dan free untuk bawah 2 tahun.
Cara Pergi Ke KLIA2 dari KL Sentral (Juga Ke KLIA)
KLIA Ekspres:
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit.
  • Perjalanan one-way sahaja iaitu dari KL Sentral terus ke KLIA dan KLIA2.
  • Tidak menawarkan return trip iaitu perjalanan dari KLIA/KLIA2 ke KL Sentral, cuma dari KL Sentral ke airport sahaja.
  • Harga tiket dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2: RM35 (adult), RM15 (children 2-12) dan free untuk bawah 2 tahun.
Cara Pergi Ke KLIA2 dari KL Sentral (Juga Ke KLIA) atau dari KLIA/KLIA2 ke KL Sentral
Bila dah sampai KL Sentral tu, silalah cari kaunter teksi yer. Ambil teksi di kaunter lebih murah dan selamat. Kalau boleh elakkan ambil teksi yang kat bawah tu sebab takut siapa-siapa pulak yang bawa kita nanti. Kalau beli tiket kat kaunter tu kira teksi memang sedia ada menanti kita. Cuma tunjuk tiket tu sahaja. InysaAllah selamat sampai ke destinasi.

Okay uolls semua... semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi panduan buat anda semua.

Jaga Diri ^_^

Adios!

9 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian panduan :-)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hamboihhh..... hehe... skrg ni dh terror pi Putrajaya juga :P

      Delete
  3. as salam. abam pernah naik ERL transit masa turun di LCCT 2 thn lps. mmg efisyen la. abam kie follows your blog no 27. TQ>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... tq Abam Kie..
      Yaya... post ni sbnrnya nk buat 2 thn lepas lagi... tips dari LCCT ke KL...tp tu la terperam sampai jdlah KLIA2 ke KL....

      Delete
  4. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. Terima kasih. Saya pun baru tahu..:)

    Saya ada tulis review pasal blog kamu, ceritanya ada saya kongsikan di sini ya..:)

    http://ceritaejoy.blogspot.my/2015/11/blog-masitah-samsudin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ejoy...dah baca review tu. Memang best!

      Delete